Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Januari 2013

PM umum tujuh projek besar di Kelantan.

Penting sangat ke kelantan tue? Penting sangat ke untuk bn memenangi kelantan sampai sanggup umum 7 projek mega baru2 ini? Tatau ke kelantan tue dipegang oleh parti islam dan melayu yang bn cakap tak boleh bergadoh2 tue?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baru, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baru, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. Najib berkata tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti. 

“Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi. “Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini. -TMI-
Ini bukan jeles. Tetapi tak faham. Aku tak faham kenapa NAJIB PERLU BERIA2 PONGPANG2 BAB PROJEK2 MEGA APA SEME NEH DI KELANTAN.

Oke, kita tengok fakta. 3 negeri termiskin di malaysia apa?

SABAH
SARAWAK
PERAK

3 negeri neh lebih memerlukan apa yang najib pongpangkan di atas. 3 negeri ini di bawah bn oke. Dan mereka juga tak maju seperti mana niat najib yang mahu memerintah kelantan kerana mahu majukan kelantan. Kenapa tidak ko majukan negeri yang ko dah sedia berkuasa? Kenapa perlu ko pandang kat negeri yang ko belum dapat kuasa?

Orang2 umno suka cakap begini. Dorang kata sabah dan sarawak tue berbeza. Cara hidup masyarakat sana tak sama macam semenanjung. Bahkan orang2 sarawak dan sabah pun tak gemarkan pembangunan yang merosakkan alam sekitar dan habitat asal haiwan. Lagipun faktor bentuk muka bumi mempengaruhi oke.

Takde masalah.

Tapi ini sampai sekolah pun papan apa citer der?
Papan takpe lagi, ini nak belajar pun susah. At least biarkan mereka ada pendidikan dan kesihatan yang senang di akses. Kenapa mereka merempat sedangkan ini tanah asal mereka?

Oke. Alasan di atas terpakai untuk sabah dan sarawak. Tapi macam mana dengan perak? Adakah perak juga termasuk dalam kategori tersebut? Nampaknya tidak. Cuba cakap apa keuntungan yang perak dalam pada tahun 2012, di mana tahun melawat perak. Boleh dedahkan berapa pelaburan kerajaan negeri dan berapa ramai yang sudi melawat perak?

HARAM.

Nama jek bawah bn. Nak cakap pasal pembangunan memang HARAM le jawapan nya. Yang aku heran walaupun satu2 tempat di perak tue punyalah mundur nak mampos, tetapi pusat maksiat wajib ada. Pusat sukan ka, pusat untuk aktiviti masyarakat setempat ka apa ka memang HARAM nak ada. 

Biasalah. Benda yang kerajaan nak laksanakan neh tak pulangkan balik modal dalam bentuk cukai cuma setiap kali rakyat guna dorang rasa syok la ada pemimpin yang bertanggungjawab. Maybe doakan dalam setiap solat. Tetapi kerajaan tak buat. No value katanya. 

Lepas tue keluar pongpang2 jelajah satu malaysia cakap rakyat tak bersyukur. Nak bersyukur macam mana? Ko tak ajar kita orang untuk rasa sayang kat ko, untuk rasa seronok dengan perkhidmatan ko tahu2 je kami kena kutuk dan fitnah macam2. ORANG GILA PUN MENGAMUK KALAU BEGINI CARANYA, APATAH LAGI ORANG NORMAL.. !!!

Sebenarnya pendapat aku kalau najib ikhlas meh sini. Meh. Ko pergi selesaikan dulu masalah2 negeri yang ko perintah tue. Masalah ada banyak. Ko nak cakap ahhh kerajaan dah bagi peruntukkan tapi kakitangan bawahan tak telus? No hal. Pergi la pecat seme kakitangan tersebut. Lantikla yang telus. Sampai bila nak bagi alasan serupa jek kan?

Lepas tue mohon belajar bercakap ikut realistik, ikut fakta. Aku tak rasa kelantan hadap sangat dengan projek2 mega ko tue. Dorang lebih risaukan kewujudan projek2 mega tue lagi la ada. Buatnya projek tersebut runtuh sana sini, songlap sana sini dah jadi satu kes pula pada negeri dorang nak selesaikan masalah. Dorang lebih inginkan hak dorang dalam royalti. Tunaikan bab tue. Aku rasa itu kemenangan terbesar dorang. Bahkan dorang akan mula buka persepsi baik untuk ko. 

Berkenaan sabah, sarawak dan perak. Tolong. Ini focus ko. Negeri termiskin dan termundur bukan kelantan, tetapi ini negeri2nya. Bawah bn. Terima hakikat dan focuskan diri ko kepada mereka bukan kepada kelantan yang dipegang oleh parti islam tue. 

Buat apa ko beria2 nak rampas kepimpinan dari parti islam? Bukan kah ko minta umat islam satu malaysia bekerjasama dan bersatu? Jadi seharusnya ko yang reti cakap, kena reti amal. Tolong sebelum benarkan mulut bercakap, minta mulut slowtalk dengan akal terlebih dulu oke? Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...