Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Julai 2013

Wajah2 Lelaki Di Belasah Kerana Hina Islam Di Malaysia.

Apa yang berlaku neh? Cuba korang tengok gambar2 kat bawah neh hah jap ;





Menurut laman blog Terengganu Today ;


Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.
Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.
Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit. Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”
Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama. Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

Blog TT tue blog pro UMNO oke. Bila ia babitkan blog pro UMNO, aku nak gelak jek. Bila aku baca ayat dorang yang aku highlightkan warna merah tue, lagi la aku tergelak sakan. 

KAH KAH KAH

Drama swasta. Karangan skrip. Aku terfikir juga. Berapa ramai orang yang terpengaruh dengan karangan tak berasas seperti itu? Sudah semestinya ada beb. Orang yang letakkan sentimen emosi, bangsa dan politik kat depan cenderung takmo amek peduli pasal fakta dan bukti pun, kan?

Heh. 

Pendapat aku individu yang kena culik kat atas neh kena report polis sebab ko kena culik. Dia hina Islam tue citer lain, kalau betul sekalipun kita ada saluran undang2. Kalau dia bunuh orang, ko bunuh dia maka ko dan dia sama kategori. PEMBUNUH.

Menculik. Membelasah. Menconteng badan. Meninggalkan dia dalam keadaan bogel. Ini Allah tak suruh buat. Nabi SAW tak pernah ajar. Islam tak pernah seru.

Kalau kita nak bagitau orang jangan menghina dan mempersendakan Islam tiada masalah. Tetapi sila gunakan kaedah yang Islam anjurkan. Bukan gunakan kaedah yang sama seperti orang menghina Islam buat. Kat sini sang penghina dan sang pembelasah si penghina 2 x 5 jek. Takde apa2 yang boleh dipuji dan diraikan dengan perbuatan tersebut.

Ia

MEMALUKAN...

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...