Bengong.
Semua benda nak kaitkan dengan DAP. Korang tengok video kat bawah neh beb ;
Sila rujuk statement yang dikeluarkan oleh Ketereh. BN. BN tau, dari BN. Aku tak bersetuju dengan hujah2 dia tapi aku respect orang macam neh. Pasal apa aku respect? At least dia bagi hujah untuk sampaikan sesuatu.
Hujah dia tak semestinya betul tapi bila dia berusaha untuk bagi hujah maka kita respect la dengan tindakan dia yang bagi hujah. Kita boleh bidas dengan bagi hujah balik. Itu la cara kita menzahirkan pendapat dan berbincang2 dalam parlimen.
Apa pun perbincangan dorang di akhiri dengan satu penyelesaian yang membina. Antara cadangan oleh Bung Mukhtar ialah ;
1. Penjarakan Alvin Vivian 3 hari.
2. Biar dorang rasakan..
Pendapat aku, err cukup ke 3 hari tue? Hukuman tue terlalu ringan kot.
Aku lebih bersetuju dengan pendapat Ketereh, bahawa kita umat Islam kena cermin balik diri kita kot2 ada mana2 salah silap yang kita buat selama neh sehingga membiarkan non muslim seperti Alvin dan Vivian tidak menghormati Islam di Malaysia. Contoh2 yang disebut oleh Ketereh tue aku tak setuju tapi point dia bab kita kena tengok balik diri kita neh, aku setuju.
Penegasan oleh DSAI bahawa PR tidak tolerate dengan isu neh juga sepatutnya menghentikan terus tuduhan2 orang2 umno bahawa Alvin dan Vivian ialah tajaan DAP. Dan ya, sepatutnya kita ikut terus saluran undang2.
Undang2 menyebut mereka boleh didakwa di bawah akta komunikasi dan dipenjarakan sehingga setahun atau membayar rm50,000 atau kedua2nya sekali. Denda yang lebih keras berbanding saranan si Bung tue.
Walaubagaimanapun aku tetap berharap bahawa kes kelucahan mereka harus diteliti terlebih dahulu. Lucah mereka merupakan satu jenayah yang seriyus. Tidak dihukum kerana berbuat lucah? Aku tak fikir ia situasi yang bagus untuk diperkatakan.
Oke bai.