Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Julai 2013

4 Di Tangkap Isu Culik Pemuda Cina, Bloggers UMNO Bakal Berdemo.


Ketika neh beberapa bloggers UMNO menyeru agar penyokong2 turun padang berdemo dan berhimpun untuk selamatkan 4 wira negara yang ditahan polis berikutan kes seorang pemuda cina yang diculik dan dibelasah oleh 8 pemuda melayu baru2 neh dengan alasan pemuda cina tersebut menghina Islam di laman facebook.

Pemuda cina itu melakukan perkara tersebut di dalam wall Alvin dan Vivian. Apa perkara yang dia lakukan itu aku pun kurang jelas sebab tiada bukti yang didedahkan pun. Dan dorang juga cakap bahawa pemuda tersebut dah mengaku yang dia letak babi depan surau. Yang neh pun tak terbukti lagi setakat neh.

Aku cadangkan kita tunggu penjelasan dari PDRM je sebelum membuat apa2 kesimpulan. Cerita demi cerita kita dah dengar. Sahih dengan tak sahih jek yang kita tatau sekarang neh.

Pemuda cina yang diculik dan dibelasah itu bernama Ng Mun Tatt, berusia 24 tahun. Selepas dia dibebaskan dalam keadaan bogel, di atas tengah jalan, dia bernasib baik ditemui oleh seorang polis yang sedang menaiki motorsikal ketika itu. Polis yang menemuinya telah mengambil beberapa keterangan sebelum menahan 4 dari 8 lelaki yang menculik pemuda tersebut.

8 lelaki tersebut dikatakan wira negara oleh bloggers dan penyokong2 UMNO.

Aha.

Sekarang ;

Culik + belasah + conteng badan orang + bogelkan orang = ialah wira negara ?

Aku tak pasti jika ada mana2 dalam term Islam yang mewajarkan tindakan ini. Aku tidak mahu melibatkan diri aku untuk bersetuju dengan perbuatan di atas.

Disebabkan 4 pemuda tersebut telah ditahan, maka bloggers UMNO telah memutuskan untuk berdemo bagi mempertahankan tindakan 4 pemuda tersebut. Mereka persoalkan tindakan pihak polis. Aneh betul.

Apa yang polis buat dalam kes neh memang betul. Menculik memang salah. Membelasah orang pun salah. Kalau betul pemuda cina itu menghina islam ko report polis sudah. Dah berapa banyak kes hina Islam yang PDRM siasat sekarang neh? 

TAK LA BANYAK MANA. Tapi memang terbukti yang PDRM ada amek tindakan.

Kes2 terdahulu boleh dijadikan contoh. Kes2 seperti Alvin dan Vivian ialah contoh terbaru. Memang agak lambat tetapi setelah didesak akhirnya PDRM bertindak juga melakukan siasatan. Ini kan point yang paling penting. Amek tindakan, bukan tiada tindakan langsung.

Bila mereka mempersoalkan polis, mereka tak pula marah dan maki hamun pada diri sendiri. Bila sesiapa selain dari UMNO/BN persoalkan polis, kemain lagi mereka maki hamun dan hina2 orang tersebut. Pendapat aku memang terdapat sesetengah tindakan polis itu wajar dipersoalkan. Tapi selagi mana kita berikan pendapat yang bersandarkan hujah ia patut diraikan. Pendapat maki hamun dan fitnah itu lain citer.

Berbalik kepada cerita asal, ini antara petikan komen yang aku baca di salah satu blog UMNO yang sedang berkempen agar berdemo selamatkan wira2 negara tue.

Saya sangat setuju dengan kau. Cina2 babi yang menghina islam ni harus dipandang berat. Nanti kalau ada pape2, berita berhimupun di mana, sila email saya abeed29@live.com. Saya nak juga join berhimpun haha. MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA INI. ALLAHUAKBAR! JIHAD KERANA ALLAH!


Anonymous says:
July 17, 2013 at 9:06:00 AM GMT+8
Aku rasa tak lama dah nie...silap2 haribulan jadi balik 13 Mei...mende yg sama jugak bila UMNO lemah disebabkan pemimpin2, cina naik kepala...lepas tu melayu habis sabar pegi belasah cina....benih2 tu dah ada skrg nie....terang2 cina yg kena pukul tu taukeh judi...patut kena sumbat jel je laa..apa2 pun syabas brader2 alphard tu sbb sempat tibai cinabeng nie...masuk jel pun hati puas hati jugak...

Rujukan : http://theunspinners.blogspot.com/2013/07/bela-islam-melayu-segera-dihukum.html

Sebenarnya sejak kebelakangan neh apa yang aku nampak ;

1. Bloggers UMNO sedang menerapkan unsur2 kebencian kepada kaum cina.

2. Seolah2 berusaha mewujudkan sentimen MELAYU VS CINA.

3. Seolah2 mahu menghasilkan sesuatu agenda..

Situasi neh ialah situasi yang tidak sihat. Kita tak boleh benci semua cina itu kerana mereka cina. Mereka tidak dilahirkan cina kerana mereka minta jadi orang cina. Ia sesuatu yang Allah beri. Macam mana kita boleh ubah dari mana kita datang sedangkan benda tue hanya Allah jek yang boleh tetapkan?

Tetapi jika ada di mana2 di antara mereka melakukan apa2 kejahatan kita boleh minta mereka dihukum dan diambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung perkara tersebut. Yang berjudi pun ada lesen kat Malaysia neh. Nak marah yang buka pusat judi jek ke? Taknak marah yang luluskan lesen judi sekali? 

Jika majoriti cina memilih untuk memangkah pakatan rakyat, sudah sepatutnya kita cermin diri. Kaji balik salah silap BN agar PRU yang akan datang BN boleh mendapatkan kembali kepercayaan dari masyarakat cina.

Dengan membenci sesuatu kaum itu disebabkan mereka tidak mengundi kita, yang undi neh pun kerja dunia, yang benci neh pun didorong akibat dunia, maka ia bukan jihad bukan pula Islam. Sebab tue dari dulu lagi untuk meletakkan diri aku, situasi aku atas nama Islam aku cukup takut. Aku tak kisah jika orang hina aku tapi aku cukup risau jika2 tindakan aku akan memburukkan Islam dan memberikan gambaran yang salah tentang islam. Tak perlu la beria2 menjenamakan diri as Islam. Jika kita percaya apa yang kita buat ialah benda betul, bersangka baik la pada Allah. DIA ada untuk kita di akhirat sana. 

Simple. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...