Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Larangan Bacaan AlQuran Melalui Pembesar Suara : Memang Sial LGE dan Balacinya - Jamil khir dan mufti perlis sokong PP.

Okey. Tajuk kontroversi sket. Sebab bukan tajuk aku. Neh tajuk blogger umno yang mengaku blogger melayu dan memang agak kemelayuan lah cara dia menulis. Public rasa nya dah tahu beza antara melayu dan islam. Dan macam biasa blogger totok melayu macam neh memang sering tak dapat cari beza antara melayu dan islam. Baca bawah ;

Memberitahu pemberita kemudiannya mengenai larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara semasa subuh oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya. - Jamil khir

Dan baca bawah neh pula ;

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepadaMalaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.
So blogger melayu bila hang nak maki juanda dan jamil khir? Ka depa pun balaci lge juga?

kah kah kah

Bagi aku isu neh mudah ;

1. Bacaan Alquran haruslah sekurangnya didengari dan sampai ke pengetahuan umat islam di kawasan sekitar nya bagi mengejutkan mereka bangun dari tidur supaya dorang bersolat subuh. Lebih kurang lagi 15minit nak masuk subuh. Ayat2 suci Alquran dapat menyucikan ahti kita sebenarnya kalau selalu didengar berulang2 kali.

2. Kalau kat kawasan yang mana majoriti islam dan bukan islam sama banyak, mungkin ada pendekatan yang lebih sesuai.

3. Bacaan Alquran tidak perlu kuat, cukuplah sekadar mendayu2 + pilu agar kita yang mendengarnya akan terasa insaf dan sedar.

Simple je. Lagi satu ada yang bertanya kenapa di zaman gerakan memerintah larangan neh tidak dipedulikan dan dikuatkuasakan? Tatau. Boleh wujud macam2 alasan. Nak kena tunggu dorang jawab baru boleh tahu kenapa.

Namun larangan neh tiada kena mengena dengan dap. Dap sebenarnya cukup2 malas nak membuat apa2 perkara yang ada kaitan dengan islam sekaligus menyebabkan kontroversi. Isu jais-gereja, dap amek sikap diam dan tunggu. Mereka tak cakap banyak sebab cuba jaga ahti umat islam. Larangan neh dikuatkuasakan oleh majlis fatwa negeri di bawah panduan majlis fatwa kebangsaan dan apa yang paling penting dipersetujui oleh jamil khir. Heh. 

Namun, andai dihapuskan terus amalan neh memang aku bantah. Sebab apa? Mudah. Alquran itu penawar segala penyakit. Jika dilarang kita mendengar penawar lalu bagaimana kita boleh ubati penyakit kita? Untung2 boleh kejut subuh lagi. So tak salah kalau bacaan neh diteruskan tetapi dengan syarat tidak menjadi pertikaian dan menyusahkan pihak lain. Renungkan lah ia.

Sumber kata2 khir disini
Sumber mufti perlis disini

Ameno  : tunggu blogger umno + melayu maki menteri mereka..

Share this

0 Comment to " Larangan Bacaan AlQuran Melalui Pembesar Suara : Memang Sial LGE dan Balacinya - Jamil khir dan mufti perlis sokong PP. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...