Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Old Town White Coffee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Old Town White Coffee. Papar semua catatan

Selasa, 3 Februari 2015

Ini BOD Old Town White Coffee - Takde Nama Ngeh Pun.

Jadi menteri tapi pemalas nak mampos. Sesuka ahti keluarkan statement merapu di facebook. Lepas dah kantoi bukan sahaja enggan mengaku bahkan mempertahankan diri dengan melakukan SPIN sana SPIN sini.

Menerusi posting di facebook, Ismail Sabri mengatakan Ngeh keluarga DAP Perak ada kaitan dengan rangkaian perniagaan OLD TOWN WHITE COFFEE.

Dan status halal pada OTWC adalah diragui.

Bila aku check website HALAL, di dapati OTWC memang ada sijil halal. Tapi menteri kau ragu2. Bila dah ragu2 walaupun pada syarikat yang dah diberikan sijil halal maka kepada siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Jawapan dia JAKIM la. Berani tak Ismail Sabri nak setepek sound JAKIM? JAKIM pun BODOH nak MAMPOS juga ke apa. Menteri terang2 sound status pemberian sijil halal kepada OTWC. Taknak ke mempertahankan diri korang? Ke memang korang jual sijil halal tersebut kepada OTWC? Takde intergriti ke staff JAKIM neh bila menteri sound setepek mempertikaikan skop kerja korang?

Di laman rasmi OTWC aku mendapati ;


Takde pangkal nama Ngeh yang tersenarai sebagai BOD syarikat berkenaan. Syarikat berkenaan juga disenaraikan di Bursa Malaysia yang mana ko boleh dapatkan maklumat berkenaan syarikat tersebut menerusi sedikit usaha jika kau rajin berbanding merepek di facebook macam Ismail Sabri.

Jadi agak2 kau si Ngeh keluarga DAP mana si Ismail Sabri kaitkan dengan perniagaan OTWC. Satu lagi. Aku pelik la.

OTWC ialah coffee berjenama Malaysia. Aku pun baru tahu sebab baru godek2 info tentang OTWC. Semua yang jadi BOD dia orang Malaysia dan ia mula diasaskan pada tahun 1999 oleh dua individu iaitu Tan Say Yap dan Goh Ching Mun. Kedua2 mereka ialah anak Malaysia. Rangkaian OTWC kini melebarkan sayap di Indonesia, Singapura dan China.

Tak bangga ke kau bila OTWC jenama Malaysia mula dikembangkan ke peringkat antarabangsa?

Dan jika kau tengok profile syarikat berkenaan, secara terbuka mereka senaraikan dan listedkan nama BOD yang mana setiap dari mereka mempunyai pengalaman yang berbeza bagi mengembangkan perniagaan OTWC. Ini la baru buktinya bahawa bila kau nak meniaga betul2 kau akan lantik orang yang betul2 boleh buat kerja bagi mengembangkan syarikat kau.

Satu lagi yang aku tertarik bila layari aset yang dimiliki oleh syarikat berkenaan. Selain rumah untuk kediaman para pekerja mereka, tanah dan rangkaian kedai, mereka juga sebenarnya membuat satu kerja amal sejak2 berjaya neh.

Tengok ;


Tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat yang tertindas tidak dilupakan selepas mengecapi kejayaan. Bagi aku ini satu tindakan yang bagus. Dan memang ramai sebenarnya ahli2 perniagaan yang berjaya atas usaha sendiri tak kira bangsa dan agama sebenarnya secara diam-diam menyumbang kembali kepada masyarakat. Jika orang melayu, mereka selalu membantu anak2 yatim dan anak2 orang miskin. Siap bagi bantuan bulanan berupa makanan pun ada. Mereka semua ini usahawan yang berjaya atas kudrat sendiri. Aku suka mendekati golongan seperti ini sebab nak tiru dan belajar. Buat motivasi. Bukannya macam sesetengah pihak yang dapat 250juta buta2 jek dari kerajaan kau neh lepas tue lingkup.

Aku pun tak faham la dengan umat melayu neh. Orang Malaysia bangsa cina buat satu brand tahap internationale, bukan nak puji atau tiru kesungguhan mereka, tapi kena kutuk, fitnah dan laju2 plak diseru untuk boikot atas alasan-alasan bangang.

Kalau betul OTWC anti Islam maka tunjukkan bukti.
Kalau betul pun OTWC sokong DAP, itu hak peribadi. Ini demokrasi. Sesiapa pun bebas sokong sesiapa dalam politik. Kerajaan atau mana-mana pihak tidak boleh tentukan idelogi politik kita.

Seperti DAP takde hak nak tentukan pandangan politik pekerja mereka di sektor kerajaan, seperti itu juga la kakitangan kerajaan pusat tidak berhak dipaksa untuk sokong BN. Semuanya bebas. Yang bekerja apa sekalipun. Hatta kalau kau jadi sukarelawan PAS untuk bantu mangsa banjir pun kau tak entitle untuk sokong PAS. Kau jadi sukarelawan itu sesuatu yang kau nak buat tapi idelogi politik kau ialah hak kau sepenuhnya. Tiada sesiapa pernah tentukan atau kawal bagi diri kita.

Tapi sebaran yang mengatakan OTWC tidak halal jelas merupakan satu perkara yang bercanggahan dengan apa yang telah JAKIM keluarkan kepada mereka menerusi portal HALAL. 

Secara tak langsung nampak macam mempertikaikan perniagaan OTWC bila kita bangkitkan rangkaian perniagaan berkenaan diragui status halalnya. Namun dalam masa yang sama sedar tak korang sapa yang issuekan sijil halal kepada mereka? Yang issuekan sijil halal itula yang bermasalah. Bukannya OTWC itu tidak halal dan menggunakan sijil halal yang palsu pun untuk melayakkan dia mendapat kecaman. Eh lue fikirlah sendiri. Ada otak guna. Bukan setakat dok jadi perhiasan atas kepala tue jek. Ismail Sabri, sila amek masa cuti sehari neh fikir-fikir macam mana nak spin lagi. Aku yakin orang2 UMNO mesti tak sabar2 nak ditipu oleh kau lagi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Bukan Dia Sorang Je Nama Ngeh Kat Perak Tu Kata Menteri - Old Town White Coffee Ada Sijil Halal Tipu Ke?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Sakit perut aku gelak. Aku rasa la. Ini semua salah Hasan Malek. Dia punya bangang dia kasi simpan semenjak dua menjak neh. Itu sebab menteri lain tak memasal kena tunjuk bangang bagi menghiburkan rakyat jelata.

Tadi kan. Aku baca sesuatu. Ini yang aku baca ;


Memang betul. Ramai keluarga nama Ngeh kat Perak. Tapi kan. Bila sebut Ngeh DAP Perak berapa ramai yang akan fikir ianya ditujukan kepada Ngeh Koo Ham? 

Jawapannya ialah SEMUA.

Sebut Ngeh DAP. Semua tahu ia merujuk kepada Ngeh Koo Ham. Tak payah nak putar alam la kau. Semua tahu point kau Ismail woii.

Baca ;


Ngeh family DAP Perak tue. Terang2 kau sebut DAP Perak. Sapa lagi Ngeh DAP Perak kalau bukan Ngeh Koo Ham? Tak agak-agak nak spin walaupun terang2 kantoi. 

KAH KAH KAH

Ketika ini PDRM tengah laju2 buat kerja apabila memanggil Ismail Sabri ke balai untuk menjalani siasatan berhubung status facebook di atas. Sebenarnya. Inila salah satu taktik bagi mengembangkan sayap Ismail. Bila polis 'buat2 panggil' untuk 'buat2 amek keterangan' maka, Ismail akan dianggap hero pertahankan melayu bagi kelompok tertentu padahal hero apa ke mendernya kalau ko fitnah orang?

KAH KAH KAH

Aku sebenarnya tunggu dua perkara je dari menteri kau neh. 

Pertama part Ngeh family DAP miliki OTWC. Dah ramai sangat yang tuduh. Bukti takde. Guna sebaran mulut. Cakap sana cakap sini. Aku ingatkan dah alang2 menteri pun sebut mestilah dia ada bukti yang menyokong point dia. Rupa2nya dia SPIN pula. Taknak mengaku dia tuju ayat tue pada Ngeh Koo Ham. Maksudnya. Seorang menteri pun sewenang-wenang main petik, sebar dan mengarut sebarangan di laman sosial. Dalam waktu yang sama marahkan rakyat bagai nak gila kalau rakyat tersebar maklumat yang salah. Tapi sebagai menteri kau pun sebarkan benda karut. Lagi nak ceramahkan rakyat. Cermin takde ke?

Kedua. Part OTWC yang dikatakan sijil halalnya diragui. Aku check website. Klik sini. OTWC katanya halal. Ada disenaraikan beberapa product mereka yang mengandungi sijil halal. Sekarang sapa yang produce sijil halal tersebut? Adakah menteri nak kata OTWC diragui baru2 ini merujuk kepada JAKIM yang mengeluarkan sijil halal kepada kedai makanan yang sepatutnya tidak halal ke macam mana? 

Sijil halal dia tipu ke macam mana? Menteri perlu la jawab. Apa maksudnya diragui? JAKIM yang keluarkan sijil tue. Apa pula kata JAKIM? Sapa yang berkata benar? Menteri pertanian atau JAKIM? Tak mungkin kedua2 korang benar dalam waktu yang sama. Mesti sorang aje. Adakah JAKIM kena beli lalu keluarkan sijil halal yang sepatutnya kepada syarikat berkenaan? Menteri yang buka mulut tue. Hah.. jawab la woi.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Old Town White Coffee dah bengang dengan bloggers umno.

Dorang dah paneh ahti. 



Sekarang neh dorang berkerjasama dengan MCMC = SKMM dan juga Cyber Sekuriti Malaysia untuk membalas semula seme tohmahan yang dilemparkan ke atas perniagaan mereka sejak minggu lepas.

Kata blogger umno, old town white coffee, ngeh koo ham yang punya. Dorang yang kata, aku tak kata. Lepas tue disebabkan dorang sangka ngeh koo ham ada kaitan dengan old town white coffee depa ajak seme orang boikot restoran tue.

Tapi aku tengok restoran tue takde sesiapa plak boikot. Ramai jek orang melepak. Member2 umno yang kata nak boikot pun melepak balik sebab ada wifi beb.

kah kah kah

Konon nya depa ingat boleh jadi cam kes sekinchan ikan bakar kot. Tapi sayang, langsung tak jadi. Takde kesan. Honestly aku tak pernah lepak kat old town white coffee. So gesaan boikot tue takde kesan pada aku. Benda aku tak pernah layan nak boikot apa jadahnye?

Cuma aku kesian je la kat bloggers umno. Promote beria2 suruh orang boikot. Tapi sapa pun taknak layan. Dah tue sebarkan fakta serong plak tue. Sungguh pun aku was2 dengan kehalalan restoran tersebut tetapi kehalalan bekalan makanan yang dibekalkan ke restoran tersebut diperakui oleh JAKIM sendiri;


“Kesemua bekalan kami disediakan oleh pembekal yang mempunyai sijil yang diperakui JAKIM, yang perlu menunjuk sijil halal yang sah ke atas setiap barang yang dibekalkan,” kata Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, Pengerusi Oldtown Bhd, dalam kenyataan hari ini.

Ini juga bermaksud bahawa OTWC mengambil bekalan halal untuk serve kat customers dia. Dan takan la pengerusi OTWC nak buat statement media guna nama JAKIM kalau sungguh bekalan yang OTWC amek tak mendapat sijil halal dari jakim kan? Melainkan pengerusi OTWC benar2 bangang memang la dia akan menipu guna nama jakim. Tapi aku rasa kat sini yang bangang tue bloggers umno kot. 

Nak ajak boikot konon tak halal tapi tak check dulu dengan jakim. Last2 kantoi. Malu siot.

kah kah kah






Sumber berita  : sini 

Nota : Untuk rekod, OTWC hanya mendapat sijil halal untuk minuman jek. Bab makanan ikut cawangan.

Nota : Artikel ini telah diubahsuai pada 1.12am 13/10.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...