Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 30 April 2013

Laporan Polis Isu Penggunaan Dakwat Kekal.

Ini laporan POLIS yang dimaksudkan.


Dibuat oleh Tian Chua.

Bagi yang ingin melakukan apa2 aduan berkaitan sila rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/kontroversi-dakwat-kekal-mohon-spr-beri.html

Dapatkan cara2 yang betul untuk buat aduan berkaitan penggunaan dakwat kekal ataupun berkaitan masalah2 yang wujud tempat pengundian awal. Kalau korang tak sertakan butiran lanjut kita susah nak proceed kes neh habis-habisan sebab untuk siasat sesuatu polis perlukan bukti dan keterangan penuh. Jadi sila lakukan aduan kepada pihak2 yang telah kita kemukakan, supaya aduan2 tersebut boleh di bawa ke pihak polis dan seterusnya mereka akan lakukan siasatan yang menyeluruh.

Semua kontroversi penggunaan dakwat kekal hari neh telah pun dimuktamadkan melalui laporan polis di atas. Kita tunggu penjelasan lanjut dari SPR. Dan bagi mereka yang ingin memberikan aduan, boleh klik link di atas dan pilih cara yang paling sesuai dengan korang oke.

Tenkiu.    

Kontroversi Dakwat Kekal : Mohon SPR Beri Penjelasan !!!


Oke.

Hari neh hari pengundian awal. Dan pengundian pos. Ye. Itupun aku dah pelik sebab dikatakan pengundian pos dah bermula sejak 22 april hari tue. Tah la. Aku fikir macam neh jek. 

Pengundian POS dah berjalan sejak dari 22 april sehingga la ke hari ini.

Kalau ikut statement sesetengah pihak, ada yang cakap undi POS belum ada. Tetapi kalau ikut kenyataan beberapa pihak mereka dah pun mula melakukan pengundian sejak beberapa hari yang lepas. 

Bila kita call SPR, samada susah nak angkat ataupun kalau angkat kita dapat jawapan kita akan siasat laporan yang diterima. Jika ada penipuan, sila report polis untuk jalankan siasatan. Oke la juga nasihat tue sebenarnya. Jika ada penipuan memang kena report polis pun kan. Baru lah boleh jalankan siasatan kan. Report kat blog actually takde kesan apa pun. Kontroversi je la paling2 koman pun.

Hehe. 

Sekarang neh aku kumpulkan dulu info2 yang aku terima dari pelbagai individu yang berbeza. Mereka melakukan pengundian awal pagi tadi. Ini maklumat yang aku dapat.

1. Dakwat kekal tidak digunakan. Ya, ada pengundi yang mengundi tetapi tidak dicalit dengan sebarang dakwat.

2. Dakwat kekal digunakan tetapi hilang selepas disabun/dicuci. Yang neh pun ada. Namun setelah disabun/dicuci, kesan penggunaan dakwat tue masih terlihat la. Orang kata bekas2. Bukan totally hilang atau apa. 

Kat sini SPR kena berikan penjelasan. Macam aku pernah sebut dulu. Kegagalan jentera penerangan SPR menjalankan tanggungjawab menyebabkan semua kekeliruan neh wujud. Kita mahu tahu ;

- Apa yang dimaksudkan dengan dakwat kekal?

- Berapa lama ia boleh bertahan?

- Apakah yang boleh melunturkan dakwat kekal tersebut?

- Adakah proses penggunaan yang tidak betul menyebabkan dakwat kekal pada sesetengah pengundi    hilang? Maksudnya kat sini, mungkin kah dakwat itu tidak disimpan dengan betul, tidak dilindungi dengan baik, tidak digoncang sebelum guna dan etc2.. ataupun si pencalit, calit tak betul? Ini pun kena amek kira juga oke.

3. Dan aku juga menerima maklumat ini di email ;
Assalamualaikum,

saya dapat maklumat bahawa adun pantai merdeka (kedah) telah mengarahkan semua puteri umno untuk menangkap gambar sewaktu memangkah umno bukti sebagai setia terhadap umno (undi adalah rahsia)<-- minta admin tolong siasat sama ada perkara ni betul atau tidak sebab saya cuma mendengar perbualan dari rakan sekerja saya,..

2. saya juga mendengar pengakuan seorang Polis trafik perlis, semasa membuang undi tiada dakwat kekal digunakan..dan kes yang mengundi awal yang tersiar baru-2 ini adalah benar..polis mengundi awal. <--minta admin siasat kesahihan cerita ini. (cerita baik dari Perlis maklumat dari SB Perlis akan ditawan PR).

3. saya juga mendengar dari perbualan rakan saya mengatakan seorang rakan tenteranya yang masih berkhidmat dalam tentera telah mendapat kad pengenalan awam..ini bermakna pegawai tentera tersebut akan membuat 2 kali undi.<--minta admin tolong siasat kesahihan cerita ini..
       
 4. Contoh warna dakwat kekal yang digunakan. Lihat gambar ;

   
Dakwat kekal neh yang paling penting dicalitkan ke kuku. Bukan jari semata2. 

Gambar neh diperolehi dari sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=549960101722036&set=a.516666101718103.130499.100001241532172&type=1&relevant_count=1

Rujuk pula gambar kat bawah neh hah ;

  
Warna sedikit berbeza dari gambar pertama. Mungkin cahaya membuatkan ia kelihatan berbeza dalam gambar. Atau mungkin juga memang kedua2 jenis dakwat ialah dakwat yang berbeza warna. Sebelum dan selepas dicuci. Ia boleh hilang.

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=534944359877226&set=a.440991052605891.94494.440972749274388&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Aku nak explain sikit kot2 SPR neh salah faham. Pendedahan bahawa warna dakwat kekal boleh hilang neh bukan dibuat untuk memburukkan2 imej dan intergriti SPR. Jangan salah sangka. Sebaliknya masyarakat keliru. Pengundi confuse. Bukan kah dah diberitahu warna dakwat kekal PALING2 koman boleh tahan sehingga 3 hari?

"Saya boleh memberi jaminan bahawa dakwat tersebut boleh tahan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya, sambil menambah dakwat itu mengandungi pigmen, silver nitrate dan dan bahan-bahan herba.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/226674

Ini kenyataan SPR sendiri. Sedangkan sebelum itu BERSIH dan PKR telah pun meminta kajian terperinci / bukti dan juga laporan yang berkaitan bagi membuktikan kenyataan SPR bahawa warna dakwat kekal boleh tahan lama.

Timbalan Setiausaha PKR negeri, Tan Kah Hing berkata, mereka mahukan satu laporan kimia atau hitam putih membuktikan dakwat kekal itu mampu bertahan lebih dari lima hari.

“Kami mahukan satu laporan yang pasti kerana ia penting untuk mengelakkan pengundi awal mengundi buat kali kedua pada 5 Mei nanti.  

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/politik/pkr-mahu-laporan-kimia-bukti-dakwat-kekal-tahan-lama-1.153715

Dimaklumkan juga bahawa Tian Chua sedang membuat laporan polis berkaitan hal ini dan juga team Rafizi dengan mengumpul maklumat2 berkaitan.

Kpd pengundi awal Pandan (atau sesiapa) yg dpt cuci dakwat kekal slps undi hari ini, sila tel Hj Ishak Pengarah PRU Pandan +60 19 212 5001

Jika anda ingin salurkan sebarang maklumat berkaitan, tolong hubungi team Rafizi dengan nombor yang telah aku sertakan di atas neh.

Kita tak boleh duduk diam, duduk tersorok2 dan lapor di blog dan page semata2. Ini masa untuk keluar dan melawan secara terang2an. Sebenarnya kita tak lakukan sebarang kesalahan. Ingat, yang cakap dakwat kekal tue boleh tahan lama bukan aku, bukan juga ko, tetapi SPR itu sendiri.

Aku pun taknak juga tuduh2 pengundi2 tue menggunakan bahan kimia untuk menghilangkan dakwat kekal itu lebih cepat. Tetapi sudah semestinya orang2 BN akan melakukan tuduhan tersebut. Kerana apa? Kerana tiada laporan polis dibuat. 

Jadi bagi memastikan korang memberikan input yang benar, sila salurkan info berkaitan ke Rafizi untuk diambil tindakan susulan. Boleh juga lapor ke jawatankuasa BERSIH untuk diambil perhatian. Bila ada laporan, maka seme tuduhan2 ke atas korang jadi invalid sebab korang dah buat langkah2 sewajarnya untuk diambil perhatian.

Link :  http://pru13.info/aduan/

Ada no, ada email dan juga aduan online. Buat semua aduan berkaitan berserta KETERANGAN dan GAMBAR susulan sebagai BUKTI.

Ini bagi membantu BERSIH highlightkan ADUAN anda lebih cepat. Oke bai. 

Ummi Hafilda Insaf, Mula Cari Rezeki Halal.

Alhamdullilah.

Bagus sungguh sikap Ummi Hafilda. Akhirnya kembali menjadi manusia normal. Inila yang sebaik2nya dibuat oleh Ummi Hafilda sejak dulu lagi sepatutnya.

Bukan dengan jual fitnah di atas pentas ceramah.

Bukan dengan kejar Anwar Ibrahim macam wanita meroyan.

Bukan dengan jaja cerita seks 24jam seolah2 masalah seks tu lebih penting untuk dikaji dan difikirkan berbanding dengan masalah sosial dan ekonomi.

Menjadi duta kecantikkan. Menjual product kecantikkan. Bagusla. Janji tak mencuri, merompak dan menfitnah. Kita doakan Ummi Hafilda terus maju jaya dengan kerjaya baru dan tinggalkan terus pentas fitnah untuk selama2nya. Amin.

Hehe

Psttt.. apa pun Ummi tak lupa promote bn dalam risalah iklan neh kan? Memang pekat biru betul. Tapi sayang.. tak tercalon juga akhirnya..

Kah kah kah

HOT : Luahan Cikgu Yang Tertekan Di Paksa Sokong BN.

Pelik2.

Aku ada menerima maklumat dari seseorang. Berikut adalah apa yang ingin disampaikan ;

1. Ada pengetua di sebuah sekolah tue, jenis suka kacau hak/privacy guru2 di sekolah tersebut.

2. Dia punya ganguan tue sebenarnya ganguan bermotifkan politik.

3. Dia telah melakukan ugutan dan memaksa semua guru2 agar menyokong dan memangkah barisan nasional atau bersedia menghadapi AKIBAT, kesan daripada tidak memangkah barisan nasional.

4. Berikut antara luahan guru2 yang menjadi mangsa oleh pengetua tersebut  ;



Gambar pengetua tue pun ada sekali. Nama sekolah yang dimaksudkan pun ada. Location kelantan, kawasan Kota Bharu. Jikalau benda neh dibawa ke peringkat tertinggi apa jaminan cikgu2 yang tertekan dan di ugut secara membabi buta neh tidak akan berhadapan dengan tindakan BIAS disebabkan mereka tidak menyokong BN? Kalau la ada keadilan, aku memang setuju sangat kes neh disiasat. Kesian kat cikgu2 yang jadi mangsa beb.

Sebenarnya hak untuk mengundi dan memangkah sesiapa saja hak masing2. Apa jadah ko nak ugut2 orang supaya pangkah BN. Dan yang lebih teruk, si pengetua tue siap cakap lagi. Sesiapa yang undi PR boleh dikesan sebab dalam kertas2 undi yang undi PR akan ditanda. Aik, ditanda? Wahh.

JANGAN SAMPAI KAMI DAPAT RAKAMAN UGUTAN itu ya ENCIK PENGETUA.

Hehe.

Apa pun kepada guru2 yang bakal menjadi mangsa keadaan sila la berbuat langkah2 tertentu untuk kantoikan pengetua yang menzalimi anda. Hak anda untuk mengundi sesiapa sekalipun. Nak pangkah BN ataupun PR mahupun calon BEBAS, hak masing2. Aku, ko dan sesiapa saja tidak boleh memaksa ko mengundi mana2 pihak yang ko tak ingin UNDI.

Faham?

Oke bai.  

Pemilik Asal Gambar Kahwin Bangla Jadi Melayu Tampil Membuat Pengakuan.

Semalam kan kecoh pasal satu banner tue. Banner yang pasal bantuan bujang 1malaysia. Yang mana memaparkan gambar bangla sebelum kahwin then selepas kahwin jadi melayu. Then satu lagi yang turut mengundang kontroversi bila kata2 seperti ini diterbitkan atas banner tersebut ;

BERSYUKUR KEPADA BN.

Which memang orang2 ISLAM tak boleh terima. Orang2 UMNO aku tak sure la depa boleh terima ke tidak. Sepanjang aku mengenali mereka, majoriti kaki jilat. Bukan jenis rebel. Jauh sekali ada pendirian sendiri. Mereka bahkan lebih rela menjadi pemalas dengan tidak memberikan apa2 idea untuk memajukan negara sebaliknya copy paste bulat2 apa yang diideakan oleh pemimpin dan angguk2 aje. Walaupun idea2 tersebut kebanyakkannya mengarut habis.

Hehe.

Banner yang dimaksudkan ;


Ini pula penjelasan dan bukti dari pemilik gambar kahwin tue oke ;

Gamba pengantin ini saya ambil pada 15 may 2007..... menguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gamba isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB

saya dah lihat sendiri banner ni ..Lokasi: presint 9 dekat petronas simpang 4

Ini link rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4842409424805&set=p.4842409424805&type=1&ref=nf

Cilok gambar orang satu hal. Buat kempen bodoh lagi satu hal. Gunakan pula wajah Neelofa satu hal. Ahh macam2 hal yang diperbuat dalam gambar neh. Tah sapa punya angkara tah. Ada gambar Adnan dan lambang BN disitu. Aku takmo tuduh2. Lue fikirlah sendiri. Tak pun cari bukti dan saksi. 

Psttt.. aku nak tambah sikit. Benda neh kalau tidak benar / bukan dari BN, awal2 lagi dah kena tanggal dan cabut. Takde nya nak dibiarkan berhari2 disitu. Harap maklum. 

KAH KAH KAH 

Marina Mahathir Berkempen Untuk Dr.Dzul

Wow.

Menarik.

Yang membuatkan ia jadi menarik bukan kerana Marina tue sokong Dr.Dzul. Sokong Pakatan Rakyat. Tetapi yang membuatkan ia menjadi menarik sebab Marina tue anak Mahathir. 

Hehe



Dalam tubuh badan Marina ada darah Mahathir. Dorang anak beranak oke. Tetapi apa yang membuatkan Marina untuk tidak menyokong BN tetapi prefer Pakatan Rakyat?

Tidak bersyukur kah dia?

Tidak berterima kasih kah dia?

BN kot. Bapa dia pegang Malaysia 22 tahun. PM paling lama dalam sejarah Malaysia. So apa lagi yang dia tak dapat? Dia dapat macam2 kesenangan yang wujud di dunia neh sejak bapa dia terlibat dalam politik. 

Tak pernah hidup susah.
Tak pernah hidup melarat dan merempat.
Tak pernah fikir macam mana nak bayar ansurans rumah dan kereta.
Tak pernah fikir ahh malas la nak bayar toll.
Tak pernah fikir semua benda mahal kot di dunia neh.
Tak perlu susah payah mengharungi pelbagai dugaan hidup yang melibatkan DUIT.
Tak perlu fikir pasal masalah kewangan.

So apa yang menyebabkan dia tidak menyokong BN tetapi prefer kepada PR? Mungkin dia nampak sesuatu yang ramai penyokong2 BN tak nampak. Yang mana pemimpin2 BN pun tak nampak. Memetik serba sedikit kata2 Abu Nawas [Mohon jangan claim royalti oke] ;

Penyokong BN pun mangsa.
Ahli2 BN pun mangsa.
Rakyat pun mangsa.
Kita semua adalah mangsa kepada satu sistem kapitalis yang diusahakan dan dijanakuasakan oleh BN.

Kalau pada hari neh kita tidak bersatu, sesama kita, sesama rakyat berpecah belah, penyokong2 bn dan penyokong2 pr, maka kita akan sentiasa dipergunakan dan sentiasa menjadi mangsa politikus2 yang rakus. Jangan hidup dengan jadi perisai pemimpin beb. Mungkin dapat duit. Tapi seberapa lama la duit tue dapat bertahan. Dan sebesar mana la duit tue mampu mengcover kesedihan2 dan penderitaan2 yang dialami oleh saudara2 kita yang tertindas di luar sana.

Cukup.

Pangkah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat buat masalah, kita tikam. Pangkah yang lain. Pangkah sesiapa saja janji mereka buat kerja. Simple as that. Oke.             

Harakah Daily Di Hack.

Pagi tadi. Jam 3 pagi. Yang si hacker pun bingai. Ko kalau dah sampai boleh tembus ke bahagian masukkan content kenapa tidak ko buat siang2?

Baru la ramai yang sedar. Dapat la juga ko jadi famous kan. Sebab berjaya tembus harakah daily. Lepas tu masukkan artikel yang mempunyai double meaning. Fakta la. Bukan auta. Supaya team harakah tak perasan dengan cepat bahawa sistem mereka telah diceroboh oleh orang luar.

Ini tidak. Artikel merepek je ko letak. Yang semua orang boleh perasan dengan mudah. Dasar hacker yang bingai.

Kah kah kah

Apa pun benda neh bagus juga untuk harakah. Tingkatkan lagi kawalan keselamatan web masing2. Menjelang pru neh memang laman web pro pakatan rakyat akan menjadi mangsa serangan cyber. Antaranya Malaysia Kini dan Keadilan Daily.

Dan untuk si hacker yang hack tu pula. G bunuh diri ah. Tak mencabar langsung serang harakah dengan isu seks. Macam takde hujah2 yang berfakta untuk balon pas je.

Memalukan oi.

Kah kah kah

Isnin, 29 April 2013

Gambar PAS Cetus PROVOKASI Tersebar !!!

Teruk no perangai orang2 PAS neh. Hapa pun tak boleh.

Rujuk gambar kat bawah neh geng.



Buruk perangai.

Perangai buruk.

Buruk perangai.

Perangai buruk.

Sampai tergelak2 wanita2 BN dibuat oleh pemuda2 PAS. Mesti korang ohsem sangat kan? Yelah, kata nak ajar bergambar. Bukan nak ajar gaduh. Provokasi betul la. Sebab tue la depa tergelak2. Tak jadi marah walaupun kena provoke kan? Pfttt.

Dah g sebarkan ramai2. Sebarkan perangai buruk PAS neh. Hapa la nak jadi weh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Sumber :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=602882189724454&set=a.308676682478341.85496.308257822520227&type=1&ref=nf

Penyokong BN Bakar Pusat Daerah Mengundi Di Kedah?

Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam.

"Ada kawan saya mai (datang) rumah beritahu ada kebakaran di tempat kami. Bila sampai sana api marak dan saya bersama lima rakan lain bertungkus lumus padamkan kebakaran daripada terus merebak ke seluruh khemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

 
Antara peralatan yang dibakar adalah bendera BN, empat meja, kabel elektrik, 1,000 poster calon BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1,000 risalah aku janji BN Kedah yang dianggarkan melibatkan kerugian kira-kira RM2,000.  


Haslis berkata beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang berdasarkan maklumat yang diterima oleh seorang rakan yang kebetulan keluar pergi kerja ketika itu.

"Ada seorang rakan keluar pergi kerja di Alor Setar. Dia ada nampak dua lelaki naik motosikal yang ada logo parti pembangkang dikatakan berkeliaran di kawasan itu. Saya syak ini perbuatan mereka," katanya.
 
 — Bernama

Sebab depa guna istilah PEMBANGKANG kan. Di kedah PEMBANGKANG = BN tau. Kalau nak di ikutkan buat masa sekarang 

PEMBANGKANG

dan

KERAJAAN 

Tak wujud. Sebab tempoh berkempen untuk menghadapi PRU. BN dan PR bukan la kerajaan mahupun pembangkang. Parlimen dah dibubarkan dah. PRU nanti 5 mei. Sekarang tengah persediaan untuk memilih kerajaan dan pembangkang baru. Tapi mungkin ada ahli2 BN tak tau benda tue. Dorang lebih banyak habiskan masa untuk buat kerja2 parti sampai takde masa nak kaji benda2 gini. Kesian. Takpe. Kita bantu la mereka mendapatkan info seberapa banyak yang boleh untuk diserapkan ke dalam akal dorang tue.

Helping is caring too oke.

KAH KAH KAH

Tapi oleh kerana PEMBANGKANG yang disebut2 sebagai pensabotaj bilik PDM di atas, maka secara automatiknya dapatkan kita fahami ialah ahli2 BN sendiri sanggup mensabotaj bilik PDM tersebut. Apa la nak jadi. Mohon POLIS cepat2 tangkap PEMBANGKANG di KEDAH tue. Makin menjadi2 plak perangai. Kacau parti lawan, kacau parti sendiri. Apa pun tak boleh la depa neh kan. 

KAH KAH KAH

Video Penyokong BN Meroyan Tersebar. [Video Inside]

Meroyan.

BN dan PR bebas buat ceramah sebenarnya.

Kalau ko tak suka ceramah BN takpayah pergi. Kalau ko nak pergi untuk sampaikan mesej ko maka sampaikan dengan sikap yang bertamadun. Buat banner ka, at least pemimpin2 BN boleh baca mesej yang ko ingin nyatakan disitu.

Begitu juga dengan penyokong2 BN. Kalau tak suka ceramah PR tak payah pergi. Kalau nak pergi untuk berdebat ka sampaikan mesej2 korang ka sampaikanlah dengan penuh berakhlak. Buat apa ko asyik sebut

BONTOT..

BONTOT..

BONTOT..

Di majlis orang?

Ini apa? Takde akhlak ke? Ko nak balon, bagi la fakta ke apa ke. Setakat cakap BONTOT2 dah macam gila BONTOT je aku tengok.

MEMALUKAN.

Aku nak bagi idea sikit kat penyokong2 BN neh. Kadangkala aku kesian kan dorang. Macam takde orang2 cerdik yang boleh tarbiah dan pimpin dorang. Tindakan dorang seme memalukan dan menjatuhkan nama baik parti.

Pernah aku terfikir. Gamaknya dorang saja nak buruk2kan parti sendiri. Sebenarnya dorang pun dah fedap dengan umno tapi takmo masuk PR. Better kita kondem parti kita sendiri dari dalam. Itu lebih baik, strategi tumbangkan parti. Siyes. Aku sampai fikir macam neh. Pasal aku heran. Takanlah dorang BODOH sangat nak memalukan nama parti sendiri kan.

Lainkali kalau ko nak sampaikan mesej ko kat orang2 PR, di majlis ceramah PR, lakukan dengan penuh berhemah, cari point2 yang berkaitan rakyat, tulis dalam manifesto dan ajak mana2 pemimpin pr atau sesiapa saja berdebat dalam isu tue.

Aku tahu sangat dah. PR pasti akan berikan ko jawapan yang ko mahukan. Persoalannya korang tak berani buat + tak hingin nak buat sebab memang berhujah dan berdebat bukan budaya korang. Budaya korang ialah

MELUCAH

Semata2. Kan?

KAH KAH KAH

Video di bawah ;




Lelaki Dipukul Di Tanjung Dawai Kerana Pakai Baju Logo BN.

Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam Sabtu.

Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai.

"Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai.

"Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya.

Sofian berkata keadaan itu bagaimanapun dileraikan para penyokong BN yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Apa yang berlaku kepada saya adalah satu tindakan biadap. Konvoi berkenaan dipercayai datang dari luar Tanjung Dawai yang turut membawa bersama ahli keluarga mereka.
"Kejadian itu menyebabkan anak saya yang masih kecil menjadi trauma," katanya.Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Dawai selepas itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan akan menjalankan siasatan kerana melakukan perbuatan khianat.  

BERNAMA
SIASAT.

Aku setuju SIASATAN DIJALANKAN SECEPAT YANG MUNGKIN.

Aku nak juga tahu kebenaran di sebalik kejadian. Takan sebab ko pakai baju BN ko kena belasah tak pasal2 kot? Bukan nak bekap tindakan keganasan ke atas mana2 pihak tapi kemon la, kalau setakat pakai baju BN ka apa ka, takan orang suka2 nak bantai ko?

Punyalah berlambak2 orang pakai baju BN. Tak pernah pun kena belasah. 

Hehe

So aku mohon PDRM siasat secepat mungkin dan keluarkan hasil siasatan. Kepada individu/kumpulan yang dituduh membelasah tue, anda juga dialu2kan untuk memperjelaskan kejadian sebenar kepada kami. Boleh email ataupun sebarkan di facebook, atau blog masing2.

Lebih cantik, kalau korang pun pergi report polis andai kata korang difitnah. Kita tengok siapa cakap benar dan siapa sebaliknya.

Oke. 

Hot : Surat Arahan Memantau Warga AADK Tersebar !!!


Woww..

Tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti anti kerajaan. Anti kerajaan tue apa maksudnya ek? Anti kerajaan malaysia ke apa? 

Aku kurang jelas dengan arahan yang dikeluarkan. Tetapi arahan ini dibuat dengan cermat seolah2 tidak mahu menimbulkan kontroversi di kemudian hari. Instead of menyebut PEMBANGKANG ataupun PAKATAN RAKYAT mereka menyebut sebagai ANTI KERAJAAN.

Anti kerajaan pula boleh membawa pelbagai maksud dan definisi. Walaupun aku menyakini bahawa dorang sebenarnya sedang MEMANTAU mana2 kakitangan AADK yang terlibat dalam politik pembangkang. Sebab tue surat arahan seperti di atas dikeluarkan.

Sesiapa yang kat sini kerja di AADK?

Ber-ahti2 la ek.

Anda sedang diperhatikan. 

KAH KAH KAH

Sumber :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=538216946229603&set=a.208434192541215.65786.100001239066962&type=1&ref=nf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...