Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Februari 2013

Bukti VIDEO PSY layan NAJIB dengan BIADAP kerana PSY agenda yahudi.

Biadap punya PSY.

Aku dah lama agak ini konspirasi yahudi dengan kerjasama israel yang dilakukan oleh PSY selama 100 tahun. Aku lakukan kajian dalam masa 5 minit je. Semua konspirasi terdedah. Bahkan informers aku pun bertali arus bagi info tak henti2 sejak 5 minit yang lepas.

Selama itu PSY hidup dalam wajah yang berbeza kerana dia mempunyai kebolehan menukar wajah. Mungkin ramai yang ingat ehh tipu je kot. Sebenarnya bukan. 

Konspirasi freemason ini telah pun terbukti benar kalau korang baca buku PSY, freemason dan najib yang terkena. Sebelum najib terkena dah ada buku meramalkan bahawa najib akan terkena. Sekali tup2 betul pula ramalan buku tu. Kan hebat.

Mula2 geng2 PSY dan freemason cuba menggunakan anwar dan pakatan rakyat. Mereka cuba menyahudikan pakatan rakyat dengan jolok2 duit kat anwar. Mereka cuba buat akaun2 atas nama anwar. Mereka cuba menjenamakan anwar totok zionist. Tapi mereka gagal. 

Buktinya mereka sampai sekarang tak mampu hadirkan bukti dokumentasi betapa anwar memiliki aset dan harta sebanyak rm3billion. Kat mana pula dia campak aset tue kalau dia ada? Sorok dalam tanah? Atau dalam poket doraemon? Kemungkinan ini boleh dipertimbangkan. Keypoint. Cari doraemon dan soal siasat. 

Najib orangnya tak cerdik. Rosmah orangnya suka menyibuk. Oleh kerana itu najib dan rosmah menjadi mangsa konspirasi PSY. Sebab tue walaupun PSY melayani Najib dan Rosmah dengan biadap, NAJIB tetap tak malu retweet twitter PSY. Dah kena hina pun muka tebal retweet PSY. Siap berbangga2an masuk berita tv3 pula tu. Sumber sahih juga mengatakan bahawa tv3 berkerjasama dengan PSY bagi menjatuhkan Najib dalam diam. 

Mereka tahu bahawa berita2 mereka hanyalah fitnah semata2. Tetapi dek kerana nak jual negara ini kepada israel mereka peduli apa. Lagipun mereka pakai topeng elastik. Topeng yang membentuk wajah mereka seperti wajah orang malaysia padahal dorang seme tue israel tu. Sah2 orang yahudi yang menyamar dan bekerja di tv3. Bahkan pemilik tv3 pun orang yahudi yang menyamar. Bahaya tau.

Info sahih pekerja PSY juga menyatakan sesuatu yang luar biasa. Katanya PSY setelah mendapat tahu NAJIB retweet dan promosikan ia dalam media, dia tersangatlah berbangga. Ini kerana jampi dia telah pun dah mula berjalan. Sebenarnya twitter PSY ialah jampi. JAMPI untuk memudahkan ISRAEL dan YAHUDI menawan malaysia. What's so special about malaysia yang yahudi nak sangat neh hah? Tah, aku pun tatau. Itu je yang bn asyik jaja, so kita ikut flow je la.

One malaysia yang ditaip oleh PSY bukanlah bahasa english. Ia adalah latin kuno campuran greek dan bahasa punjabi versi korea dulu2. Maksudnya hancurlah najib, hancurlah bn dan hancurlah malaysia.

Menakutkan.

Tujuan jampi itu dibuat ialah bila rakyat malaysia baca je tweet tersebut maka automatik mereka serahkan jiwa, raga dan body mereka kepada yahudi totok zionist. Owhh.. menakutkan. Seramnye.

Kalau korang perhatikan video kat bawah pun korang akan nampak wajah2 dajal yang menyorok di belakang VVIP. Bahkan baju2 yang VVIP, Najib dan Rosmah pakai pun ada kaitan dengan freemason.




Dalam merealisasikan agenda yahudi dan freemason serta illuminati supaya misi menawan negara terlaksana maka PSY kena membuatkan perdana menteri satu2 negara itu agar ;

1. Pakai baju merah masa CNY

2. Then tanya are you ready for PSY?

3. Then tanya are you ready for BN?

4. Lepas tu mesti berdiri atas pentas

5. Lepas tu tersipu2 malu akibat dimalukan PSY yang takmo gaul Yee Sang dengan dia.

6. Turun dari pentas dengan nada kecewa

7. Tetapi tetap tebal muka retweet tweet PSY

8. Akan datang.

9,10,11, balbalbal..  Akan datang.

Nanti dah berlaku aku akan dedahkan info sulit ini oke. SABAR. SEBAHAGIAN DARI IMAN tue. Faham?

Dan kesimpulan aku ini juga disokong oleh orang kuat BN. Rujuk sini. Penaakulan dia tak salah. Memang disabotaj oleh orang2 yahudi. HEBAT. DIa boleh nampak apa yang aku nampak dalam 5 minit neh. Teror betul. 

Nampak tak dari 1 sampai 7 dah berlaku ikut kronologi kejadian? Itulah.. itulah agenda yahudi, freemason dan zionist dah meresap dalam pemimpin negara. Dah meresap dalam BN. Arhh mampuih la kita. 

Untuk selamatkan negara ini undila PAKATAN RAKYAT. Jangan undi BN. BN tanpa sedar telah terjampi dan ter-resap dengan budaya YAHUDI ZIONIST TOTOK. Ini semua gara2 NAJIB yang dah terpedaya dengan APCO. Sangkaan najib APCO tue apollo. Syarikat yang keluarkan ceklat tu. Rupanya APCO telah pun menjampi Najib agar melantik APCO sebagai perunding. Najib tak sedar masa tu. Dah kena jampi kan. Bahkan sampai sekarang masih dijampi. Sebab tue tak pernah sedar diri.

Jadi untuk menyelamatkan BN, Najib dan Rosmah, entirely la senang cakap, SAVE BN, VOTE PR. Insya-Allah Malaysia selamat. Ayuh, kita ber-ramai2 bebaskan diri dari yahudi totok sebelum dia nak curi negara kita melalui BN yang dijampi.   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...