Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Februari 2013

Denda RM8,000? Hina Permaisuri? Mahal sangat tue.

Denda itu amat mahal. Bahkan tak berbaloi dengan kesalahan yang dia lakukan. Hukuman dia ;

1. Denda 8 ribu. Atas dua pertuduhan yang berbeza. Dia didakwa kerana menunjukkan isyarat biadap ke atas permaisuri agung. Dan juga atas kes menunjukkan isyarat lucah kepada pegawai polis/pegawai keselamatan yang mengiringi permaisuri ketika itu.

2. Tujuan dia lakukan isyarat tue sebab bengang kat bapa dia. Cara dia lepaskan kemarahan dia tue aku tak sokong.

3. Dia juga = Leong Pei Koe didenda penjara sebulan.

Kena denda dan kena penjara. Akhbar melaporkan dia juga minta maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

WOW. 

Kesalahan = tunjuk isyarat lucah. Pendapat aku hukuman ini dibuat secara berlebihan.

Ya, inila penilaian aku. So dia tunjuk isyarat lucah. Then kenapa denda teruk sangat? Ini kesalahan pertama, moderate sudah la. Bagi la kelonggaran sikit kat dia. Bukan dia berniat jahat, sekadar tak dapat cover kemarahan jek. Dia je orang pertama yang terlibat dalam kes melakukan isyarat lucah? 

Tue MB Pahang tunjuk isyarat lucah kat rakyat tak pernah kena dakwa?

Rakyat = bukan orang?

Permaisuri agung = orang? 

Dengan rakyat tak perlu hormat? Takde undang2?

Dengan permaisuri agung jek kena hormat? Ada undang2?

Bahkan sebelum2 ini kes2 orang umno menghina keputusan sultan di perlis dan terengganu juga telah tersebar. Tiada sesiapa pernah mendakwa apa2 kerana mereka2 ini melayu. Ini dibuat atas tujuan politik.

Cina ini pula kerana geramkan bapa dia.

Cara dia salah, macam aku cakap tadi aku tak sokong. Tapi aku juga tak sokong undang2 BIAS. Mana boleh ko denda dan hukum dia atas nama pengajaran padahal kes2 sebelum neh pun korang tak pernah nak amek port.

Nak cakap kes tertutup tak pula. Ia terbuka bahkan ramai orang tahu. Pernah nak dakwa? Owh chill la. Melayu umno je tu.

Tapi kes neh? Ini keadilan?

Kita tak mungkin boleh menjadi adil 100%. Kita tak sempurna. Ciri2 kita terhad. Which is sampai bila2 pun akan ada akan benda yang kita tak boleh buat. Antaranya menjadi adil 100%.

Tetapi itu tak bermaksud kita boleh anggap undang2 itu macam undang2 bapak kita semua. Kejap ko akan berpaksi kepada undang2. Kejap ko pergi mamposkan undang2. Kejap ko akan dakwa. Kejap arhh ko takmo dakwa.

Kalau ko nak dakwa, ko dakwa semua kes. Biar masyarakat tak mampu nak mengkondem kau.

Ahh patutla. Hari tue kes sultan natang tue pun kena dakwa. Padan arh muka dorang seme kan.

Ini tidak, ko dakwa kes2 tertentu sebab ko anggap undang2 ini KEPALA BAPAK KAU yang PUNYA.

Ini cina dap, jom kita dakwa.

Ini pr punya geng, jom kita belasah.

Ini budak2 mahasiswa pro pkr jom kita balunnnnn

GILA.

Ko ingat yang tak sokong PR 100% mengikuti undang2? Bahkan ramai yang above the law. Masalah utama bukan la mengenai samada mereka ikuti protokol undang2 atau tidak. Masalah utama ialah sejauh mana ko akan melayani semua rakyat malaysia tanpa sikap double standard?

Tak boleh ke kalau semua rakyat malaysia dilayan seadilnya tanpa perlu dibezakan2 kerana bangsa dan agama? Susah sangat ke nak buat benda yang ISLAM dah ajarkan tue? Allah dah bagi jalan, ikut je la. Bukan nya kena cipta jalan sendiri. Yang tue ada maafnya lagi. Ini benda dah sedia terbentang, tinggal lagi nak ikut atau buat tatau je.. payah la. Payah bila undang2 digunakan dengan sesuka ahti. Hanya kerana kita rakyat biasa maka kita boleh dipijak2. Macam la bila kita mati kita masuk kubur, kalau vvip mati dorang terus masuk syurga. Apa pun tak boleh. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...