Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Februari 2013

Ulasan Manifesto Pakatan Rakyat.



Yup. Inilah pendapat aku secara peribadinya. Aku dah baca keseluruhan penjelasan manifesto pakatan rakyat yang disebarkan di laman sosial, blog dan media internet. Dengar citer ada dua version. Panjang dan pendek. Yang pendek tue poster2 jek. Yang panjang tue ada 38 muka surat. Yeke? Aku baca yang ada 38 muka surat tue. Wholly and fully dengan info dah my brain neh beb. 

1. Menghapuskan dikriminasi antara kaum.

Aku setuju. Tapi bagaimana? Aku agak tak faham dengan kata2 ini. Tiada penjelasan diberikan ataupun penjelasan tue tak cukup detail. Bagaimana agaknya PR mahu laksanakan dasar ini? Kalau ikut idea aku hapuskan semua jenis sekolah berdasarkan sistem kaum dan blablabla. Wujudkan sistem yang berasaskan universiti di peringkat sekolah rendah dan tinggi. Kalau dapat satukan sekolah rendah dan menengah pun oke. Jimat sket masa family yang kena hantar anak2 ke dua sekolah berasingan.

Bila aku cakap hapuskan semua sekolah, aku mengatakan hal yang sama kepada sekolah jenis AGAMA juga. 

Duduk dalam satu sekolah amek la aliran apa2 yang ko amek, itu lebih menjimatkan ruang [tanah yang digunakan untuk bina sekolah] , membina perpaduan dan menguatkan ukhwah sesama anak2 malaysia tanpa kira bangsa dan agama.

2. Caruman untuk suri rumah.

Yang neh aku setuju. Tapi aku tak setuju PR carumkan semua / setiap suri rumah/isteri yang wujud di malaysia neh. Bilangan mereka bertambah. RM50 sebulan untuk setiap dari mereka, sampai bila2 ke? Jangan. Bazir wang cukai. 

Biarkan suami carumkan untuk setiap isteri2 mereka. Jadikan ia polisi wajib  setiap pasangan yang sah berkahwin, dalam dan luar negara. Dan PR pula pergi kaji sistem perceraian di mahkamah syariah. Ini menyusahkan. Ia dah terima banyak complain. Mudahkan kerja kahwin dan cerai. Mudahkan juga urusan hak penjagaan anak2. Jangan sampai yang kaya boleh jaga anak sebab dia kaya. Kadang2 anak2 ini tak perlukan orang tua yang kaya untuk jaga mereka, cukup mereka hidup bersama dengan orang2 yang mereka kasihi.

Instead of caruman 50 per month by PR [government-in-waiting], aku cadangkan agar PR perkemaskinikan sistem agihan bantuan untuk golongan ibu tunggal bawah baitulmal tu. Karenah biokrasi itu menyulitkan dan menyusahkan mereka. Sebenarnya bukan semua bapa bertanggungjawab. Bukan juga semua ibu yang bercerai mampu sewa rumah dan automatik ada pekerjaan. So disini jika polisi2 tertentu diwujudkan untuk membantu mereka sementara mereka keluar dari kemelut perceraian, lebih mendekati kepada keperluan masyarakat.

And yes, bantuan neh jangan terhad kepada umat islam. Ia mesti diklasifikasikan sebagai bantuan untuk rakyat malaysia.

3.  Skim bonus warga emas.

Bagus. Tetapi perincian kepada warga emas yang memerlukan. Ada juga warga emas yang kaya raya. Penggunaan wang pembayar cukai haruslah efisyen dan disesuaikan dengan keperluan.

4. Peruntukkan untuk semua jenis sekolah.

Jika PR mahu meneruskan sistem bodoh, racist dan tah hapa2 dari kerajaan bn neh, go on. Bantuan neh perlu kerana sekolah kerajaan memang agak keterbelakangan dari segi kondisisi bangunan dan sistem pembelajaran. Lebih tepat, bukan sekolah cina. Semua jenis sekolah ada masalah tersebut melainkan sekolah jenis cina. Tetapi, berani la menjadi pengubah, berani la jadi pencipta. Ingat kisah adik beradik Wright?

HAHAHAHAHA

GILA.

Manusia di zaman itu mengatakan mereka gila kerana berkeinginan untuk terbang seperti burung.

Tetapi kegilaan mereka itulah kita ada kapal terbang pada hari neh.

Berani la jadi gila wahai pemimpin PR. Berani la hapuskan sistem amalan kolot dari BN neh wahai pemimpin PR. Berani la mengubah sistem pendidikan kita neh wahai pemimpin PR. Lakukan secara berdikit, konsisten dan berterusan. Sistem pendidikan acuan bn tidak sesuai kita follow dan dokong. Kolot, lama dan kuno. Bukan antik, tetapi ketinggalan zaman.

55 tahun di bawah bn kita sudah merasainya. Kita tak perlukan kata2 alah bagi la PR masa untuk amek alih. No. Dalam sesetengah kes, kita perlu lakukan langkah drastik. Sistem pendidikan kita perlu dievolusikan.

5. Kemajuan untuk Sabah dan Sarawak.

Pelan atas kertas cantik. Moga pelaksanaan dia juga cantik. Cuma aku nak tambah satu je. Berikan peluang kepada orang sabah dan sarawak untuk manage negeri mereka sendiri. Mereka lebih memahami dan mendekati apa yang diperlukan oleh orang2 SABAH dan SARAWAK berbanding kita di semenanjung. Dan satu benda yang kita kena akur, belajar dan tiru dari orang2 sabah dan sarawak ialah bagaimana mereka boleh hidup tanpa element racist, ini kita kena adapt bagi masyarakat yang hidup di semenanjung.

6. 5,000 biasiswa pendidikan untuk anak2 orang asli.

Aku cadangkan hapuskan kuota ini. Maksud aku, kita kena hapuskan seme benda elemen2 yang BN wujudkan. Jangan kita amalkan lagi cara mereka mentadbir negara. Ia kuno dan penuh dengan biokrasi. Bahkan membazir wang cukai sebab kena wujudkan agensi2 tertentu bagi manage itu neh. Wujudkan hanya satu skim biasiswa pendidikan dan terbuka kepada semua warga negara malaysia yang berkelayakkan tanpa kira label kaum, agama dan bangsa. Simple as that. Tak kira la apa2 biasiswa yang wujud dalam kerajaan, hapuskan semua dan hanya jadikan satu skim biasiswa pendidikan negara.

7. 20% royalti kepada negara2 pengeluar minyak.

Harap negeri2 pengeluar minyak yang mendapat manfaat tersebut dapat rangka pelan untuk kemajuan di negeri2 masing2. No more tebang balak oke. Jagala alam sekitar kita.

8. Skim Perintis Rakyat.

Ini untuk lepasan SPM yang ketinggalan dalam bidang akedemik. Aku tatau bagaimana PR mahu merealisasikan ini. Tetapi jika wujudkan agensi baru adalah amat tak relevant. Sebaliknya structurekan semula skim yang bn wujudkan sebelum neh. Under kolej komuniti, pusat giat MARA dan etc2. Ia terlalu banyak dan memeningkan. Mahsuhkan semua dan wujudkan ia di bawah satu jenama. Bukan untuk lepasan SPM yang ketinggalan dalam bidang akedemik juga bahkan lakukan pengkhususan untuk mereka2 yang ingin amek short term cause and long term cause. 

Ini juga dapat mengurangkan penggunaan kakitangan awam yang dilihat tak efisyen. Memang ada di antara agensi tugas bertindih. Dan ini pembaziran wang cukai tau. Mereka dibayar untuk melepak. 

9. 5 Universiti Teknikal, 25 sekolah Vokay.

Mulanya aku rasa, stop la wujudkan apa2 UNIVERSITI lagi. Tetapi setelah berfikir sedalam-dalamnya aku dapati ini idea bagus. Bilangan pelajar meningkat, bilangan penduduk malaysia meningkat, so ini untuk menampung kapasiti yang gagal dipenuhi oleh universiti2 lain akibat fasilitas yang terhad. Yelah, nak tambah bangunan tak cukup tanah dan ruang so kena la bina universiti dan sekolah baru bagi menampung permintaan yang mendesak, so idea neh aku sokong.

10. Gaji minimum.

Masih ingat perbincangan kita semalam? Mengenai gaji rm4,000 sebulan? Nampaknya PR dah tukar/ubah kenyataan mereka. Maybe kesilapan taip kot. Ini kenyataan terbaru mereka ;

Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima, setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.

Aku setuju dan sokong. Sebab tue aku harap PAS sebagai badan pelaksana boleh follow dulu idea yang mereka persetujui bersama di konvesyen Pakatan Rakyat. Hehe.

11. Memecahkan sistem monopoli.

Yang neh aku super setuju. No more idea nak cakap dah, sebab terlalunya aku bersetuju dengan sistem ekonomi bebas tanpa kekangan dan penguasaan oleh pihak tertentu. Reformasi sistem ekonomi malaysia.

12. Bubar 1MDB.

Good. Kekalkan hanya Khazanah jek satu2 je badan pelabur negara. Ini idea bijak. Kita tak perlukan banyak agensi, ia berserabut, dan pertindihan tugas dan bazirkan wang pembayar cukai untuk bayar gaji mereka semua.

13. Turunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, hapuskan tol.

Ini semua aku sokong. Bagi aku jika dasar gaji minimun tue ialah rm1,100 sebulan,digabungkan pula dengan penurunan beberapa barang keperluan, insys-Allah ekonomi kita akan bertambah rancak, kuasa beli pengguna lebih tinggi.

14. Kurangkan cukai kereta dan cukai eksais secara berperingkat.

WOWWWW..  meloncatnya lahai lepas neh dapat beli harga kereta setimpal dengan kualiti yang ditawarkan beb. Tak sabar2 siot aku.

15. Satu keluarga satu rumah.

Aku setuju. Tetapi jangan sasarkan kepada kawasan tertentu. Perluaskan ia ke seluruh negara dalam masa yang sama.. aku nak kerajaan err silap PR.. heheeh teruskan skim pinjaman untuk membina rumah di tanah sendiri. Aku dah apply banyak kali dengan BN tau. Sampai la neh tak lulus. Aku tengok ramai dah orang yang ada 2,3 rumah slumber mak rock je dapat skim tersebut. Mentang2 la depa seme kerja kerajaan.. aku rasa tertindas disitu. Bukan aku nak rumah percuma, aku nak pinjam dan bayar secara bulanan. Apa la. Kecik ahti aku dibuatnya.

16. Pendidikan percuma untuk kolej swasta.

Yang neh aku tak setuju. Kolej swasta tue mostly kroni2 BN. Apa je PR nak salur duit kat kroni2 BN lagi? Buat je pendidikan percuma untuk institusi awam. Dan perluaskan kapasiti agar lebih ramai yang dapat masuk ke institusi awam. Pertingkatkan pengambilan student bermaksud peluang pekerjaan untuk pensyarah2 dan kakitangan tertentu.. so dari swasta mereka boleh apply masuk agensi kerajaan..bertukar. 

Melainkan kerajaan ada saham dalam kolej2 swasta tersebut. Kalau kerajaan ada saham bleh la buat perkara di atas. Sebab pelaburan tue masuk balik kepada kerajaan. Tapi dah belajar percuma neh kena la belajar pandai2. Bagi yang gagal mencapai grade dan standard tertentu, mohon bayar balik semula kos yang ditanggung kerajaan.. waima satu sen sekalipun. Pastikan wang pembayar cukai dibelanjaka efficiently.

Kos sara hidup untuk mereka yang benar2 memerlukan tue pun oke. Aku setuju. Harap jangan ada dikriminasi kaum dan agama disini. Semua yang miskin/kurang mampu patut dilayan sama rata tanpa kira agama dan kaum.

17. Hapus AES, batal AES.

Aku ada pendapat yang berbeza. Aku setuju AES diteruskan dengan ubah sedikit cara pelaksanaan dia. Ikut hari, waktu pejabat dan etc2. Boleh ditambahbaik ikut keadaan negara kita. Belajar dari negara2 barat tue. Then, ubah juga cara hukuman dia. Instead of cash, suruh je depa cuci tandas. Mampuih ko nak langgar peraturan jalanraya lagi.

18. Naikkan gaji polis.

Aku setuju. Naikkanlah gaji mereka. Mereka perlukan ini. Barang bertambah mahal, kos sara hidup meningkat tapi gaji takuk lama. Oleh kerana PR nak laksanakan dasar gaji minimun tue kepada rm1,100, pastikan ia dilaksanakan di peringkat institusi kerajaan sebelum melebar ke institusi swasta. 

Dan bercakap pasal dasar gaji minimun neh, aku cadangkan agar PR wujudkan garis panduan bagaimana tangga gaji ini dirangka. Kang ada yang ingat part time pun kena bayar rm1,100. Kang ada yang ingat kerja 12-14 jam pun kena bayar banyak tue juga.

Kalau boleh kerja sehari 8-10 jam = tangga gaji paling rendah rm1,100.

Bertambah masa, bertambah gaji.

Bertambah hari bekerja, bertambah gaji.

Patutnya dasar gaji minumum tue, kerja 5-6 hari seminggu, 8-10 jam sehari. 

Ada penanda aras neh senang sket nak jadikan rujukan kalau berlaku apa2. 

19. RM200 juta untuk PDRM setiap tahun bagi mempertingkatan keupayaan pakar forensik.

Setuju. Semakin cekap makmal polis analisis bukti, semakin dekat kita kepada penjenayah sebenar. Tetapi tak payah la jadikan ia angka tetap setiap tahun. Cukupla awal pentadbiran rm200 juta dan ia akan berterusan sehingga PDRM memerlukan ia. Ikut tahun dan keperluan. 

20. Pembinaan POS2/PONDOK polis di kawasan tumpuan orang ramai.

Yang neh bagus. Dan kalau boleh suruh POLIS2 lakukan rondaan lebih kerap. Dan polis2 kita mestilah terlatih dengan skill melawan. Kalau perlu peruntukkan untuk itu, sila salurkan. Biar badan polis kita fit2 dan besar2 belaka. Kadang2 malu plak banding dengan polis luar. Badan depa tegap2 untuk tangkap penjenayah, polis malaysia alahai.. besar tang perut je. Hehe.

21. Kemudahan kesihatan ASAS percuma.

Aku setuju, setuju dan setuju. Cuma aku nak tambahbaik sikit. Sistem 1care tue. Aku rasa sistem yang BN buat tue mensasarkan keuntungan jek. PR nak hapuskan ia langkah baik tetapi lebih baik kalau PR ubah sikit kaedah pelaksaan dia.

Macam mana? 

Selalu kita tengok dalam paper, ada je orang yang memerlukan bantuan untuk merawaadrarawat penyakit. PR kena kurangkan kos rawatan agar kita mampu merawat guna wang sendiri ataupun kita wujudkan sistem simpanan kesihatan. Setiap rakyat malaysia / keluaruauarga kena mencarum rm2 setiap seorang setiap bulan [dikecualikan kepada mereka yang benar2 miskin]. 
   
Duit ini nanti, PR boleh bayar kepada hospital kerajaan bagi tujuan pembelian ubat-ubatan, dan duit ini juga berperanan, membayar kos perubatan/rawatan bagi mereka yang benar2 memerlukan. Malaysia ada 26 juta beb. Katakanlah 20juta darinya bayar rm2sebulan, ini termasuk pemimpin dan wakil rakyat, tiada pengecualian oke, sebulan dah collect berapa? 40juta wo. 40juta dapat meringankan sedikit beban wo.. kalau asingkan 10juta untuk sebagai rizab kecemasan.. bagi merawat pesakit2 yang memerlukan takde la keluar paper lagi minta derma untuk rawat pesakit. Gunakan duit2 ini untuk bagi terus kepada mereka yang perlu untuk merawat pesakit.

Kita anggap je la rm2 tue sebagai cukai kesihatan walaupun kemungkinan untuk kita pergi hospital adalah setahun sekali. At least dengan duit2 yang kita bayar tiap2 bulan ini boleh disalurkan kepada pesakit2 kronik yang memerlukan rawatan tersebut. Kadang2 orang kita nak bagi derma, rm2 pun rasa malu, tiada kemampuan, jauh dan tatau, tapi bila baca paper rasa sedih pula. So aku fikir kalau kita perhalusi betul2 hal ini, kita boleh lakukan sesuatu untuk ubah senario orang miskin di larang jatuh sakit beb.

22. Kurangkan jumlah pendatang/pekerja asing. 

Yang neh aku setuju. Dalam masa yang sama, kempen la agar warga tempatan perbaiki sifat malas mereka [bagi yang malas] i .. jangan la pandang rendah pada sektor2 pekerjaan tertentu. Yang penting rezeki halal. Kita berbeza sektor tetapi setiap dari kita saling memerlukan. Usah rasa rendah diri or pandang rendah.

 
22. Naikkan bantuan JKM dari 300 sebulan kepada rm550 sebulan.

Yang neh aku bukan tak setuju tapi aku ada idea yang lebih sistematik. Aku akan sharekan pandangan aku dikemudian hari. Apa pun peringkat pertama nak naikkan kadar bantuan tue aku setuju. Memang perlu pun terutamanya pada mereka yang ada anak 5 ke atas, hanya bergantung harap satu sumber pendapatan.

Overall, ada banyak benda yang masuk dalam manifesto PR neh. Tapi ada juga banyak benda yang tak disentuh oleh mereka.
 
1. Taska dan pusat jagaan kanak2.

2. Penyediaan internet percuma di kawasan bandar dan pengurangan kadar/caj inteinrnet.

3. Jaringan pengangkutan luar bandar.

4. Lori dan bas yang berbahaya atas jalanraya.

5. Warga OKU.

6. Penghapusan penempatan HARAM dan tidak tersusun. 

7. Pembangunan terpilih.

8. Kesukanan.

9. Masalah sosial.

10. Penguasaan media berpihak dan bias.

11. Menghasilkan generasi pencipta, bukan generasi pengikut. Pemikir, bukan penyokong.

12. Amalan riba oleh perbankkan islam.

Masalah di atas semua dekat dengan kehidupan aku. Korang mungkin mempunyai pengalaman dan pendapat yang berbeza berdasarkan kepada cara hidup masing2. Boleh sharekan disini. Apa pun neh manifesto PR. Hari tue BN dah bentang manifesto mereka dalam bentuk bajet. Rakyat macam kita pun patut ada manifesto.  

Jangan bergantung kepada wakil parti jek. Bila mereka up sesuatu yang kita rasa tak concern pendapat kita, kita cenderung marah. Tetapi pernah kita share dengan mereka apa yang kita inginkan tak? So kalau tak pernah, rajin2kanlah diri share. Nanti kita up pula manifesto versi rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa PAS tak masukkan perlaksanaan HUDUD dalam agenda/manifesto pakatan rakyat. Aku sokong PAS. Sememangnya ada agenda lain yang lebih penting dari HUDUD dan ia perlu diberikan penekanan. Tidak menekankan agenda itu sekarang bukan bermaksud ia tak penting. Cuma kita mahu selesaikan apa yang lebih penting dari itu terlebih dahulu. Bukan bermaksud ia kurang penting, ia penting, cuma ada yang lebih penting dari yang penting itu. .Oke bai.    

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...