Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Razali dan propaganda yang bebal.

Aku ternampak dan terbaca satu gambar yang aku rasa memang betul2 membebalkan razali ex dap tue. Siyes.


Sumber gambar : sini

Benda neh milosuam kata terpampang kat sekolah. Nama sekolah tatau. Kalau dapat tahu bagus gak. Boleh la kecam sekolah tue. Dan tentu2 yang tampal tue guru besar. Guru biasa2 takde pangkat tak bley buat seme neh tanpa kelulusan dari pengetua sekolah.

Ada ramai penyokong2 umno siyes percaya perkara2 di atas. Yang aku pelik percaya tanpa bukti pula tue.
 
Meh sini aku ajarkan korang supaya jangan benak.

1. Setiap minggu sekurang2nya 2 melayu murtad. So kenapa tak bawa melayu2 yang murtad tue depan press? Report kat jabatan agama islam? Hoiiii tue ada orang murtad tue. Apa lagi tarbiah la supaya dorang tak terus murtad.

Bodoh ke tak bodoh buat ayat tanpa fikir bahawa kita mesti tertanya2 perkara tersebut?

2. Razali pernah tidur gereja. So? Apa kaitan tidur di gereja dengan agama rasmi kristian pula? Apakah sesiapa pernah paksa dia untuk masuk dap? Apakah sesiapa pernah paksa dia untuk tidur di gereja? Yang buat diri sendiri apasal benda gini pun nak salahkan dap? Bodohnye.

3. Bagi la bukti sket LGE nak bagi razali rm1juta. Cuba check account bank LGE ada tak satu juta untuk diserahkan kepada razali. Dan cuba tanya razali kat mana perjumpaan tue berlaku. Siapa saksi. Siapa hadiri. Ada cctv tak di lokasi kejadian. Seme neh boleh menghasilkan bukti. Kenapa korang2 yang baca setiap apa yang terpapar kat atas neh tak pernah terfikir bahawa setiap tindakan kita akan tinggalkan bukti. So kalau sungguh LGE nak rasuah apasal razali tak bleh bagi bukti?

4. Isu azan tak pernah wujud di penang. Yang wujud hanyalah bacaan Alquran yang direndahkan suaranya sebelum subuh. Agak2lah nak menipu pun. Ka yang baca neh seme orang umno yang benak? Sebab tue main sedap jek taip?

Aku nak nasihatkan sikit penyokong2 umno. Aku takde masalah korang sokong umno. Tapi belajar la berfikir dengan kritis. Jangan la main percaya dengan setiap isu yang dipaparkan. Korang kan sekolah kerajaan. Korang kan belajar percuma. Korang kan merasa seme kebajikan yang umno bagi. Takan dah dapat seme benda tue masih tak mampu berfikir dengan kritis dan cerdik?

Katakanlah memang benar sekalipun DAP menyokong negara kristian. Tapi kenapa taknak bagi bukti yang konsisten dengan tuduhan tersebut? Kenapa taknak bagi bukti yang menyokong perkara tersebut? Walaupun isu itu benar kalau bukti tidak benar ia akan tetap tidak benar. 

Apatah lagi memang DAP tidak pernah menjadikan negara kristian sebagai agenda dorang. Bergaul dengan dap, dengan mca dan mana2 non muslim dorang akan cenderung bulshitkan seme jenis agenda meng-agamakan negara termasuklah agenda negara islam. 

Jangan sensitif. 

Itu perkara normal. Ini pemikiran biasa non muslim. Sebab tue ko kena bergaul dengan mereka untuk faham isi hati mereka. Susah juga untuk non muslim meluahkan dan menjadi diri mereka sendiri dengan muslim sebab kadang2 di antara mereka terserap satu persepsi... aku cakap lebih2 kang dia ingat aku anti islam.

Sepertimana kita bullshitkan segala jenis agenda negara kristian, negara yahudi, negara komunis blablabal seperti itu jugalah mereka akan bullshitkan seme jenis agenda meng-agamakan negara. So instead meneruskan konsep meng-agamakan negara lebih baik kita terapkan ciri2 dan nilai2 baik yang terkandung dalam islam ke atas sistem negara kita.  

Satu2 negara walaupun tak diberikan title negara islam tetapi mengamalkan konsep adil dan amanah seperti yang termaktub dalam islam ia sebenarnya sudah di anggap negara islam oleh islam itu sendiri. Dan negara seperti ini sebenarnya disukai oleh ramai orang tak kira ada agama mahupun bukan beragama islam. Tak perlu cop dahi dengan perkataan islam untuk mengatakan kita muslim beb.

 Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...