Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mac 2013

Mazlan Aliman Menipu Isu Rumah Buruk Di Johor Kata Blogger Umno..

Hari tue aku ada share satu posting dari Mazlan Aliman. Berhubung satu kejadian yang berlaku di Johor.


Ini bukan di Kelantan, yg sering didakwa menghadapi krisis bekalan air. Ini di Kg Melayu Sedenak, Kulai. Pak Cik Utoh, 84 tahun, adalah pengundi setia BN. 

Lebih 15 tahun menggunakan air perigi untuk mandi, minum dll. 
Justeru, tidak perlu sibuk2 memfitnah negeri Pakatan Rakyat, rakyat negeri Johor sendiri masih terlalu ramai yang sengsara!
 
 
Isu neh siap masuk paper lagi ;
 

Tapi ada sorang blogger umno [rujuk sini] kat Mazlan Aliman menipu. Kutuk punya kutuk seolah2 Mazlan Aliman saja buat citer temberang untuk kenakan BN..

Dorang siap sebarkan gambar kat bawah neh. Kata dorang inila rumah sebenar Pakcik Utoh.. 
 


Berpandukan kepada pengakuan seseorang di laman facebook ;


Okela, aku tak tanya pun Mazlan Aliman. Benda neh dah masuk paper. Aku tak fikir Mazlan Aliman akan bodoh2 jatuhkan reputasi dia untuk berlakon dan mencipta isu semata2.. isu macam neh senang je nak kantoi. Lebih2 lagi kalau masuk dalam paper. Anytime je boleh kantoi wa cakap lue.

Yang aku pelik kenapa beria2 kutuk Mazlan Aliman penipu? Tak terfikir ke bahawa Mazlan Aliman pun boleh kena tipu sehingga tertipu? Itu kalau betul la Pakcik Utoh tu penipu..

Kalau tak betul korang dah fitnah dia.

Cuba baca betul2 apa yang disampaikan oleh Mazlan Aliman sebelum nak tuduh melulu ;

Ada orang yang mendakwa dia penduduk tempatan Kg Melayu Sedenak, Kulaijaya marah2 apabila saya bersama pimpinan Pakatan Rakyat dedahkan penderitaan hidup Pakcik Utoh Dahlan, 84 tahun. Mereka dakwa saya sengaja nak malukan kampung mereka, walhal isunya adalah masalah peribadi Pakcik Utoh.

Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam, tgjawab PAS untuk kebajikan rakyat tidak memilih siapa. Komitmen PAS turun padang sejak ia ditubuhkan tahun 1951 hingga kini dan akan datang. Apabila sdr Norjan Md Yusof, penduduk tempatan membuat aduan, kami tidak boleh berpeluk tubuh.

Meskipun kami tahu, Pakcik Utoh ada masalah peribadi, apalah salahnya jika agensi kerajaan dan JKKK melaksanakan daya usaha dengan mendirikan sebuah rumah walaupun kecil, tapi selesa utk beliau membina kehidupan?
Tergamak kita menyaksikan seorang warga emas mendiami sebuah rumah yg teramat daif tanpa bekalan api dan air bersih selama 15 tahun; hanya bersandarkan hujah, dia ada masalah peribadi....

Kami dedah melalui media dan laman sosial agar keprihatinan semua pihak dpt ditingkatkan. 

Terbukti, dalam kebanyakkan kes, apabila tekanan melalui media dan laman sosial dibuat, maka barulah nampak kesungguhan pihak2 terbabit. Ini pun kami dapat lagi 3 aduan dari penduduk Kg Melayu Sedenak mengenai kedaifan hidup mereka. Telah diajukan kepada pihak JKKK dan Ketua Kampung, namun susulannya mendukacitakan.

Apapun, kami ucapkan terimakasih kepada semua komen2 yg diberikan. Yakinlah dengan ganjaran pahala yg Allah limpahkan kepada usaha2 kebaikan yg dilakukan, InshaAllah.
   

Kalau rasa Mazlan Aliman menipu pergi la check sendiri kat situ dan jumpa pakcik utoh tu. Sesiapa pun boleh berlakon eh aku jiran dia, eh aku kawan dia tapi betul ke? Siapa tahu? Tak siapa tahu sehingga la kita berada di situ dan tanya sendiri kepada Pakcik Utoh tu..

Dalam kes neh tak payah la beria2 nak cakap orang tue pembohong ke orang neh penipu ke apa ke. Pergi sana check la sendiri. Mazlan Aliman siap beri penerangan lagi. Kenapa dia berada disitu, siapa laporkan dan apa2.. bahkan ada isu terkini juga mengenai hal yang sama. Bukan satu, kali neh dah 2 kes di kawasan yang sama.


 
Belumpun reda isu kedaifan hidup Pakcik Utoh Dahlan, yang dipaparkan melalui akhbar Sinar Harian dan laman sosial, ziarah 15 buah rumah pagi ini di Kg Melayu Sedenak, tidak kurang memilukan.

Ada rumah yg terlalu uzur dan bumbung bocor di sana sini, tidak mendapat perhatian sewajarnya dari Penghulu dan Ketua Kampung, meskipun aduan telah dibuat. Alasannya tiada peruntukkan, rumah masih cantik dll.

Rumah Makcik Senah umpamanya telah beberapa kali kami ziarahi. Bantuan barang keperluan telah disalurkan. Cucu angkatnya mengadu, bumbung dapurnya telah bocor yang amat teruk. Bila hujan, air masuk dan basah serata lantai. PAS Kawasan Kulaijaya telah buat tinjauan dan estimate utk mengganti mana yang perlu.

Ia dihidu oleh Umno Bahagian Kulaijaya. PAS terpaksa batalkan gotongroyong untuk menukar bumbung dapur rumah Pakcik Senah, sebab ada info mengatakan JKKK yang akan buat. Namun, telah berlalu beberapa minggu, keadaan tidak berubah.

Hari ini, anak Makcik Senah sendiri, sdr Bakri(seperti dlm gambar) menemui saya. Beliau adalah aktivis Umno Cawangan Kg Melayu Sedenak. Sdr Bakri sangat berbesar hati jika PAS dapat meneruskan usaha menggantikan bumbung yg bocor di rumah ibunya. Katanya, walaupun kita berbeza idealogi, jika PAS nak membantu, Syukur Alhamdulillah...

Bacaan penuh disini.

Satu kes oke la ko boleh cakap Mazlan Aliman penipu.. tapi kalau dah 2 kes yang dilaporkan di kawasan yang sama apa citer?

Aku berpendapat, ikhlas neh. Korang seme dah tersentak sebab ia babitkan warga felda. Jadi nak tutup malu korang fitnah la jiran2 korang sendiri. Since aku jauh, aku tak boleh nak buat apa. Kalau aku disitu memang sah2 aku akan pergi pastikan sendiri. Kalau terbuktila korang fitnah jiran2 korang sendiri yang memerlukan bantuan.. memang la korang BODOH NAK MAMPOS. Itu je la aku nak cakap. Bai.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...