Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Mac 2013

TV3 dan Utusan Kantoi Fitnah Dsai.

First tv3.



Kat atas neh screenshot tv3. Semalam depa siarkan sebanyak 2 kali. Masa tue aku ingatkan tv aku dah rosak. Then aku try tanya orang lain. Mereka sahkan tv3 memang repeat 2 kali. Agaknya dah gelebah sakan lepas menfitnah kot. 

Pembaca berita tv3 cakap yang dsai tak patut saman tv3 dan utusan sebab mereka hanya laporkan apa yang manila times dan reuters laporkan.  

Penyokong umno pula kata kenapa tak saman reuters dan manila times sekali. Depa sebut gak nama anwar. Ahh yeke?

Oke. Kita tinjau satu persatu oke. Reuters dulu. 

Pertama. 

Baca balik petikan utusan yang tv3 siarkan di atas JELAS, TERANG, TERPAMPANG mereka menyatakan bahawa seorang pemimpin pembangkang yang rapat dengan ketua pembangkang.. blablabla..

Ayat neh sendiri menyatakan bahawa, seorang pemimpin pembangkang sabah yang rapat dengan dsai pergi berjumpa.. bukan dsai itu sendiri... Tetapi bagaimana utusan, tv3 dan bloggers umno mengambarkan ia melalui pemberitaan mereka?

Mereka gambarkan bahawa seolah2 dsai yang pergi berjumpa. Seolah2 dsai la dalang pencerobohan. Mereka juga gambarkan manilatimes dan reuters membayangkan dsai sebagai pemimpin tersebut. Caranya ialah mereka menyebarkan gambar2 dsai bersama misuari. Mereka juga sebut nama anwar ibrahim.

Nanti dulu. Ayat tue cakap seseorang yang rapat dengan dsai. Pemimpin pembangkang sabah. Tetapi laporan yang digambarkan berbeza dari ayat tersebut. Out of the context. 

Laporan luar negara. 

Ada ramai pemimpin pembangkang di malaysia. Ia boleh jadi sesiapa saja ma. Tiada sebab dan keperluan untuk DSAI merasakan dia adalah individu yang dinyatakan dalam artikel tersebut. 

Yang kedua. Perhatikan. Adakah terjemahan yang disediakan oleh utusan dan tv3 adalah benar2 seperti yang dilaporkan oleh agensi reuters itu? Jawapan nya TIDAK. 

Yang melaporkan ialah pegawai ketenteraan filipina. Bukan perisikan dan blablabl tue.

Lepas tue tiada kata2 ketua pembangkang. Yang ada ahli politik pembangkang malaysia. Ia boleh jadi pemimpin dalam pembangkang tetapi boleh jadi juga tidak mempunyai apa2 jawatan dalam organisasi pembangkang. 

Translate dah la salah dan misleading. Lepas tue nak marah bila kena saman. Translate la betul2. 

Yang ketiga pula, atas sebab apa kita perlu percaya bahawa maklumat dari ketenteraan filipina itu benar dan sah?

Mereka juga mengatakan kumpulan tersebut tidak bersenjata. Ini nak percaya tak?

Mereka juga mengatakan sesetengah dari mereka ialah penduduk sabah [penduduk tetap, ada ic]. Ini nak percaya tak?

Sila percaya. Bila korang memilih untuk mempercayai maklumat dari ketenteraan filipina mengenai penglibatan pembangkang dalam pencerobohan tersebut korang juga kena percaya bahawa mereka2 ini TIDAK BERSENJATA dan ADA IC. IA berada dalam SATU ARTIKEL yang SAMA.  

Bahkan aku juga boleh katakan Najib punca pencerobohan tersebut. Berita reuters turut melaporkan bahawanya pencerobohan berlaku selepas kumpulan tertentu dipinggirkan dalam pelan damai terbaru. 

Boleh ke tuduh2 Najib menyebabkan berlakunya pencerobohan? Boleh, kalau aku neh bloggers umno orangnya. Itu memangla script aku. 

 
Jikalau utusan dan tv3 nak petik berita apa2 sekalipun bukan masalah. Cuma petik la betul2. Jangan misleading dan lari maksud sebenar. Benda dia tak sebut jangan tokok tambah. Orang bukan marah tv3 dan utusan siarkan laporan dari mana2 media filipina. Orang marah utusan dan tv3 tokok tambah, mengada2kan yang tiada.
   
Lihat lagi kat bawah neh ;

Persoalan ;



Jawapan ;





Manila post ke pas ke pis ke pus ke times ke apa jadah manila tue seme, melaporkan perkara di atas, ayat di atas, lebih kurang sama dan serupa. Ayat ini kita alihkan kepada bahasa melayu dulu. 

Pencerobohan itu berlaku sejurus selepas sabah dijanjikan oleh kuasa [pentadbiran] autonomi oleh pemimpin pembangkang malaysia [bekas pemimpin negara] anwar ibrahim.

Maksudnya kat sini ialah Jacinto menulis seperti di atas.

Eh, ada taik jatuh atas kepala lue lah.

Owhh ayam baru je lalu kat depan aku sekali taik jatuh atas kepala.

Ini nak cakap ayam berak atas kepala lue ke?

Bukan. Nak bagitau je, pencerobohan tue berlaku selepas pemimpin pembangkang menjanjikan kuasa autonomi di sabah. Dan jacinto sambung menulis lagi bahawa masalah dalaman politik negara malaysia bukan urusan kita. 

Dia tidak sama sekali menyebut / mengatakan bahawa dsai dalang kepada kejadian pencerobohan itu. Benda neh sama macam kes najib kat atas tadi tue. Pencerobohan dilakukan kerana perjanjian pelan damai dimeterai antara 2 pihak di mindanao meminggirkan mereka. So takan nak blame najib pula? Kalau dah najib dsai seme dalang, siapa yang bukan dalang disini? Ahh korang. Terlalu banyak menonton x files agaknya.

Fullstop. Dua point. Pertama, ini sebabnya dsai tak perlu saman mereka. Kedua nak highlightkan bagaimana media manila mempermainkan rakyat malaysia.  

Lapor, sesiapa boleh lapor begitu begini. Risik, sesiapa boleh mengatakan ini maklumat risikan begitu begini. Perisik dan ketenteraan filipina boleh cakap ahh mereka ada berjumpa dengan pimpinan pembangkang untuk bincang urusan tanah. Ahh mereka datang ke situ kerana dijemput oleh PM sebab nak bagi tanah. Alasan2 mereka2 ini atas sebab apa kita kena percaya?

Katakanla, katakanlah kalau benar sekalipun ahli politik pembangkang nak selesaikan konflik tanah yang melibatkan warga sulu, apakah mereka ada hak untuk membunuh rakyat malaysia?

Katakanlah, katakanlah kalau benar sekalipun najib menjanjikan tanah, apakah mereka berhak untuk masuk dan membunuh rakyat malaysia?

Kalau korang cerdik, korang patut boleh nampak dan boleh faham. Owhh najib dan ahli politik pembangkang mempunyai hasrat yang suci. Mereka hanyalah mahu selesaikan isu tanah. Selesaikan isu tanah bukan perkara keji, bukan perbuatan jahat dan kejam. Ia tidak patut melayakkan berlakunya pembunuhan yang melibatkan pasukan keselamatan kita. 

Apabila penceroboh itu mahu membunuh, dia membunuh kerana dia mahu membunuh. Niat dan tingkah laku dia tidak boleh disandarkan kepada sesiapa sekalipun melainkan ada arahan yang jelas keluar dari mulut anwar dan najib hoi pergi bunuh orang. 

Jika penceroboh itu tidak sabar, itu masalah mereka.

Penyokong umno fikirkan sejenak.

Cubalah, cuba la kali neh belajar memahami. Media, peranan dia melapor. Media sendiri di luar kemampuan untuk mengatakan apa yang mereka laporkan itu semestinya benar, tepat dan sahih mewakili kejadian sebenar. Apa yang media boleh katakan ialah apa yang dilaporkan ke atas mereka, itulah yang akan mereka siarkan. 

Tetapi tv3 dan utusan telah melampaui batasan peranan media itu sendiri. Mereka tidak melaporkan apa yang dilaporkan kepada mereka. Mereka melaporkan sambil menokok-nambah dan menfitnah dalam laporan mereka. Ini kesilapan yang mereka kena ubah. Orang lain, boleh nasihat je. Jika  tv3 dan utusan selesa melapor sambil menfitnah,kesan buruk pasti menanti. Ingat, Allah melarang perbuatan fitnah itu sendiri. Ke atas orang jahat, ke atas orang yang kita benci, ke atas orang bukan muslim bahkan ke atas sesiapa sekalipun, perbuatan fitnah itu sendiri berdosa, ia tak pernah menjadi halal, walaupun atas tujuan yang baik. Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...