Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Februari 2013

Luahan seorang guru..

Salam, 

Saya sering mengikuti blog anda dan berminat dengan pendedahan-pendedahan yang disiarkan. Petang tadi, saya mendapat arahan seperti berikut seperti lampiran yang disertakan. Anda nilaikan sendiri kepentingan guru-guru kepada pihak atasan terutamanya Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson yang sebelum ini mengarahkan agar guru turun pada hari Ahad untuk Program My Beautiful Malaysia yang lepas.

Sila tumpukan perhatian kepada 

1) perasmi (perlukah dinyatakan jawatan beliau di dalam FELDA)
2) mengarahkan guru-guru/pengawai tuan 
3) bahagian cabutan bertuah.

Bagi saya ini tindakan yang kurang wajar terutamanya kerana program ini tidak berkaitan dengan profesionalisme guru-guru dan juga merasakan kami hanyalah dipanggil untuk memenuhkan kerusi-kerusi kosong pada program ini nanti.  


Jika inginkan kepastian tentang program berikut, anda boleh telefon Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email saya.



Nota : Perkara di atas ditulis oleh seorang guru yang mungkin dah muak asyik jadi agent kerahan sana sini.

Aku tiada kaitan dengan luahan di atas, aku siarkan atas kapasiti memberikan kebebasan sepenuhnya kepada semua pihak untuk meluahkan apa2.

Pendapat aku, mungkin guru di atas nak bagitau, last2 minit program akan bertukar menjadi program kempen bn.. selalunya itula yang berlaku pun. Pengalaman mengajar kita beb. Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...