Ringkasan hidup USS George Washington
1. Kapal pengangkut kapal terbang perang yang mendarat di pelabuhan kelang tue dinamakan sebagai USS George Washington.
2. USS George Washington mempunyai 6102 orang anak kapal dan 90 buah pesawat perlabagai jenis di dalamnya
3. George Washington ialah kapal ke-enam dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak 1992
4. Kapal sepanjang 332.8 meter dan 76.8 meter lebar ini menjadikan Pengkalan Laut Yokosuka , Jepun sebagai pengkalan utamanya.
5. Seperti kesemua kapal pengangkut kapal terbang kelas Nimitz, George Washington menggunakan bahan apa nuklear.
Aku boleh katakan bahawa aku tertarik nak pergi naik atas dek kapal perang tersebut. Korang pernah tengok tak citer Marvel's The Avengers?
Perasan tak kapal perang dalam tue? Sebijik jek cam yang mendarat kat pelabuhan kelang neh aku tengok. Malaysia pun patut dapatkan kapal perang seperti neh. Langkah siap sedia beb. Rakyat indonesia yang emosi kan nak serang kita.
kah kah kah
Untuk rekod, kapal pengangkut kapal perang George Washington ini juga la yang telah membunuh pelbagai rakyat di pelbagai negara khususnya di Iraq dan Afghanistan. Di anggarkan melebihi 50,000 nyawa umat islam majoritinya terkorban ketika US mencerobohi Iraq dan Afghanistan.
Dan kapal itu kini berada di Malaysia. Tak dapat dinafikan ramai rakyat malaysia, muslim majoritinya akan emosi. Kapal itu telah mengangkut askar2 yang telah membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa in order nak mencerobohi kedaulatan satu2 negara. Dan tak mustahil kapal itu akan mencerobohi negara kita pada masa akan datang.
Tapi still aku tertarik nak naik atas kapal tersebut. Aku nak berdiri dan meninjau sendiri kecanggihan peralatan perang amerika. Aku nak tahu apa hebatnya mereka neh sampai satu dunia kena takut dan tunduk kepada kekuasaan mereka.
Kerajaan kita menafikan bahawa kapal perang tue akan menjadikan malaysia sebagai markas dan port untuk tentera US berlabuh. Mereka hadir ke sini atas lawatan kerja 5 hari. Mereka dikatakan mahu melihat lebih dekat bagaimana tentera malaysia melakukan tugas disini dan belajar sesuatu darinya.
Mereka juga mahu meluaskan pengetahuan mereka tentang persekitaran maritim di malaysia. Inilah dikatakan prinsip orang mencari ilmu dan mahu maju. Kapal itu bukan pencetus kekuatan USA. Sikap USA sendiri yang mencetuskan kekuatan mereka.
Mereka juga telah terlibat dalam 6 projek komuniti yang melibatkan masyarakat malaysia. Tak silap aku, 500 orang kenamaan malaysia termasuk pegawai tentera dah naik kapal tersebut dalam satu majlis tertutup. Mereka diberikan peluang khas untuk melawat kapal tersebut dalam satu majlis untuk meraikan pendaratan kapal George Washington di pelabuhan kelang.
Di samping itu 11 siri lawatan terbuka telah dianjurkan oleh krew kapal untuk ahli2 perniagaan malaysia dan pegawai tentera untuk mereka meninjau lebih dekat kapal perang tersebut.
Jika mereka disini benar2 atas lawatan kerja aku tak nampak kenapa itu menjadi isu besar. Namun walaupun atas lawatan kerja kapal itu kapal yang telah terlibat dalam pembunuhan umat islam sudah tentu sedikit sebanyak ruang untuk sakit ahti wujud.
Susah sebenarnya. Susah nak memisahkan lawatan kerja dari perasan sakit ahti bila lawatan kerja itu bertanggungjawab menyakitkan ahti umat islam seluruh dunia.
Gambar : sini
Info berkaitan : Bernama dan MKINI.
Nota : Tajuk artikel telah diubahsuai untuk mengelakkan salah faham. Tajuk asal gambar2 kapal perang USA di port klang. Maksudnya inilah gambar kapal perang yang ada kat pelabuhan klang time tue. Tapi ada yang beranggapan bahawa gambar2 tue kita tangkap di port klang so ubah tajuk ubah elakkan salah faham oke.