Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Januari 2013

GST, BN dan PRU-13.


BN akan laksanakan GST selepas PRU. Kenapa aku cakap begitu? Ini kerana beberapa kali media massa memberitakan hal tersebut. Kerajaan akan tetap laksanakan GST dan kerajaan sedia luangkan masa untuk terangkan GST kepada semua peringkat.

Dalam erti kata lain, kerajaan sememangnya serius dengan pelan GST mereka. GST sememangnya akan dilaksanakan oleh mereka. Adakah kita patut menolak BN untuk menolak GST ataupun menolak BN untuk menangguhkan GST?

 Aku rasa ramai yang tahu GST tue apa.
GST juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan. GST dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit GST adalah cukai penggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barangan dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia termasuk import kecuali barangan dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah bekalan berkadar sifar, bekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.
Rujukan  : sini

Maksud secara ringkas?

Cukai kepenggunaan. Semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli product dan perkhidmatan akan terikat dengan GST.

Apakah negara2 yang sudah melaksanakan GST?

Banyak. Antaranya ialah Perancis sebagai negara terawal. Aku pernah baca dalam HARAKAH dulu. Lain2 negara adalah seperti Korea, Singapore, Taiwan bahkan di Laos juga. Indonesia dan Thailand juga ada GST.

Bagaimana GST akan mempengaruhi hidup kita?

GST ialah satu bentuk cukai yang akan dikenakan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses melakukan perkhidmatan dan perniagaan kepada pengguna. Maka kerajaan akan cukaikan perkara2 tersebut mengikut peringkat dan kadar tertentu. Dari situ pihak yang dikenakan cukai akan tampung kos tersebut melalui penjualan product mereka. 

Kat sini automatik nilai barangan/perkhidmatan meningkat. Beban cukai MUNGKIN di alih kepada pengguna akhir. Ini ditentukan dengan harga BARANGAN dan PERKHIDMATAN yang ditawarkan. Antara barangan yang termasuk dalam kes neh ialah peruncit yang membekalkan dan mengedarkan barangan asas seperti barangan dapur.

Selain itu apabila kita membeli di pasaraya, kita juga akan membayar GST. Ini kerana mana2 perniagaan yang cukup syarat termasuklah pasaraya juga akan dikenakan GST. Pasaraya = peruncit + pemborong.

Maksudnya?

GST untuk semua perniagaan yang cukup syarat dan kelayaka

dan

GST akan mengantikan GTS. Kadar GTS sekarang ialah 6%. Jika GST dilaksanakan kadar ini akan menjadi 5%.  

Pengguna akan beli product yang diGSTkan dan membayar harga product bersama cukai GST. Faham tak?  

Adakah GST baik?

Baik. Baik kepada kerajaan dan baik kepada rakyat. Semakin ramai yang bayar cukai = semakin banyak dana yang kerajaan collect = semakin banyak kebajikan yang kerajaan kita mampu tawarkan.

Jadi secara asasnya sistem ini baik. Baik kepada pertumbuhan ekonomi juga mampu meningkatkan pendapatan kakitangan awam dan swasta. Yelah, bila kerajaan dapat lebih banyak wang mereka boleh salurkan kepada sektor2 tertentu. Dan mereka membeli. Bila membeli, kakitangan swasta pula dapat manfaat.

Tetapi kenapa ia di tentang?

BN.   

Kita kenal BN. BN yang kita kenal bukan pro rakyat. BN kita pro kapitalis. Pro mereka2 yang kaya dan berharta. Yang miskin dan serdahana BN taknak pandang dan peduli. 

Kita bimbang jika GST dilaksanakan, lebihan pendapatan hanya akan berlegar2 di kroni2 mereka. Itu satu. Mereka gunakan lebihan ini untuk buat projek2 yang tak memberikan kesan kepada rakyat marhaen. Bahkan mungkin berkerjasama dengan kapitalis bagi menekan kita.

Jadi GST boleh dilaksanakan jika PR yang perintah?

Tidak juga. Ini bukan isu siapa perintah. Ini isu jika kerajaan itu adil + keadaan yang sesuai = boleh laksanakan GST. Kalau tengok situasi sekarang kerajaan kita tak adil + keadaan inflasi sana sini, ia akan memburukkan keadaan. 

Kajian mengatakan bahawa pengenalan GST di China suatu ketika dulu tidak meningkatkan kadar inflasi. Tetapi di malaysia samada GST ada atau tidak, kadar inflasi kita semakin naik. Nilai wang kita semakin susut dan ini merisaukan kerana kita terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk mendapatkan satu2 barangan dan perkhidmatan tetapi gaji = punca pendapatan kita masih lagi di takuk lama.

Dan kita bimbang pengenalan kepada GST akan memburukkan suasana. Inflasi ini tidak baik untuk orang miskin. Untuk mereka yang berpendapatan tinggi mungkin rasa rileks lagi tetapi untuk orang miskin, sedikit kenaikan juga merupakan satu beban yang besar.

Bayangkan jika nak beli barangan dapur mungkin mereka perlukan rm200 tetapi bila dah ada GST tetiba jadi rm300

Apakah cara terbaik?

Tangguhkan pelaksanaan GST. Sehingga persekitaran kita, keadaan kita, membenarkan perkara tersebut. Tak kira la BN mahupun PR yang menang. Pelaksanaan GST harus ditangguhkan. Nak tunggu rakyat bersedia sampai bila2 rakyat takan bersedia. Bab cukai dan bab duit. Ko tak boleh hadap rakyat bersetuju 100% oke.

Tetapi jika ko dapatkan kepercayaan rakyat dan keyakinan dari mereka dalam 60% dah oke dah. Ko boleh laksanakan GST setelah keadaan yang sesuai itu tiba. Keadaan yang sesuai bermaksud ;

1. Kerajaan yang mentadbir tidak terlibat dalam penyelewengan.

2. Bila kerajaan bersih = kutipan cukai akan diagihkan dengan telus = ini membantu rakyat secara langsung. Contohnya kerajaan sediakan pendidikan percuma dan pemeriksaan kesihatan percuma 2 tahun sekali.

3. Polisi2 yang mesra rakyat seperti dasar gaji minimun, penguatkuasa yang adil di mana setiap majikan yang gagal patuhi undang2 akan dikenakan tindakan tanpa bias, penguatkuasa yang memantau harga barang dan penyeludupan, sistem perundangan yang adil dan cepat. Ini semua penting. 

Contohnya ada yang tertindas disebabkan satu2 syarikat kenakan harga yang melampau dan gunakan GST sebagai alasan dan pengguna pula bergantung kepada product tersebut atas sesuatu perkara, maka campurtangan kerajaan menyebabkan syarikat tadi tue tak berani nak pijak2 customer. Sebab apa? Sebab kita ada kerajaan yang adil yang melindungi dan menjaga kebajikan kita semua.

GST dilaksanakan dalam suasana yang adil. Peniaga tak berani nak campak kos GST kepada kita sebab polisi dan undang2 menakutkan mereka. Kita sebagai pengguna juga dah bayar GST dan takde sebab untuk kita tampung kos GST dari pihak mereka pula. 

Tetapi di malaysia kita belum lagi di peringkat sini. Sebelum laksanakan GST ada benda yang kita kena ubah. Kita tak patut buka ruang untuk mana2 pihak melakukan penyelewengan lagi. Kalau kita buka ruang tersebut maka kita la yang patut dipersalahkan kalau mereka menyeleweng ini kerana warning tue dah sampai, bukan tak pernah sampai.

Dalam isu GST neh rakyat malaysia tak harapkan BN dan PR menjadi Allah swt. Menjadi Allah swt ialah kerja mustahil. Tetapi rakyat malaysia cuma minta dan berharap jika BN dan PR boleh ikut apa yang Allah swt sarankan. Misi utama disini ialah keadilan dan kebajikan untuk semua pihak. Jika ini PR dan BN buat, hatta ko nak laksanakan cukai rumput pun orang tak heran. Apa nak kesah?  

Rumput aku kena cukai tapi aku dapat macam2 kebaikan di malaysia contohnya pendidikan percuma, kesihatan percuma hatta sekarang ada transport percuma lagi.. ko ada? Simple beb. Lue jaga kita, kita pasti akan bekap lue. Kalau kita melawan bukan bermaksud kita benci tetapi kerana kita dianiaya bertubi2.

Mohon bn belajar dengan suara rakyat yang takde kepentingan ataupun kroni. Walaupun kami tak kaya at least kami reti bercakap benar, oke? Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...