Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Oktober 2013

Kerajaan Bina Rumah Baru Teres Berharga RM80,000 Seunit - Berminat?

Woww.

Menarik !!! 



Mana la nak dapat teres dengan harga tue sekarang beb. Tadi baca satu berita. Memang secara dasarnya berita ini amat2 menarik. 

Lihat ;

"Di bawah model baru tersebut, SPNB menyediakan tiga kategori rumah berharga RM45,000 hingga RM65,000 di bawah subsidi kerajaan di antara RM15,000 hingga RM20,000. Rumah yang disediakan semuanya mempunyai tiga bilik.
"SPNB akan menjadi pemaju perumahan berskala besar dengan mampu menjual satu unit banglo serendah RM250,000 dan satu unit rumah teres pada harga RM80,000,"

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bajet-2014-mesra-rakyat-fokus-rumah-mampu-milik

Rumah pangsapuri 3 bilik rate harga rm45,000 - 65,000 seunit.
Rumah teres rate harga rm80,000 seunit.
Rumah banglo rate harga rm250,000 seunit.

Aku harap sangat agar kerajaan jangan sembang kencang bab tentukan harga aje. Harga2 rumah sekarang mahal bukan saja disebabkan harga permulaan dia mahal, bahkan ada permainan spekulasi disini. Tak masuk dengan orang2 kaya yang beli rumah banyak2 dan jual semula. Ini pun menyusahkan orang2 yang takde duit sangat nak beli rumah juga.

Ada baiknya kerajaan buat ketetapan macam neh. 

Cadangan aku ;

1. Daftarkan semua pihak yang takde rumah langsung. Waima seunit pun dia takde. Pendek kata sesiapa yang takde rumah sendiri la, senang cakap. Kumpulkan. Analisis. Pecahkan dan susun ikut kategori dan negeri.

2. Buat permulaan, ia terpakai untuk mereka2 yang dah berkahwin je. Tak kira la ada anak ke takde anak ke apa ke.

3. Then asingkan mereka kepada 3 kelompok. Macam asingkan mereka ikut kategori kemampuan nak beli rumah macam mana. Kalau gaji sekian2 neh, kelayakkan dia untuk beli rumah macam neh. 

4. Lepas tue bila rumah baru tue nak buat, lancar ataupun siap, mereka2 yang ada dalam senarai tersebut yang diberikan keutamaan. Sampai dah habis senarai. 

5. Kalau boleh asingkan mereka2 semua ikut tingkat kepentingan. Orang yang ada anak 5 dengan seorang bekerja, lebih memerlukan rumah sendiri berbanding dengan orang yang baru kahwin, takde anak.

6. Insya-Allah dengan cara ini kerajaan benar2 membantu rakyat. Bahkan membantu melayu juga sekaligus membantu orang2 susah yang memerlukan pertolongan dari kerajaan. Ini kerana golongan2 ini la yang paling terkesan dengan kenaikan harga rumah pada waktu sekarang.

Harap2 kerajaan pertimbangkan idea aku neh. Jika kerajaan berusaha mahu menyelesaikan masalah rakyat, takde sebab untuk aku membantah. Tapi kalau akhirnya projek2 ini tinggal menjadi projek cakap2, projek2 yang mengutamakan pihak2 tertentu dan masih lagi menindas mereka2 yang benar2 memerlukan bantuan, maka hadirkanlah sejuta projek perumahan sekalipun, masalah pokok tiada akan selesai. Rumah bukan saja perlu bersesuaian dengan kemampuan rakyat untuk mencapainya, bahkan ia perlu juga diagihkan kepada mereka2 yang benar2 memerlukan rumah2 tersebut.

Tiada gunanya projek gah sini sana, kalau akhirnya golongan sasaran masih tidak dibantu. Adakah ini Najib faham?

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...