Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 Januari 2013

Undang2 buang ISLAM pada nama PARTI PAS.

BANGANG.


Hanya PAS jek gunakan ISLAM dalam nama parti mereka dan ko sibuk nak wujudkan undang2 atas sebab ini?  Minoriti jek kan. Atau lebih tepat, satu parti jek pun. Ko ingat dengan tarik balik penggunaan ISLAM dalam parti PAS boleh menyelesaikan pelbagai masalah umat islam malaysia?

Kadang2 aku tak faham mereka. Maksud aku apa tujuan mereka bertindak dan berfikir seperti ini?


Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.

Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (PAS), beliau berkata parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik  mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini.

Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. — Bernama

Aku tengok rebbeca islam apa tah nama dia ada jek islam kat hujung nama dia. Taknak tarik balik ka apa? Lagisatu bercakap pasal salah faham. Dah berapa banyak kajian yang ko buat mengatakan umat islam hari neh cenderung salah faham disebabkan wujudnya nama ISLAM di dalam nama PARTI PAS? Ada apa2 kajian bertulis yang membuktikan tuduhan ko tue? Atau main cakap jek?

Aku rasa umat islam hari neh bermasalah bukan sebab nama ISLAM dalam nama PARTI PAS. Tetapi lebih kepada individu itu sendiri dan dibantu dengan persekitaran yang memudahkan mereka untuk terus salah faham dan terpesong. 

Aku bagi contoh.

Pemimpin umno di depan utusan pongpang2 bab pemimpin pr yang terbabit dalam skandal seks la, tangkap basah la. Then dalam masa yang sama pemimpin umno tahu utusan jual product lucah majalah mangga yang menjadi "majalah seks" umat melayu. 

Kenapa tak bendung dan haramkan benda tue?

Di tv3 hari2 kutuk dan jaja citer pasal pembangkang. Pendek kata asal keji pembangkang. Asal jahat pembangkang. Asal babi pembangkang. Asal sundal pembangkang. Asal sial pembangkang. Asal jahat, pengkhianat, khawarij, sesat, kafir dan yahudi seme pembangkang. Pembangkang la sejahat2 umat sampaikan syaitan pun terkejut. Aik.. rupanya ada yang lebih jahat dari aku?

Tapi tv3 juga jaja citer2 maksiat. Time maghrib orang sibuk dengar kuliah agama dorang tawarkan drama bangang. Lepas tue nanti ada la suara2 bekap tv3. Alahh ko nak tengok ka tidak ka itu terpulang pada ko. Bukan salah tv3. G la buka aosis ngok.

MEMANG SALAH TV3 LA NGOK !!!!

Kalau dah seme channel tawarkan citer kuliah agama last2 dorang pun terpaksa la tengok kalau nak tengok tv juga. Mana tahu tah2 dorang akan insaf ka. Kita tak cuba dakwah mana kita tahu keputusan nya apa. At least tv3 patut amek peranan tersebut sebab dia la yang menjaja umno hero islam. Dah tue kalau hero islam kenapa tak tunjukkan dengan perbuatan yang awak tue hero islam? Takan dengan cakap jek?

Dalam berita kemain hebat kaw. Kutuk punya kutuk. Kutuk mengalahkan RTM. Tapi dalam drama? Yang terdedah tue seme? Muslim plak tue. Yang neh tak memburukkan imej islam ka? Taknak pula hukum kan? Industri hiburan bebas dari azab Allah swt ek? 

Sudah la. Aku cadangkan dari ko sibuk pasal nama ISLAM dalam PARTI PAS baik ko tengok isu lain. Isu yang lebih serius dari ini. Isu yang benar2 membantu merendahkan moral umat islam. Baru sebentar tadi baca kes gadis buang bayi 6 bulan dalam tong sampah. Budak2 neh time berzina dorang tak tengok ehhhhhhhhhhhh kat nama pas ada islam la. Jom buat maksiat. Takde. 

Sekolah2 di malaysia pun memang dah dipolitikkan. Tak payah sibuk sekolah pondok. Sekolah kebangsaan tue bersepah. Time bantuan persekolahan tue lagi la berlambak2. Tak larat nak baca orang komplain kat inbox tue. Macam2 citer dorang share. Kalau kutuk pembangkang tue bukan politik ka? 

At least sekolah pondok guna dana swasta. Kutuk bn orang tak kisah sangat. Tapi sekolah kerajaan guna dana awam. Sudah la guna wang pembayar cukai lepas tue jadikan sekolah port kutuk2 pembangkang. Nak kutuk pembangkang pun guna la duit sendiri wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...