KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Kelakar nak mampos.
Aku rasa aku tak perlu ulas panjang2 dalam isu neh. Aku dah ulas 3 kali. Itu dah cukup untuk menzahirkan apa pendapat aku dalam kes neh.
Rujuk sini ; http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/4-di-tangkap-isu-culik-pemuda-cina.html
Dan sini ; http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/wajah2-lelaki-di-belasah-kerana-hina.html
Cuma aku nak buat kesimpulan akhir jek. Untuk pencerahan pada sesiapa yang kurang jelas dalam isu neh.
Kronologi awal.
1. Disebarkan oleh blogger umno
2. Pemuda cina tersebut di ajar kerana menghina islam
3. Mengaitkan tingkah laku pemuda tersebut dengan dap
4. Menyebarkan insiden konon nya pemuda tersebut mengaku letakkan babi depan surau
Aku cakap penulisan2 neh tidak terbukti. So aku tak percaya. Samada dia hina ataupun tak hina aku tidak menyokong sebarang bentuk kekerasan dan kekasaran ke atas batang tubuh lelaki neh. Apatah lagi yang dok sebarkan itu ialah UMNO.
Masa insiden kecoh.
1. Muslim berpecah 50-50. Yang memihak kepada pembelasah2 tue dan yang memihak kepada hujah bahawa kita patut menggunakan undang2 untuk selesaikan apa2 kes menghina islam.. sama banyak. Boleh tengok pada jumlah like, jumlah komen dan cara mereka zahirkan pendapat di beberapa platform online.
2. Yang bekap penjihad2 tue tak pun minta bukti untuk menilai betul ka pemuda cina tersebut melakukan perkara tersebut.
3. Bila kita minta bukti dikatakan kita pro kepada cina tersebut. Aku dah agak dah. Benda neh memang terpakai kat sesiapa sekalipun. Masa aku tanya pasal bukti tv3 cakap Morsi diktator pun ramai gak yang serang2 aku. So terpakai la juga dengan insiden neh. Seolah2 bila kita minta bukti kita diperlihatkan sedang condong kepada pihak yang mereka sedang balonkan tue padahal kita minta bukti supaya kita boleh jelas dengan diri kita sendiri, apa pendirian yang sepatutnya kita amek dalam situasi macam neh. Tue jek.
4. Siap ada pakatan nak buat demo bekap wira2 melayu terakhir. Demo.
5. Penulis2 yang anda tahu siapa yang saya maksudkan menyebarkan maklumat yang pemuda cina neh ada kedai judi la buka pusat judi la terlibat dalam insiden perjudian la banyak orang2 melayu rosak angkara mesin judi dia la..
Selepas pemuda cina tampil berikan penjelasan.
1. Masih lagi terdapat puak2 pejuang islam yang pro kepada pembelasah tue.
2. Sekarang dikatakan penjihad2 korang tuntut 3k untuk bebaskan si mangsa dalam kes neh.
3. Apa penjihad2 kesayangan korang lepas mempertahankan islam mereka akan hisap gam dan merompak orang ke apa?
Hehe.
Macam biasa. Aku beri peluang untuk PDRM siasat jek kes neh habis-habisan. Tak la aku nak bekap mana2 pihak pun. Tapi bayangkan jika ko ialah mangsa culik belasah conteng bogel dan samun tetiba ko difitnah ko ialah individu yang hina islam, wajar ka?
Yang lebih teruk, dalam satu artikel berita english yang aku baca menerusi handphone, kat mana tah, The Star kot agaknya, si Khalid KPN kita boleh bagi satu statement yang menasihatkan orang ramai jangan pandai2 menghina mana2 agama ataupun ia akan menaikkan kemarahan orang awam sehingga mereka mengambil tindakan sendiri.
WOW.
Itu KPN tue beb.
Dia bagi statement tersebut yang relate dengan kes pemuda cina neh. Dalam kes neh pemuda cina neh mangsa samun kot. Takan KPN tergamak release statement tanpa amek tahu fakta kes ?
Aku tak sure la kalau2 family pemuda cina neh akan sanggup menipu sampai babitkan press macam neh. Benda pun dah jadi kes polis. Transaksi pemindahan 3k tue pun ada bukti dan salinan semua. Aku fikir disebabkan ada bukti2 berkaitan la PDRM boleh memberkas 4 dari 8 individu yang terbabit dengan pantas.
Cuma aku nak cakap la, dari apa yang aku perhatikan sekarang neh, ia sangat2 mengecewakan untuk mengetahui seseorang yang dilahirkan Islam sanggup ada pendirian untuk membela benda2 merepek macam neh. Ia mengecewakan. Dari pengalaman aku sendiri, seseorang yang beria2 canang akulah pejuang islam, aku berjihad apa bagai dan etc2, mereka ialah seseorang yang sukar dipercayai. Aku lebih suka berkawan dengan seseorang yang tak nampak seperti pejuang islam tetapi sejauh mana dia sanggup pergi demi islam, ia akan terbukti bila dia berhadapan dengan situasi2 tertentu. Kita tidak perlu saksi dan bukti untuk tunjuk pada mana2 manusia beb. Allah tahu.
Baca ini juga : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-saya-tiada-kaitan-dengan-blogger-lucah-kata-mangsa-culik