Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Mac 2013

Utusan Mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pengganas.

Pengganas. Dah selayaknya di katakan pengganas sebab melancarkan ugutan terbuka terhadap kerajaan malaysia. Rujuk sini.

Kenyataan terbuka Nor Misuari itu patut di pandang seriyus oleh kerajaan kita. Dan patut dipandang seriyus oleh Anwar Ibrahim juga.

Lihat bawah ; 
Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: "MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia... kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13"

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130305/dn_71/Pemilik-akaun-Facebook-Asree-Sug-dedah-perhimpunan-agenda-MNLF#ixzz2MgXalL63 







Ini petikan dari Utusan. Laporan ini berbaur negatif terhadap Anwar Ibrahim. Tetapi nak salahkan Utusan pun susah juga kerana dia bulat2 copy paste dari individu kat bawah neh hah ;



Ini blog dia ;

http://tausug-global.blogspot.com/

Dalam blog dia menulis yang dsai dan misuari memang sahabat rapat. Siap ada projek dan sebagainya. Rapat ketika Anwar dalam UMNO. Sekarang samada masih rapat ataupun tidak rapat lagi seperti dulu ataupun dah turn jadi musuh atau apa, aku kurang pasti.

Tetapi hasil pembacaan aku di dalam blog dan facebook dia, aku dapat merumuskan beberapa hal. Hal2 tersebut tersangatlah tidak enak kepada rakyat malaysia. 

Jikalau mereka2 ini mahukan kuasa autonomi kerana mahukan kesultanan sulu berkuasa di sabah bukan lah perkara yang baik. Harap dsai jangan lagi menjanjikan kuasa autonomi untuk sabah dalam masa terdekat. Kita bimbang nanti ada yang mengambil kesempatan untuk berbuat kerja lain.

Ini kerana ada di antara mereka sudah lolos ke sabah melalui projek IC mahathir dan mempunyai matlamat yang berbeza dari kebanyakkan rakyat sabah yang lain. Kuasa autonomi untuk melancarkan pentadbiran agar lebih bersifat mesra kepada penduduk negeri itu sendiri, oke, tiada masalah.

Kuasa autonomi untuk melancarkan misi rahsia agar menaikkan kesultanan sulu, mengiktirafkan kedudukan mereka di sabah, menjadikan negeri sabah negeri bersultan, itu karut. Lebih2 lagi menjadikan sabah jajahan sultan, itu lagi melampau. 

Padan la aku baca beberapa orang sabah komen tiada apa2 yang berlaku di sabah. Semua baik2 aje. Jangan dengar khabar angin. Selepas membaca blog dia aku rasa aku dapat menyimpulkan begini.

1. Di sabah ada puak2 tausug yang bersama2 dengan tentera penceroboh tersebut.

2. Jadi sudah tentula mereka tidak mahu memberikan gambaran buruk terhadap tingkah laku penceroboh tersebut.

Tetapi bilangan mereka tidak seramai rakyat sabah yang inginkan kedamaian dan tidak inginkan sabah keluar dari malaysia. Namun bilangan mereka tidak boleh diperkecilkan. Apatah lagi jika mereka bersama2 puak MNLF pimpinan Misuari. Bayangkan jika Misuari melancarkan perang dengan malaysia, boleh jadi askar2 dia bersepah di sabah yang bawa kerakyatan malaysia. Kepada siapakah mereka patut taat setia? Kepada kerajaan malaysia ataupun misuari mindanao? Ah sudah. Buat kelam kabut je la seme neh.

Iktibar dari sini jangan dibagi ic suka2. Kita bukan nak bermusuhan sesama islam. Tetapi jangan gunakan islam untuk halalkan perbuatan korang. Malaysia dari awal lagi hanya lah pertahankan diri. Mereka yang dah dapat ic tue sepatutnya kekal bersama2 malaysia sebab dah jadi rakyat malaysia. Mana boleh berpecah belah dan backup tentera sulu dan mnlf secara rahsia pula.

Benda dah jadi. Nak patah balik memang tak mungkin. Apa pun ancaman misuari terhadap malaysia kena pandang seriyus. Dan apa pun pengikut2 misuari katakan jikalau mereka melibatkan dsai, dsai juga kena pandang seriyus.  

Suka2 petik nama orang begitu begini dan tindakan itu sebenarnya tanpa sedar memberikan ruang kepada media kerajaan untuk memanipulasikan berita atas kepentingan peribadi, seperti yang dilakukan oleh utusan di atas.

Ini kerana misuari baru je meletakkan diri dia sebagai musuh negara bila memberikan amaran kepada kerajaan malaysia.  Dan sesiapa yang mendekati dan menghampiri musuh negara itu, sudah tentulah di cop pengkhianat. Melainkan kerajaan, misuari dan pembangkang boleh duduk dalam satu sidang dan selesaikan konflik ini secara rundingan. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...