Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2013

Isu Lahad Datu - Bukti Takde, Tapi Menteri Dah Kecoh Kaitkan Dengan Pembangkang?


Apa neh?

Bukti belum cukup sempurna, belum cukup kuat, belum cukup kredibel untuk mengaitkan insiden tersebut dengan mana2 pemimpin pembangkang tetapi menteri dah keluarkan kenyataan di akhbar bahawa 3 pemimpin kanan pembangkang terbabit dalam insiden Lahad Datu?

Pada 26 April lalu, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berkata, kementerian itu telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden di Lahad Datu.

Zahid berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya. 

Maksud ;

1. Kementerian dah kenal pasti 3 pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden Lahad Datu.

2. Maklumat2 dan butiran mengenai hal tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

3. Berita pada 26 april 2013.

Sekarang? Dah berbulan2 berlalu, usah kata nak dakwa, bukti pun sebenarnya tak berapa nak cukup. Aku bukan suka2 nak cakap gini tapi PDRM sendiri yang sahkan melalui kenyataan media oleh KPN sendiri baru2 neh.

Baca bawah ;
Polis masih belum mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang pencerobohan pemberontak Sulu di Lahad Datu, Sabah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih mengumpul bukti bagi mengheret ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu ke mahkamah.

"Siasatan masih lagi dijalankan dan apabila ia sudah lengkap baru kita akan kemukakannya kerana proses ini ini tidak ada had masa. Ia akan berterusan dan tidak akan berhenti sehingga selesai," katanya dalam sidang media selepas acara Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pagi tadi.

Ikhlas aku cakap. KPN mungkin keluarkan kenyataan tersebut sebab masyarakat tertanya2. Mereka mendesak agar di dedahkan kepada public siapa tiga pemimpin pembangkang yang dimaksudkan tue. Pasal dah lama tapi takde progress sampai sekarang.

Tue pasal akhirnya dia terperangkap dengan keluarkan statement seperti di atas..

Alamak aiiii

Bukti takde tapi sembang kencang dok tuduh2 pembangkang.

Kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh orang awam dan pembangkang automatik kena dakwa sebab keluarkan kenyataan berbaur spekulasi dan hasutan katanya. Tapi kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh seseorang yang mesra biru, memang tak la ada apa2 tindakan.

Almaklumla, dorang ialah semaksum Nabi SAW, bahkan mungkin lebih hebat lagi.

Kan?

Pftt. 

Sumber rujukan : sini

Ini Penjelasan Dari Pengetua SMK Alam Megah Yang Dikatakan Racist.

Pengetua SMK Alam Megah di Shah Alam didakwa mengakui bahawa beliau memberitahu pelajar keturunan India dan Cina supaya “Balik ke India dan China” semasa satu perhimpunan sekolah dua hari lalu. Timbalan ketua bahagian MIC Shah Alam A Prakash Rao berkata pengetua berkenaan juga telah memohon maaf atas kenyataan berkenaan.

Beliau berkata, pengetuai itu juga mendakwa memberitahu pelajar Melayu agar “balik ke Indonesia”.

"Beliau berjanji untuk bertemu dengan pelajar tersebut dalam satu perhimpunan pada hari Jumaat untuk memohon maaf pada mereka,” kata Prakash selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua dan pegawai sekolah terbabit pagi ini.

Pengetua sekolah terbabit didakwa membuat kenyataan berkenaan kerana para pelajar membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan.

"Beliau berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut ketika kejadian itu memuncak,” kata Prakash.

Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan kenyataan Prakash memandangkan pengetua sekolah terbabit enggan bertemu dengan wartawan untuk mengulas isu tersebut.


Sekarang bukan suruh cina dan india jek balik ke negara China dan India, sebaliknya dengan melayu2 sekali disuruh balik ke Indonesia. Adakah ini boleh di anggap racist?

Pengetua ini tidak racist. Kalau tanya aku, memang aku tak anggap statement dia racist pun. Hanya marahkan student yang tidak mengikut kata. Bukan senang nak didik anak pelajar dengan persekitaran zaman sekarang.

Salah sikit, mak bapak saman cikgu.

Kadang2 tak salah pun, cikgu yang kena marah.

Kadang2 bila marah pelajar yang degil, pun cikgu kena.

Aku rasa isu racist neh seolah2 sengaja diperbesarkan semata2 kerana nak mencucuk emosi rakyat Malaysia agar sesama kita bergaduh. Kalau korang tengok, puak2 sebelah sana asyik ajak bersatu sesama bangsa. Yang cina ajak bersatu dalam MCA, yang melayu ajak bersatu dalam UMNO, yang india ajak bersatu dalam MIC. Pernah kah mereka mengajak sesama rakyat Malaysia bersatu sesama kita atas nama Malaysia seperti yang sering dilaungkan oleh

SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA?

Tak pernah kan?

Sudah2lah tue. Walaupun mungkin ramai yang terpengaruh dengan dakyah sentimen perkauman tetapi lebih ramai lagi yang akan bangkit melawan menentang sentimen racist. Kami mahu bersatu sesama rakyat Malaysia bukan bersatu dengan kelompok2 tertentu jek. Bahkan lebih teruk diajak bersatu kerana mahu mempertahankan kekuasaan parti2 politik tertentu.

Nampak sangat dipergunakan..

KAH KAH KAH

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/237251

Ini Penjelasan Dari Individu Yang Upload Video Anjing Meraikan Aidilfitri.


Aku kena sound kat ruangan komen pasal video tersebut. Aku tak ingat page apa yang upload video tersebut.. sebab page tue dah delete kot video tersebut.. aku check2 kat notification tak jumpa2. Last2 aku mengalah jek. Banyak lagi benda penting nak difikirkan kot.

KAH KAH KAH

Aku cakap terus terang. First time aku tengok video tersebut. AKu tak rasa ia hina Islam. AKu luahkan di ruangan komen sebelum aku kena bashing dengan penjihad2 dan pejuang2 islam sunni.

Komen2 yang dikeluarkan membayangkan individu yang buat video tersebut ;

1. Bukan orang Islam

2. Menghina Islam sebab memegang anjing.

3. Membayangkan ia perkara yang sangat sensitif dan kategori menghina Islam.

Apa yang aku fahamkan mengenai video tersebut ;

1. Dia merayakan hari raya

2. Dia bawa anjing dia jalan2 ketika takbir raya sebab nak membayangkan yang hari tue hari raya.

3. Dia bagi anjing dia makan atas meja sebab dia nak membayangkan anjing juga ciptaan tuhan

4. Dia juga memberikan nasihat jangan diskriminasi terhadap makhluk Allah.

Apa yang aku nampak dia cuba nak wujudkan pendapat bahawa anjing sekalipun ia makhluk Allah. Kehadiran dia bukan untuk dibenci tetapi kita boleh pergunakan ia untuk tujuan2 tertentu, dan jangan juga pandang hina terhadap mana2 pihak yang jaga anjing jalanan. Jangan anggap semua yang bela anjing itu pengotor.

Aku rasa dia melalui diskriminasi seperti itu. Sebab itu dia zahirkan video tersebut.

Aku tertarik dengan sikap dia yang membela anjing2 jalanan. Bagus juga. Daripada merayau di jalanan dan menyusahkan orang ramai, kot2 kacau budak2 yang nak pergi sekolah, elokla dia amek dan bela. Kenapa kita perlu menghina perlakuan tersebut, ek?

Tiada yang salahnya dengan sikap dia. Aku sokong dia. Lantakla korang nak cakap apa pun.

Berikut kat bawah neh penjelasan dia. Baca la dengan ahti yang terbuka. Dan jangan kaitkan ia dengan isu politik seperti yang dilakukan oleh puak2 sebelah sana. Tak habis2 seme benda dikatakan salah DAP. Apa pun tak boleh.

KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

Sapa ada link facebook dia? Aku nak friend dengan dia. Kalau ada inbox atau share kat aku oke. 
Bai.

JAWI Enggan Ulas Samada Mahu Maafkan Peserta Ratu Cantik Ataupun Tidak.

Haha.


Macam good2 jek. 

Kalau betul dorang hina fatwa tu maksudnya dorang menghina peraturan dalam Islam. Yang beria2 JAWI nak maafkan ke taknak maafkan ke apa kena mengena pula?

Sebagai agensi kerajaan yang berkaitan hal ehwal agama sepatutnya JAWI menekankan unsur2 tarbiah + dakwah + didik + ajar + asuh.

Bukan hukum jek.

Peserta2 ratu cantik neh memang la tersasar. Tapi tak bermaksud tiada maaf bagi depa. Apatah lagi selepas ditegur mereka meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu. Lagipun persoalan dorang memang ada benarnya.

Jika ratu cantik salah, bagaimana pula dengan atlet sukan? Bina badan? Renang? Gimnastik?

Jangan la buat hukuman terpilih.

Baru2 neh The star ada melaporkan yang JAWI mungkin akan mempertimbangkan untuk memberikan keizinan kepada peserta ratu cantik muslim bagi bertanding dalam acara tersebut. Selepas isu tersebut kecoh, JAWI menafikan laporan akhbar tersebut.

Rujuk sini : 

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/26/Miss-Malaysia-World-still-got-chance.aspx?utm_source=also_see&utm_medium=link&utm_campaign=TRON_RS_NEWS_Widget


Ini antara kenyataan yang diterbitkan oleh The Star ;

Jawi director Datuk Che Mat Ali confirmed an official meeting with Datuk Anna Lim, the organiser of the pageant, yesterday to discuss the possibility of the Muslim girls being allowed to compete.
"I have not made a decision yet, but I will be announcing the decision sometime next week," Che Mat said.

Maksudnya ;

1. Pengarah JAWI mengesahkan wujud pertemuan.

2. Pertemuan tersebut diaturkan bagi membincangkan kemungkinan membenarkan peserta ratu cantik muslim menyertai pertandingan ratu cantik di Indonesia.

3. Pengarah JAWI juga dilaporkan berkata belum membuat keputusan mengenainya.. dia akan umumkan hal tersebut pada minggu depan.. [hari isnin atau selasa, ketika itu].

Then keputusan JAWI meletup di media sosial. JAWI dikecam. Lepas tue dorang keluarkan satu lagi kenyataan. Dorang nafikan akan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan peserta ratu cantik muslim masuk bertanding.

Rujuk sini : 

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/27/Jawi-denies-allowing-Muslim-finalists-to-compete-in-Miss-Malaysia-World-2013.aspx?utm_source=also_see&utm_medium=link&utm_campaign=TRON_RS_NEWS_Widget 

Aik.

Dari siapa pula The Star petik kenyataan di atas? Siapa yang bercakap menggunakan suara dan badan pengarah JAWI?

Pengarah JAWI juga menasihatkan kita jangan buat apa2 spekulasi mengenai perkara di atas. Owhh oke. Kita terima nasihat tersebut. Tapi dalam pada nak terima tue, kita juga desak JAWI untuk memberikan jawapan kepada persoalan2 yang bermain di kepala hotak kita neh. 

Dah lama dah bersarang dalam kepala hotak kita.. ia memerlukan jawapan dari pihak JAWI sebab kita nak faham apa rasionalnya di setiap tindakan2 JAWI ke atas isu2 tertentu.

1. Isu atlet muslim yang tidak menutup aurat tetapi masuk bertanding kerana mahu dapatkan pingat. apa statusnya?

2. Isu majalah2 yang menampilkan artis seksi seperti majalah MANGGA, apa respon JAWI berhubung perkara tersebut? MANGGA itu di bawah UTUSAN yang mana SAHAMNYA dimiliki oleh beberapa pihak yang pro UMNO..

3. Di tv, di pawagam, filem2 melayu usah kata berpakaian seksi bahkan berpeluk berlakon romen pun ada. Di mana JAWI dan apa peranan JAWI ke atas perlakuan2 tersebut?

4. Rokok telah difatwakan haram di Malaysia, tetapi kerajaan still membenarkan penjualan rokok dan mengutip cukai darinya, apa pendirian JAWI mengenai hal tersebut?

5. Ada aduan mengenai hospital menghalang staff dari mengenakan tudung, ada undang2 mengenai perhotelan yang menghalang kakitangan menyimpan janggut.. apa peranan JAWI dalam menyelesaikan konflik berbangkit?

6. Last tetapi bukan bermaksud kurang penting, di Malaysia umat islam yang susah bersepah. Tetapi ramai di antara mereka gagal mendapatkan zakat.. bahkan kena masuk paper, tv, radio, internet, berita baru la bantuan sampai. Bila kita tanya kenapa dorang cakap masyarakat tak beri kerjasama dengan mengadu hal tersebut kepada pusat zakat. Persoalan kita, kenapa tidak saja kakitangan zakat keluar dari orang susah dan bukan tunggu orang susah datang kepada mereka.. dan di manakah suara2 JAWI dalam mengemaskini cara pusat zakat  mengagihkan bantuan? Apakah kita tidak perlu mengupdate cara kita buat kerja agar seiring dengan perkembangan semasa? Salah ka kita ubah beberapa polisi supaya bantuan zakat dapat terus sampai kepada golongan sasaran lebih cepat, mudah dan efektif?

Tolong jawab wahai pengarah JAWI. 

Terima kasih. 

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/237141

Wajah Pengetua Yang Dikatakan Racist Tersebar Di Internet.

Satu lagi kes yang membabitkan perlakuan dan kata2 yang mendorong kepada diskriminasi tersebar. Kali neh melibatkan seorang pengetua wanita di sekolah menengah. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Alam Megah.

Berikut wajah pengetua yang dikatakan racist, yang telah tersebar secara meluas di saluran internet ;


Menurut laporan oleh Malaysiakini ;
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.

Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan. "Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu. Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".

Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.

Respon dari Pengetua tersebut pula ;

"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.

Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/237193

Dan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=408024035981183&set=a.122906284492961.22533.122902317826691&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Selain dari menyuruh pelajar cina dan india balik ke negara China dan India, pelajar2 melayu juga disuruh balik ke Indonesia.

Adakah ini racist?

Mungkin dia terlalu marah agaknya dengan pelajar2 yang bising. Tak dapat dinafikan nak mengawal pelajar2 neh dari yang sekecil2 umur 7 tahun sampai la yang ke sebesar2 umur 19 tahun memang sukar. Kita ingat bila mereka dewasa mereka makin memahami peraturan, tapi sama je kot dengan perlakuan budak2. Payah nak dengar cakap. Mungkin memang trend melawan cikgu di sekolah kot.

Apa pun kita tunggu dulu penjelasan dari pengetua tersebut. 

Kalau sungguh la dia keluarkan kenyataan ;

Pelajar cina balik China
Pelajar india balik India
Pelajar melayu balik Indonesia

Mungkin dia keluarkan kerana rasa marah.. bukan kerana racist.. boleh jadi sebagai sindiran kepada pihak tertentu yang asyik2 keluarkan kenyataan tersebut kot.

KAH KAH KAH

Nasruddin Tantawi Nafikan Tuduhan Ahli PAS Mengenai Hidup Mewah.


Semalam ada satu artikel. Yang aku sharekan disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/surat-terbuka-dari-ahli-pas-untuk-tuan.html

Artikel tersebut ada menyentuh beberapa perkara. Antaranya ;

1. Beberapa tuduhan kepada Nasruddin dan Nik Abduh. Mengenai projek dan hidup bermewah-mewahan.

2. Isu mengenai penyebaran wassap untuk menjatuhkan beberapa tokoh penting dalam kepimpinan PAS.

Bab tuduhan aku taktau. Sapa betul sapa salah. Tapi penjelasan dari DPPP boleh korang baca kat bawah. Tapi bab wassap tue memang betul. Pasal aku antara yang menerima mesej tersebut. So aku harap DPPP pun boleh huraikan mengenai wassap tersebut.

Betul ka itu arahan dari DPPP ataupun apa?

Baca bawah ;

Fitnah Semakin Marak

1. Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?

2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru - baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan - rakan. Wang deposit pilihanraya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP PAS Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding.

3. Selepas pilihanraya , saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel. Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihanraya , dari dulu sehingga sekarang adalah serupa.

[ cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak dah 6 orang, dah tak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu .... tengoklah macam mana , sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insyaallah saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh. ]

4. Saya sangat mengalu - alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan ... saya terima dengan terbuka , [ pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh. Demikian juga kalau ada orang - orang UMNO mahu menghulurkan sumbangan, kami terima dengan terbuka. Temerloh mempunyai berpuluh pusat pengajian Islam, ramai ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. [ pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong UMNO ]

 
Kami juga menerima wang "riba" yang dihendak dikeluarkan dari akaun masing - masing kerana banyak terdapat jalan - jalan kecil di kampung yang perlu diturap, tetapi kami tiada wang dan peruntukan untuk membantu rakyat.

5. Sebagaimana juga saya selaku Ahli Parlimen, dibayar gaji oleh kerajaan pimpinan UMNO dan BN, saya terima gaji itu bukan bermakna saya sokong pimpinan UMNO.

6. Buat masa ini saya ke hulu dan ke hilir mencari dana kebajikan rakyat Temerloh. Rata masjid dan surau saya jelajah menyampaikan tazkirah sambil buka peluang kepada orang ramai berbakti bagi mendapatkan sumbangan untuk Dana Kebajikan Temerloh. Saya menulis dan jual buku untuk isi poket. Prinsip saya, ada duit insyaallah kita agih kepada mereka yang memerlukan di Parlimen Temerloh ini dan jika tiada duit, kita duduk diam - diam, jangan merungut sebaliknya banyakkan berdoa kepada Allah swt. mohon murahkan rezeki.

7. Tidak ketinggalan api fitnah turut dipercikkan kepada sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup mewah. Sedang siapa jua yang rapat dan mengenali beliau akan mengetahui bahawa, sehingga kini beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai 8 cahaya mata, masih tinggal sebumbung di teratak sederhana bersama ayahandanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Kebiasaannya bagi pasangan anak dan menantu, apabila mereka telah mempunyai keluarga sendiri dan beranak pinak, mereka akan mencari kediaman mereka sendiri secara berasingan. Banyak faktor yang mendorong sedemikian. Tetapi tidak kepada Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. Saya masih ingat kata - kata beliau kepada saya apabila saya bertaaruf secara tidak langsung sebagai seorang sahabat seperjuangan . Beliau menyebut :

"Semua orang berbangga dengan ayah ana sebagai Tok Guru, sedang Tok Guru tu ada dalam rumah ana, macam mana ana nak keluar tinggal di tempat lain ! .... Ana nak didik anak - anak ana supaya melihat sendiri secara praktikal cara hidup datuknya seorang tok guru. Anak ana sedang membesar, ana pula banyak masa di luar ... elok sangatlah ana tinggal bersama ayah untuk memberi peluang kepada anak - anak terdidik dengan cara hidup seorang ulamak besar bergelar Tok Guru sebagaimana yang pernah ana alami semasa kecil - kecil dulu."

9. Kenyataan beliau memang menimbulkan rasa cemburu di hati kita yang tak ada Tok Guru dalam rumah kita kecuali televisyen dan komputer yang banyak didampingi oleh anak - anak kita.

10. Apa yang saya nak sebut ialah bagaimana mereka memfitnah kononnya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh mengamalkan gaya hidup mewah kalau tempat tinggal pun masih berkongsi rumah dengan orang tua. Sementara yb - yb lain berlumba - lumba mendirikan rumah sebesar mahligai. Kenapa penulis tidak menimbulkan isu pemimpin yang jelas terang lagi berlampu hidup dalam kemewahan ? atau sememangnya pena diasah tajam untuk mensasarkan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh sahaja ?

11. Kononnya itu adalah surat terbuka buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi realitinya sedang memfitnah ahli keluarga Tuan Guru sendiri sedang anakanda beliau yang dituduh mengamalkan kehidupan mewah tinggal serumah dengan beliau.

12. Kelihatan game semakin menarik selepas ini. Scud jenis apa pula akan dilancarkan selepas ini kepada saya dan rakan - rakan termasuk DPPM. Sekali lagi saya ambil pendekat berdoa kepada Allah swt supaya mereka insaf dan segera berhenti dari menabur fitnah dan membunuh karakter sedemikian rupa. Apa untung nak bunuh karakter saya ? saya hanya insan biasa .

Nasrudin bin Hassan

Selasa, 30 Julai 2013

JAWI Di Persoal Kerana Enggan Terima Pendaftaran Saudara Baru Atas Alasan Tempat Tinggal.


Benda neh tersebar di laman sosial. 

Rujuk ; 

Surat Terbuka Dari Ahli PAS Untuk Tuan Guru Nik Aziz [Mesti Baca]

WOWWW..

Korang baca la sendiri apa yang dituliskan oleh ahli pas kat bawah neh. Jangan terkejut beb. Nik Abduh dan Nasruddin kena kritik. Pasal menerima sumbangan dan menjalani kehidupan bermewah-mewahan.

Alamak aii

Iman tak boleh diwarisi. 

TGNA tue TGNA.. anak TGNA itu anak TGNA.. mana la kita boleh anggap sama dan serupa. Lepas neh habislah kereta no plat mewah dia akan tersebar di laman2 sosial.. 

HAHAHAHA..

Sejujurnya bila baca wassap yang member forwardkan pasal nak singkir Husam, Dr. Dzul, Khalid Samad dan lain2 memang aku rasa melampau.

Ini la tokoh2 yang sering ditakuti UMNO dalam PAS lepas tue ko nak singkir dorang? Ada pernah blogger UMNO menyerang DPPP seperti mana mereka menyerang Dr. Dzul dan Khalid Samad?

Haram..

So jangan la disingkirkan puak2 profesional dalam PAS.. ada sesuatu pada mereka yang boleh membawa PAS ke satu landskap politik yang baru. Bagi aku ulama ka profesional ka semua nya sama saja asalkan masing2 berniat membawa kebaikan kepada rakyat dan memperjuangkan benda yang betul. Oke?

Mohon jangan nilai akidah dan iman orang melalui penampilan please.. berjubah atau tidak, berjanggut atau tidak bagi aku seme tue tak penting.. yang penting buat kerja dengan membawa aspirasi rakyat..

Baca bawah. Harap2 tak benar la apa yang diperkatakan pasal Nik Abduh dan Nasruddin tue.. Dan harap2 jangan la ada mana2 anak menantu cuba lakukan apa2 percubaan bagi memecahkan semangat setiakawan dalam jemaah PAS..

Surat terbuka untuk TGNA.

Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:
“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.
Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.
Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.
Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?
Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?
Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.
Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.
Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.
Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.
Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.
PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.
PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani  masyarakat dan isu.
Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.
* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...