Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Rosmah Mansur terima Anugerah Tokoh Prihatin.

Maaf mem. Lambat dapat info. Jangan marah mem.

kah kah kah




Pada majlis itu, Rosmah menerima Anugerah Tokoh Prihatin sebagai penghargaan terhadap keprihatinan serta komitmen beliau dalam memastikan golongan kurang bernasib baik mendapat tempat, perhatian dan bantuan pelbagai pihak.

Anugerah itu disampaikan Presiden CCAM Mohd Irwan Rizal.


Rosmah Mansur baik orangnye. Berapa banyak agaknye anugerah yang dia akan terima lagi dan lagi .. almaklumlah time di atas masa neh la nak merasa dibodek habis-habisan kan.. anugerah yang takde pun boleh di-ada2kan.. yang tak layak pun boleh dilayak2kan..

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

40juta boleh, naik jet peribadi tak boleh?

Najib yang mengaku.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.


Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Dengar sini. 

Terima sumbangan / dana tunai dari ahli perniagaan boleh. 

Naik jet peribadi tak boleh?

Terima sumbangan ataupun dana tunai takde agenda tersembunyik. 

Naik jet peribadi ada agenda tersembunyik?

Jika umno sabah boleh menerima dana berjumlah 40juta dari ahli perniagaan sebab apa anwar ibrahim tak boleh di sponsor naik jet oleh ahli perniagaan pula? Dua kes neh sangat serupa. Rujuk sini kes mengenai anwar ibrahim.

Oleh kerana umno melakukan hal yang sama maka tiada sebab untuk bloggers umno marahkan anwar ibrahim bukan? Yang aku bertambah pelik bila najib membenarkan aktiviti penyeludupan wang atas nama parti.

Apa nak jadi pm aku neh. Kenapa la dia lantik orang2 yang bodoh jadi penasihat dia? Kenapa la dia hanya berkawan dengan kaki2 ampu dan bodek? Semakin hari semakin terserlah kebangangan nya. Untuk rekod, offer aku untuk najib supaya aku dilantik menjadi penasihat najib masih terbuka. Oke? Hehehe.

Bagaimana pula wang yang diseludup masuk boleh di anggap sebagai saluran yang betul?

Wang 40juta diseludup masuk ke malaysia untuk sumbangan politik kepada umno sabah. Cara ia dibawa masuk itu sendiri menggunakan saluran seludup. Seludup = aktiviti jenayah = salah disisi undang2 negara. Tanya awang adek apa itu seludup. Dia pakar bab seludup2 time apa jua barang naik harga di malaysia.

kah kah kah

Jadi bagaimana mungkin ia boleh dianggap menggunakan saluran yang betul kalau dah cara ia dibawa masuk pun gunakan saluran seludup? Kes neh berkaitan rapat dengan kes ahli perniagaan yang bernama Micheal Chia seorang peniaga / hartawan balak terkemuka sabah yang pernah ditahan di HK kerana menyeludup wang haram sebanyak rm40juta dalam matawang SG pada tahun 2008. 

Wang itulah yang kemudian nya dikaitkan dengan musa aman dan sprm telah menyiasat kes tersebut sebelum musa aman dan micheal chia bebaskan daripada pertuduhan rasuah. Dan kini najib cakap pasal 40juta dan memperbodohkan kita seme dengan merahsiakan nama ahli perniagaan tersebut sedangkan bukankah secara terang lagi jelas ia berkaitan rapat dengan micheal chia? Kalau ikut kronologi kes la. 

Wang 40juta tue wang haram = hasil daripada aktiviti yang tidak sah. 

Nama pun wang haram. Ia diklasifikasikan sebagai wang haram dan disimpan di bank switzerland. Rujuk siasatan HK. Mereka klasifikasikan wang tersebut sebagai haram. Bahkan MSTAR pun cakap wang haram.

Kita seme sedia tahu bank switzerland seringkali dikaitkan dengan penyimpanan wang2 yang didapati secara haram. Umno nak cakap apa lagi? Najib sendiri mengaku wang seludup = saluran betul bagi umno.

So ini bermaksud ;

Wang haram = wang seludup = saluran betul bagi umno. 

Kalau ikut pernyataan dari najib sendirilah. Hanya ada dua jenis manusia je yang undi penjenayah dan penjahat jadi pemimpin mereka. Yang pertama bodoh yang kedua penjahat. 

KAH KAH KAH

Sumber

http://www.malaysiakini.com/news/211532

http://www.malaysiakini.com/news/211390

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/13/mstar_berita/20121013004145&sec=mstar_berita

Gambar2 Kapal Perang USA yang berlabuh di Port Klang.

Ini kapalnya. 













Ringkasan hidup USS George Washington

1. Kapal pengangkut kapal terbang perang yang mendarat di pelabuhan kelang tue dinamakan sebagai USS George Washington.

2. USS George Washington mempunyai 6102 orang anak kapal dan 90 buah pesawat perlabagai jenis di dalamnya

3. George Washington ialah kapal ke-enam dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak 1992

4. Kapal sepanjang 332.8 meter dan 76.8 meter lebar ini menjadikan Pengkalan Laut Yokosuka , Jepun sebagai pengkalan utamanya.

5. Seperti kesemua kapal pengangkut kapal terbang kelas Nimitz, George Washington menggunakan bahan apa nuklear.

Aku boleh katakan bahawa aku tertarik nak pergi naik atas dek kapal perang tersebut. Korang pernah tengok tak citer Marvel's The Avengers?  

Perasan tak kapal perang dalam tue? Sebijik jek cam yang mendarat kat pelabuhan kelang neh aku tengok. Malaysia pun patut dapatkan kapal perang seperti neh. Langkah siap sedia beb. Rakyat indonesia yang emosi kan nak serang kita.

kah kah kah

Untuk rekod, kapal pengangkut kapal perang George Washington ini juga la yang telah membunuh pelbagai rakyat di pelbagai negara khususnya di Iraq dan Afghanistan. Di anggarkan melebihi 50,000 nyawa umat islam majoritinya terkorban ketika US mencerobohi Iraq dan Afghanistan.

Dan kapal itu kini berada di Malaysia. Tak dapat dinafikan ramai rakyat malaysia, muslim majoritinya akan emosi. Kapal itu telah mengangkut askar2 yang telah membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa in order nak mencerobohi kedaulatan satu2 negara. Dan tak mustahil kapal itu akan mencerobohi negara kita pada masa akan datang.

Tapi still aku tertarik nak naik atas kapal tersebut. Aku nak berdiri dan meninjau sendiri kecanggihan peralatan perang amerika. Aku nak tahu apa hebatnya mereka neh sampai satu dunia kena takut dan tunduk kepada kekuasaan mereka.

Kerajaan kita menafikan bahawa kapal perang tue akan menjadikan malaysia sebagai markas dan port untuk tentera US berlabuh. Mereka hadir ke sini atas lawatan kerja 5 hari. Mereka dikatakan mahu melihat lebih dekat bagaimana tentera malaysia melakukan tugas disini dan belajar sesuatu darinya.


Mereka juga mahu meluaskan pengetahuan mereka tentang persekitaran maritim di malaysia. Inilah dikatakan prinsip orang mencari ilmu dan mahu maju. Kapal itu bukan pencetus kekuatan USA. Sikap USA sendiri yang mencetuskan kekuatan mereka. 


Mereka juga telah terlibat dalam 6 projek komuniti yang melibatkan masyarakat malaysia. Tak silap aku, 500 orang kenamaan malaysia termasuk pegawai tentera dah naik kapal tersebut dalam satu majlis tertutup. Mereka diberikan peluang khas untuk melawat kapal tersebut dalam satu majlis untuk meraikan pendaratan kapal George Washington di pelabuhan kelang.

Di samping itu 11 siri lawatan terbuka telah dianjurkan oleh krew kapal untuk ahli2 perniagaan malaysia dan pegawai tentera untuk mereka meninjau lebih dekat kapal perang tersebut. 

Jika mereka disini benar2 atas lawatan kerja aku tak nampak kenapa itu menjadi isu besar. Namun walaupun atas lawatan kerja kapal itu kapal yang telah terlibat dalam pembunuhan umat islam sudah tentu sedikit sebanyak ruang untuk sakit ahti wujud.

Susah sebenarnya. Susah nak memisahkan lawatan kerja dari perasan sakit ahti bila lawatan kerja itu bertanggungjawab menyakitkan ahti umat islam seluruh dunia. 

Gambar : sini


Info berkaitan : Bernama dan MKINI.  

Nota : Tajuk artikel telah diubahsuai untuk mengelakkan salah faham. Tajuk asal gambar2 kapal perang USA di port klang. Maksudnya inilah gambar kapal perang yang ada kat pelabuhan klang time tue. Tapi ada yang beranggapan bahawa gambar2 tue kita tangkap di port klang so ubah tajuk ubah elakkan salah faham oke. 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Old Town White Coffee dah bengang dengan bloggers umno.

Dorang dah paneh ahti. 



Sekarang neh dorang berkerjasama dengan MCMC = SKMM dan juga Cyber Sekuriti Malaysia untuk membalas semula seme tohmahan yang dilemparkan ke atas perniagaan mereka sejak minggu lepas.

Kata blogger umno, old town white coffee, ngeh koo ham yang punya. Dorang yang kata, aku tak kata. Lepas tue disebabkan dorang sangka ngeh koo ham ada kaitan dengan old town white coffee depa ajak seme orang boikot restoran tue.

Tapi aku tengok restoran tue takde sesiapa plak boikot. Ramai jek orang melepak. Member2 umno yang kata nak boikot pun melepak balik sebab ada wifi beb.

kah kah kah

Konon nya depa ingat boleh jadi cam kes sekinchan ikan bakar kot. Tapi sayang, langsung tak jadi. Takde kesan. Honestly aku tak pernah lepak kat old town white coffee. So gesaan boikot tue takde kesan pada aku. Benda aku tak pernah layan nak boikot apa jadahnye?

Cuma aku kesian je la kat bloggers umno. Promote beria2 suruh orang boikot. Tapi sapa pun taknak layan. Dah tue sebarkan fakta serong plak tue. Sungguh pun aku was2 dengan kehalalan restoran tersebut tetapi kehalalan bekalan makanan yang dibekalkan ke restoran tersebut diperakui oleh JAKIM sendiri;


“Kesemua bekalan kami disediakan oleh pembekal yang mempunyai sijil yang diperakui JAKIM, yang perlu menunjuk sijil halal yang sah ke atas setiap barang yang dibekalkan,” kata Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, Pengerusi Oldtown Bhd, dalam kenyataan hari ini.

Ini juga bermaksud bahawa OTWC mengambil bekalan halal untuk serve kat customers dia. Dan takan la pengerusi OTWC nak buat statement media guna nama JAKIM kalau sungguh bekalan yang OTWC amek tak mendapat sijil halal dari jakim kan? Melainkan pengerusi OTWC benar2 bangang memang la dia akan menipu guna nama jakim. Tapi aku rasa kat sini yang bangang tue bloggers umno kot. 

Nak ajak boikot konon tak halal tapi tak check dulu dengan jakim. Last2 kantoi. Malu siot.

kah kah kah






Sumber berita  : sini 

Nota : Untuk rekod, OTWC hanya mendapat sijil halal untuk minuman jek. Bab makanan ikut cawangan.

Nota : Artikel ini telah diubahsuai pada 1.12am 13/10.

Zahid Hamidi peluk anak sendiri la woi

Yup.

Anak sendiri beb. Kesian dia. Macam2 korang kutuk dia kan?

kah kah kah


Gambar atas neh gambar yang tersiar dalam paper cina. Tulisan cina so ramai la melayu mostly tak faham nak baca. Dorang faham gambar jek. Gambar plak gambar peluk. Memang la best buat kontroversi siot. Tapi sebenarnya perempuan yang dia peluk tue bukan sebarangan pompuan. Pompuan tue anak dia.

Nama anak dia ialah : Nurul Hidayah Binti Zahid Hamidi.


Anak Zahid Hamidi juga adalah seorang celebrity beb. Dia terlibat dalam program tv Inspirasi Ramadhan disiarkan di saluran rtm sebagai pengacara. Dan terkini dia baru jek menamatkan latihan dalam pasukan simpanan tentera darat.

So takyah arh serang2 dan aim anak dia. Anak dia takde kaitan kot dengan seme benda politik apa jadah neh. Mak bapak tak boleh pilih anak sama seperti anak2 tak boleh pilih mak bapak. 

kah kah kah

Sumber rujukan : 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_33.htm

http://www.defarhano.com/2011/06/siti-nurhaliza-dan-lima-selebriti.html?m=0

Polis pro UMNO kantoi.

Confirm.

Halal atas nama umno. Tak kira la ko polis ke apa ke asal ko sokong UMNO confirm halal kalau ko buat apa2 pun. Tadi aku ada share satu video kan? Video pasal amoi kena halau dari PWTC sebab pakai satu baju yang terang2 anti bien apa bagai. Baju tue telah menimbulkan perhatian orang ramai dan boleh juga di anggap sedang melakukan provokasi.

Lihat sini.

Dalam video tersebut ada satu lelaki yang pakai topi kan? Lihat gambar kat bawah sat ;


Gambar pertama screenshot dari video pasal amoi mengamok tue. Ada seorang lelaki yang pakai topi + ada misai muka sebijik cam lelaki yang ada dalam gambar kedua. Mula nya aku tak perasan. Ada member fb yang perasan. Dia bagitau le.

Then setelah aku check nama, kebetulan orang yang upload video tue kat youtube ada tulis nama 

Baru sabentar tadi Bangunan PWTC dan Umno tercabar perbuatan seorang perempuan Cina yg memakai t shirt yang memakai perkataan ini. Zaharin Mohd Yasin , Ruslan Moktar dan YDP Perkasa Wilayah Persekutuan menghalau dia keluar dari bangunan PwTc.

Then kat dalam blog yang aku petik gambar kedua tue pun letakkan nama yang sama so analisis aku ;

1. Topi sama

2. Wajah serupa walaupun dalam video nampak kurang jelas tapi misai tue sama sebijik

3. Nama dah sah2 sama

Dah tentu2lah orang yang serupa kan? Aku pun tak faham apa dia buat situ. Polis ke SB ke berkawal ke apa.. tapi yang pasti kes dia ugut dan cubaan tumbuk adam adli tue tak settle2 lagi. Hadoi. Rakyat prihatin yang bersyukur ke encik? Rasanya rakyat yang sokong umno jek kot?

KAH KAH KAH

Sumber gambar kedua : rujuk sini.

Khamis, 11 Oktober 2012

Video Amoi marahkan BN guna baju - Mesti tonton

Kesian amoi tue..

Mesti dah tahap tertekan yang amat. Stress gila babi. Ini la hasilnya bila tv media massa asyik memainkan isu perkauman pagi petang siang malam 24 jam sehari 7 hari seminggu..

Korang lihat la video kat bawah neh beb.

 

Amoi neh kena halau sebab dia pakai baju macam kat bawah neh hah ; 


Aku cakap terus terang. Aku memang tergelak tengok video di atas. Tapi tue la. Aku pun serba salah nak komen. Sebenarnya kalau kita bengang dengan bien ke apa ke kena la ikut berdemo time ada demo balon bien.

Pakai baju macam neh pun oke juga. Tapi kalau pakai baju macam neh masuk bangunan umno memang le lue kena. Nak cakap apa lagi? Tapi masalahnya sejak bila PWTC = bangunan umno? Pejabat umno ada kat PWTC tue aku faham le. Tapi nak kata keseluruhan PWTC tue bangunan umno aku tak setuju le.

Kalau bina guna wang parti aku boleh terima. Tapi kalau dah bina guna duit rakyat lepas tue claim bangunan tue bangunan umno memang le lawak siot. Sewa dah habis bayar ke ada tunggakan lagi?

kah kah kah

Apa pun kalau sorang yang buat gitu memang la senang kena halau. Cuba seratus? Dua ratus? Satu ribu? 10 ribu? Jenuh le nak halau ye tak?

kah kah kah

Bila MP BN sendiri tolak AES sebab terkena..

Nampak?

Jika ia dilaksanakan ikut apa yang dirancangkan betul2 atas paperwork aku tak nampak kenapa sistem neh bermasalah. Tapi biasalah. Segala plan, perancangan atas kertas memang cantik. Tulisan tersusun. Graf bergambar yang menarik. Carta warna warni yang comel. Tapi bila ia dilaksanakan oleh sekumpulan manusia, apa yang cantik atas keras sudah tidak nampak cantik lagi atas dunia realiti.

Sistem cantik = pelaksana tidak cantik = tetap la tidak cantik.

Baru2 neh MP BN merunggut mengenai sistem AES. Rujuk keratan akhbar kat bawah neh ;

 
Sumber : sini

Akhirnya dorang dah nampak apa yang kita nampak. Lambat sangat nak hadam der. Ada juga runggutan yang aku baca di facebook untuk jalan yang boleh bawa 100kms tiba2 letak AES dan hanya boleh bawa 70kms. 

Agak2 la weh.

Macam mana roadsign boleh bercanggahan dengan AES pula? Takan masa set sistem tak check dulu owhh jalan neh boleh bawa berapa2 sekian2 kms ? ROADSIGN tulis lain tapi pengimbas AES letak lain? Macam neh ramai la yang terkena BODOH!

Walaupun ikut peraturan tetap la terkena. Ini bukan tak ikut peraturan jek terkena. Bahkan yang ikut peraturan pun terkena.

Contohnya gini. Ko sedang sedap2 memandu dalam 70kms atas jalan biasa. Dan ko tahu kat jalan tue hadlaju yang dibenarkan pun memang 70kms. Dah biasa ma. Sebab hari2 guna jalan tue. Then tiba2 dorang letak AES. Roadsign lama pasal hadlaju dikekalkan. Notis pasal AES dinaikkan.

Dorang set AES dengan hadlaju berbeza dari roadsign. Yakni apa yang ada dalam sistem berbeza dengan roadsign. Jika ko lalu kat jalan yang ada AES tue ko hanya boleh bawa 60kms jek sebab sistem dah set macam tue. Bayangkan berapa ramai yang terkena kalau yang tak perasan notis? Itu kalau ada notis le.

Kalau yang suka langgar peraturan tue maybe steady kot. Alah gua nak pecut 100kms apa ade hal. 70kms ka 60kms ka gua apa ade hal. Gua standard 100kms beb. Maybe dorang tak sakit ahti la sebab disaman akibat melanggar peraturan. 

Tapi bagi mereka yang disaman sebab ikut peraturan jalanraya macam biasa tetapi terlanggar peraturan AES yang dikuatkuasakan secara tiba2 macam mana pula? 

Dah tahu nak setkan had laju baru, buang dulu roadsign lama. 

Jangan kelirukan orang.

Dah cakap nak pasang notis, pastikanlah seme jalan yang ada AES dilengkapi notis.

Dah tahu notis tak dipasang di seme tempat, buat la penerangan / iklan menerusi media.

Sistem neh boleh dimanipulasikan. Ia bagus. Tapi ia boleh dimanipulasikan. Setelah berfikir secara mendalam, sistem neh agak bahaya jika dilaksanakan. Walaupun ia ada tujuan yang baik tetapi kerana ia boleh dimanipulasikan maka aku rasa jangan pasang lagi bagus. Sekurang2nya jangan pasang sehingga bn terkubur.

Kenapa PKR tidak mahu berikan air percuma kepada pengguna meter pukal?


PKR menggunakan pelbagai alasan untuk menafikan hak air percuma kepada pengguna2 meter pukal. Kalau aku menjadi salah seorang pengguna air meter pukal aku juga akan rasa sakit ahti. Memang logik sesangat untuk rakyat sakit ahti sebab apa?

Ini alasan nya ;

1. Permainan SYABAS.

Syabas melakukan pelbagai cara dan taktik untuk menukar meter2 pukal kepada meter2 individu. Ini mereka buat sebab nak mengangu pentadbiran PKR di selangor.

2. KEBODOHAN PKR ikut telunjuk SYABAS.

Yup. PKR juga ikut bodoh sebab membiarkan diri ditelunjuki oleh SYABAS. Mereka ikut permainan dan rentak SYABAS. SYABAS buat taktik A, mereka bagi alasan A. SYABAS buat taktik B, PKR bagi alasan B. 

Kalau macam neh sampai mampos tak settle2 masalah rakyat disebabkan kaw berdua. Yang terhimpit, tercekik dan tersepit tetap lah rakyat jelata. Bukan dua ekor mangkok di atas. Isunya mudah. Kalau syabas main taktik, ko balas main taktik jek. 

Ko jangan balas main alasan. Sekarang syabas takmo pasang meter pukal. Oke fine. Ko boleh pasang sendiri. Alamak aii modal siot. Nak cekau mana. Takan nak buat satu lagi company macam syabas plak? Boleh diusahakan tapi makan masa. Modal lagi. 

Sementara nak tunggu set up itu neh rakyat kekal merunggut. Bila merunggut bien amek kesempatan. Masuk tv. Masuk paper. Nak salahkan rakyat yang merunggut? Tak boleh der. Rakyat macam ko dan aku ialah rakyat. Merunggut adalah kerja kita.  

Kalau kita tak merunggut pemimpin2 yang melakukan kerja2 pentabdiran akan memerintah negara sambil lewa. Sebab tue kena merunggut. Tapi jangan merunggut benda yang merepek2.

Merunggut sekalipun kena bagi fakta dan asas kenapa kita merunggut. 

Dalam hal neh pkr ;

1. Tak boleh nak pastikan seme rakyat di selangor menggunakan meter pukal.

2. Tak boleh nak pastikan syabas memberikan sepenuh kerjasama

Tetapi pkr boleh bagi jek air percuma pada pengguna2 meter pukal guna satu sistem yang aku baca dulu2 kat fmt. Itupun sebab ada member fb yang suruh baca. Sistem dia mudah.

Kita buat satu contoh.

Katakan satu ada flat. Flat tersebut didiami oleh 50 keluarga. Tiap2 hari depa guna air dan bil akan keluar secara bulanan atas nama company. So dari sini apa yang boleh pkr buat ialah ;

1.Jumlah penduduk x jumlah air percuma = jumlah yang dorang sepatutnya dapat tiap2 bulan.

= 50 keluarga x 20 m padu = 1000 m padu.

2. Jumlah bil air bulanan - jumlah air percuma = jumlah bil yang perlu di bayar.

= Jumlah bil air bulanan - 1000 m padu = baki yang perlu dibayar.

3. Baki yang perlu dibayar / jumlah penduduk.

= Baki yang perlu dibayar / 50 buah keluarga = jumlah setiap isi rumah perlu keluarkan untuk bayar bil air.

Itu jika penggunaan bulanan melebihi dari peruntukkan air percuma. Kalau kurang? Langsung tak payah bayar der.

Company tersebut boleh serahkan bukti dan invois kepada pkr untuk audit. Yang penting rakyat dapat air percuma. Tak kira la sistem macam mana pun pkr nak buat yang penting kebajikan rakyat harus didahulukan. Jika ini PKR buat dari dulu agak2nya ada tak orang demo pasal air sana sini? 

Rujukan ;


SYARAT-SYARAT

Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php?page=air-percuma-setiap-bulan

Rujukan ;

Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri di negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat.
Mengulas lanjut isu tuntutan saman yang difailkan oleh 711 pengguna air, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.
Katanya, dengan saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
“Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.
“Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.

Nasha cakap benda betul - Harun Taib.

Betul?

So neh dah jadi macam pertempuran majlis syura pas vs sesetengah pemimpin kanan pas + ahli + penyokong pas dan pakatan rakyat kah?

Geng mesti mao bekap der. Sapa nak bekap kita kalau bukan geng2 sendiri. Tapi bekap benda betul takdak masalah langsung. Bekap benda tak betul tue yang timbul jadi isu. Harun Taib dah tengok video ka? Tuan Ibrahim man pun dah tengok ka?

Dah tengok apa yang Ustaz Nasha bercakap ka sampai beria2 nak bekap tue? Ini video nya. P tengok dulu. Jangan main nak betulkan aje apa yang geng sendiri ulas.


Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul. “Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama… hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka. “Beliau bebas… boleh kata apa sahaja, beliau juga ahli Majlis Syura. Tidak salah beliau gunakan Majlis Syura untuk suarakan pandangan ini.

“Apa yang berlaku sekarang ini ramai yang berkata atas kepentingan diri sendiri,”katanya. Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Nasharudin itu sebagai perkara biasa.

“Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik… apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita,” katanya. -Sumber-

Wait.

Cakap dap menganjurkan satu majlis open dan kemudian nya secara terangan2 mendoakan bahawa mahu malaysia menjadi negara kristian setelah pakatan rakyat memenangi pru tanpa bukti walaupun dap sarawak dah nafikan ia, bukan sesuatu yang pelik ek tuan ibrahim man?

Boleh ustaz nasha menuduh begitu atas nama majlis syura ek ustaz harun taib? 

Oke. So sekarang kita anggap je la majlis syura = yang tuduh2 benda tue. Sekarang bukan nasha jek kena buktikan tuduhan tersebut, majlis syura pun kena buktikan sekali la dah mereka pakat2 sokong.

Aku ingatkan majlis syura nak diam2 dan bincang sesama sendiri dulu. Rupanya majlis syura pun sokong tuduhan nasha. Well done.

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...