Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Februari 2013

Ada Salib Di Buku Manifesto PR.

Gambar yang dimaksudkan ialah kat bawah neh hah ;


Gambar paparan penuh ;


Ke arah penubuhan negara ataupun kerajaan kristian di Malaysia. Lambang salib dan logo DAP di tengah2. Percubaan DAP menjadikan malaysia sebagai negara komunis yang suka berperang menggunakan roket.

Selain dari lambang salib dan logo dap kat tengah2, kita juga ada gambar tapak tangan. Gambar tapak tangan ialah bermaksud ke arah agenda melempang muka orang. Mungkin PR mahu menjadikan lempang melempang aktiviti sukan nasional juga.

Gambar orang duduk berdoa cara muslim pun sampai ada dua. Mungkinkah PR ada agenda mahu memuslimkan semua rakyat di malaysia?

Gambar masjid pun ada. Boleh jadi PR mahu memaksa semua orang tanpa kira agama ke masjid setiap hari. 

Begitu juga gambar orang baca kertas apa tah. Mungkin PR beragenda bahawa setiap rakyat di malaysia diwajibkan membaca.

Gambar tv lama pun ada. Jangan2 nanti PR paksa kita guna tv begitu je. LCD dan LED diharamkan di malaysia.

Gambar pensel. Mungkin kah PR berhasrat mengharamkan pen?

Kalau diperhatikan gambar kayu pengetuk yang digunakan hakim ada dua. Mungkin PR mahu hakim berfikir 2 kali sebelum meletakkan hukuman. 

Gambar bas ada tiga. PR akan haramkan penggunaan kenderaan selain dari bas agaknya.

Kalau setiap dari gambar2 di atas, dihalusi, dianalisis ikut akal masing2, maka ko akan menjawab ikut apa yang ko nampak dan fikirkan. 

Salib bagi ko agenda kristian.

Salib bagi aku bermaksud kita mahu pecahkan kotak dikriminasi, racist, sentimen perkauman dan blok agama.

Sila miliki buku salib ini, dan kaji kandungan di dalam kulit buku dan bincangkan secara kritis. Atau mungkin kerana tidak mampu membidas apa yang ada di dalam buku memaksa anda hanya bercakap apa yang ada atas kulit buku? Heh. 

Rujukan :  http://darulehsantoday.blogspot.com/2013/02/kenapa-ada-salib-di-buku-manifesto.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...