Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Oktober 2013

I Love Gereja Kristian, I Dislike Pusat Zakat Malaysia.


Seseorang yang berbuat baik pada kita, tanpa kira agama dan bangsa, kita akan cenderung untuk sayang kat dia. Kerana kebaikan yang dia salurkan kepada kita. Jadi tak aneh. Aku pernah baca dulu. Zaman kegemilangan Islam. Aku tak ingat secara jelas dari zaman mana dan siapa. Tapi Islam juga membantu mereka2 yang bukan islam, yang berada dalam kesusahan dan kezaliman pemerintah.

Bukan saja bebaskan rakyat dari kezaliman pemerintah, bahkan juga memberikan mereka galakan [bantuan] untuk meneruskan kehidupan. Kebaikan dan keindahan yang ditunjukkan dalam Islam membuatkan non muslim cair. Mereka berfikir. Ini rupanya Islam. Ini rupanya kepercayaan yang menganjurkan kebaikan sesama manusia. Ini rupanya keadilan yang disebut2. Begitu banyak kebaikan yang terhidang di depan mata, begitu banyak kasih sayang yang diberikan, jadi tak mustahil untuk mereka memilih menyakini Allah dan Islam.

Tapi itu kisah dulu. Ia kisah2 mengenai muslim di zaman itu. Allah tak pernah berubah. Islam tak pernah berubah. Kebaikan masih kekal dalam Islam. Keadilan masih menjadi prinsip. Yang berubah itu manusia2 yang menganuti Islam.

Ia merupakan satu pembohongan untuk mengatakan pusat zakat tidak pernah tampil membantu umat islam. Ia juga merupakan satu pembohongan untuk mengatakan baitulmal tak pernah membantu umat islam. Tapi ia juga satu pembohongan untuk mengatakan pusat  zakat dan baitulmal telah memainkan peranan mereka sepenuhnya.

Dulu. Kita pernah dihadapkan dengan kebaikan umat kristian membantu umat islam yang memerlukan. Ia tidak diwar2kan langsung tetapi bantuan itu ada. Bahkan ia berterusan sampai ke hari ini, saat ini. Bantuan itu disalahsangka. Kristian di marah bertubi2. Mereka mahu menukarkan agama penganut2 umat Islam. Jadi mereka hulur duit, mereka hulur bantuan, tempat tinggal dan sebagainya kepada mereka2 yang memerlukan dan sedang berada dalam kesusahan.

Di Malaysia ia merupakan satu kesalahan untuk seseorang muslim didakyahkan dengan agama lain. Tapi ia bukan satu kesalahan untuk orang lain yang berbeza bangsa dan agama untuk tampil dan membantu umat islam yang kesusahan. Ia juga bukan satu kesalahan untuk kita tampilkan kebaikan agama kita melalui cara2 ini. Seperti kita menganjurkan kebaikan kerana agama kita mendidik ke arah itu. Kita menganjurkan bantuan kepada orang memerlukan kerana agama kita mendorong kita ke arah itu. Jadi apa yang kristian society buat adalah tidak bersalahan langsung. Mereka buat apa yang agama mereka anjurkan untuk mereka buat, iaitu menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tersebut tanpa melihat kaum, agama atau negara sebagai asas untuk memulakan bantuan.

Jika seseorang terpikat untuk memasuki kristian, apakah kristian yang menganjurkan kebaikan itu harus disalahkan ataupun muslim yang gagal memainkan peranan mereka dengan sebaiknya yang patut dipersalahkan?

Dalam beberapa hari ini difacebook, kita telah dihidangkan dengan pelbagai kisah duka mereka2 yang menagihkan harapan di pusat zakat. Baca aje komen2 yang tersebar akan ada la mereka2 yang meluahkan rasa ketika berhadapan dengan pusat zakat.

Ini salah satu contoh ;


Lebih banyak luahan korang boleh baca kat sini, setakat yang aku tahu.

https://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari?filter=1


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=679979552026893&set=a.163707420320778.36979.163629210328599&type=1&relevant_count=1 

https://www.facebook.com/bersih2?hc_location=timeline&filter=1

Kesemua mereka membawa kisah yang lebih kurang serupa ;

1. Kena isi borang yang minta segala bagai cop itu neh.

2. Berhadapan dengan staff zakat yang bermuka masam dan bercakap kasar.

3. Kena melalui protokol dengan menyediakan beberapa perkara. Ada satu kes tue, kena sediakan laporan perubatan anak dan datuk yang OKU pun ada.

4. Last2 mereka tawar ahti, berputus asa dan minta bantuan pada pihak lain yang dirasakan mampu membantu mereka dengan lebih cepat.

Ini bukan kali pertama aku bercakap pasal ZAKAT dan JKM. Aku dah cakap berkali2. Aku minta mereka ubah cara mereka buat kerja. Tak perlu tunggu umat islam datang merayu mengadu kesusahan apa bagai. Sebaliknya amekla inisiatif sendiri. Ini idea aku. Aku cuba sedaya upaya untuk fahamkan mereka kenapa umat islam berhak rasa marah kepada pusat zakat. Kalau korang tak boleh faham kenapa mereka marah jangan sembang kencang kenapa akhirnya umat islam akan memboikot pusat zakat. Mereka2 akan cari sendiri asnaf miskin dan hulurkan bantuan sendiri. Kami dah penat melayan karenah orang yang malas berubah.

1. Pusat zakat boleh beli bangunan berjuta2.

2. AKu menghadapi kesukaran untuk memahami dari mana mereka dapatkan wang untuk beli bangunan2 tersebut. Tapi aku sentiasa paksa diri aku untuk bersangka baik.

3. Ada pusat zakat siap nak insuranskan lagi aset mereka. Yang neh aku menghadapi kesukaran yang amat untuk memahami bagaimana mereka dapatkan duit untuk insuranskan aset mereka. Yang neh pun aku paksa diri aku untuk bersangka baik sebab tiada bukti.

4. Melihatkan pegawai2 pusat zakat memiliki bangunan yang selesa, mampu itu neh, aku percaya mereka juga mampu peruntukkan sejumlah wang untuk bangunkan website aduan.

5. Kita buat 3 cara. Pertama website. Sesiapa yang tahu ada orang susah, dan memerlukan bantuan, boleh terus menghantar laporan menerusi website aduan tersebut. Dari situ pusat zakat akan respon secepatnya. Jangan lambat. Kalau boleh dalam masa 24 jam mesti menghubungi mereka2 yang memerlukan bantuan samada melalui email, telefon ataupun datang terus depan rumah dorang.

6. Kedua, no telefon bantuan pusat zakat malaysia. Sesiapa saja patut diberikan free access untuk menelefon pusat zakat bagi menyatakan aduan. Saya ada masalah sekian2 neh dan memerlukan ini2.. apakah saya boleh dibantu? Rekodkan aduan dan keterangan mereka, beri terus kepada pegawai2 yang bertugas untuk ditanggani. Jangan lama2. Pastikan dalam masa 24 jam respon balas mesti sampai kepada mereka. Andaikata pusat zakat cakap itu bukan bidang kuasa mereka ataupun dia benar2 tidak berkelayakan untuk mendapatkan zakat, jangan bakulsampahkan aduan mereka, sebaliknya tunjukkan jalan, cahaya di mana mereka boleh berpaut harapan bagi menyelesaikan masalah.

7. Ketiga, buat bancian. Mula bergerak sekarang. Jelajah satu malaysia. Buat pengumpulan maklumat. Kumpulkan maklumat2 mereka yang miskin. Dan seterusnya dari situ mula hantar bantuan kepada mereka2 yang memerlukan. Dengan rekod yang sedia ada, ia juga boleh dijadikan penanda aras. Siapa yang susah sangat, siapa yang susah untuk masa sekejap, siapa yang perlukan wang untuk tempoh masa lama, siapa yang perlukan bantuan perniagaan supaya boleh keluar dari kelompok kemiskinan dan sebagainya. 

Cuba belajar untuk memahami situasi orang. Bukan semua orang terdedah kepada info, zakat ada disini dan disini. Untuk ini dan ini zakat boleh bantu dan sebagainya. Berhenti berfikir bahawa semua orang tahu seperti mana yang ko tahu. Berhenti juga berfikir bahawa semua orang paling2 koman miskin pun mesti ada duit tambang bas dan sebagainya atau sekurang2nya motor untuk memudahkan pergerakkan. Berhenti juga berfikir bahawa semua orang miskin kerana malas. Mereka dimiskinkan dengan pelbagai cara. Ada yang tiba2 dipecat kerana syarikat nak buang pekerja. Ada yang tiba2 miskin sebab dirompak. Ada yang tiba2 miskin sebab kehilangan tempat bergantung harap. Ada yang tiba2 miskin disebabkan penyakit. Ada banyak sebab kenapa kemiskinan itu hadir. Ia bukan kerana malas. Orang yang miskin kerana malas, dia tak miskin tapi dia malas. Tapi orang yang miskin kerana masalah2 yang dia hadapi dia miskin kerana masalah2 tersebut, bukan kerana malas. 

Jangan salahkan gereja yang lebih advanced dari segi memahami masalah orang2 susah. Salahkan diri sendiri yang gagal menjadi lebih penyayang dan lebih memahami.

Jika ada orang yang susah, be it apa bangsa sekalipun, apa agama sekalipun, Islam memang sepatutnya lebih advanced membantu mereka yang memerlukan, tapi sayang, Islam agama yang advanced tidak pula didorong dan didokongi oleh pengikut2 yang advanced dari segi pemikirannya di Malaysia. Sebab tu di Malaysia memang wujud muslim yang respect peranan gereja berbanding peranan pusat zakat. Jadi tak salah lagi kenapa aku rasa i love gereja kristian dan i dislike pusat zakat Malaysia. I still love Islam the most, but not the pusat zakat. Thank you.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...