Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 April 2011

Hot : Pakar korea cakap lelaki dalam video sepadan anwar !

Arhh sudah. Aku fikir kes tersebut dah tamat tapi rupanya belum. lihat bawah ;


Kata kes closed. Heran aku.

Baca bawah ;


Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapiBerita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.


"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.
“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.
Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.
Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.

Penganalisis dari korea cakap individu dalam video sepadan anwar. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan dan ungkapan itu? Apa yang sepadan dan bagaimanakah dia menilai kesepadanan itu? Itu yang kita perlu dengar dan ambil tahu.

Dalam erti kata lain,  suruh dia bentangkan hasil analisis dia kepada umum. Habis citer.

Ameno : mufti cakap jangan main, tp umno masih lagi jaja isu neh. Heran aku.

Share this

6 Responses to " Hot : Pakar korea cakap lelaki dalam video sepadan anwar ! "

  1. yang lagi best pakar korea cakap kat kondo.
    eskay cakap kat hotel pulak? LOL

    BalasPadam
  2. Datuk T cakap Kat Hotel Sekitar KL.. Polis Cakap Kat Kondo.... Video Tunjuk Kat Thailand... haizzzz.... Kenapa x suruh FBI jew siasat?

    BalasPadam
  3. yang lagi best pakar korea cakap kat kondo.
    eskay cakap kat hotel pulak? LOL

    BalasPadam
  4. jam mana jamm omega? kasi tunjuk la..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...