Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 April 2011

Hot : [ Isu artikel fitnah ] Keadilandaily.com bertindak pantas.. tapi

Kalau nak tahu tadi ada satu artikel daripada laman web keadilandaily mengenai video seks. Kandungan artikel tersebut ialah TIDAK BENAR sama sekali. Aku ketika mula2 baca pun agak terperanjat. Terperanjat bkn kerana keadilandaily lapor benda tue, sebaliknya terperanjat kerana aku fikir biar betul bhai polis cakap macam neh?? Neh hah kandungan artikel tersebut ;

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.
Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.
Source: KeadilanDaily
Aku terkesima beb. Biar betul polis nak confess sebegitu? Takpe. Aku rasa benda neh mmg bagus beb untuk dibuat isu. Aku pun pergi dig bernama lepas asar. Aku dig bagai nak rak.Aku pusing kiri kanan atas bawah website bernama. Sekali aku tak jumpa. Aku bengkek. Aku paneh ahti beb. Mana nya kenyataan pdrm bahawa mereka sahkan bahawa anwar bkn pelaku dalam video terbabit? Manaaa? Aku cari tak jumpa pun..!!!

Aku dah start angin dah. Aku dah tulis artikel maki hamun keadilan. Tak guna punya keadilan. Apsal ko ikut perangai fitnah utusan hah? Aku tahu lah ko bengkek ko dengan umno. Aku pun bengkek gak dengan umno. Tp ko tue akhbar. Ko kena jaga reputasi ko. Ko bukan blog beb. Blog seme org tahu ia pandangan yang mewakili diri penulis. Tapi bukan laman berita. Ia bukan mewakili peribadi penulis ke, editor ke, apa2 ke. 

Ia patut mewakili berita semasa yang berlaku pada ketika itu. Aku bengkek ngan keadilan. Aku tak ley terima mereka ikut perangai haramjadah utusan. Aku pun balik utk search balik artikel yang aku baca tadi. Hait? Takdak pula kat keadilandaily.com? Mana pergi? Dah hilang? Kenapa jadi macam neh ;



Akhirnya aku faham. Rupanya team keadilandaily pun sedar bahawa berita terbabit tak patut wujud. Berita terbabit salah dan melencong ke arah fitnah. Takpe. Aku faham. Aku respect keadilan. Tapi separuh je lah. Lagi separuh aku bagi lepas team keadilan buat notis bahawa mereka tersalah laporkan berita. Bukan ada apa masalah pun. Minta maaf je. Berapa ramai yang dah copy paste kenyataan keadilan tue dan masukkan dalam blog masing2? Ramai beb. At least bila keadilan minta maaf, mereka alert. 

Dan bila mereka alert, mereka pun akan edit or buang artikel tue. Kan mudah? Jangan delete diam2. Nanti orang lain plak dituduh fitnah ble tak dapat buktikan bahawa keadilandaily pernah keluarkan artikel terbabit. Macam mana?

Dan di bawah neh pula artikel yang aku tulis sebelum aku tulis artikel di atas. Niat aku nak delete je beb. Tapi last2 aku fikir takpe lah, aku biarkan je lah. Kenangan beb. Kenangan. 

Kah kah kah


Bengkek betul lah aku dengan keadilandaily neh. Saja je bagi aku paneh ahti tak pepasal. Kot ye pun nak hentam bn, hentamlah betul2. Janganlah hentam sampai mengelirukan aku balik. Aku tadi punyalah beria2 check berita kat bernama satu persatu angkara keadilanpenipu tak hengat dunia neh punya pasal. Lihat bawah ;


Nampak tak? Dia cakap polis sahkan. Okey fine. Aku pergi semak bernama. Tujuan aku mudah. Aku nak tunjukkan bukti neh kepada pencacai umno bahawa polis sendiri sahkan dsai tak terlibat dalam skandal zina video seks. Aku check semua berita bernama. Termasuk berita luar negeri. Aku check dengan penuh istiqomah neh. Check punya check. Check lagi dan lagi. Last2 tahu apa yang aku jumpa? Aku jumpa nothing. Dalam erti kata lain aku tak jumpa sepatah habuk pun yang bernama lapor bahawa pdrm cakap mereka sahkan dsai bukan pelaku dalam video seks terbabit.

Hait? Polis tak sahkan. Bernama tak lapor tapi keadilan tulis berdasarkan sumber bernama? Apa citer bhai? Ko jangan tiru telunjuk pemfitnah terhebat utusan meloya bhai. Ko tue laman berita beb. Bukan lama belog. Berita ko tue mewakili keadilan. Mewakili anwar. Jagalah sket reputasi tue.

Tapi ko lapor berita cam ko ingat ko mewakili diri ko. Mereng ka ko? Baik ko pergi ubah cepat2 bahan fitnah dalam paper ko tue. Kalau dah berita buat cara berita. Ko tahu satu hari berapa ratus orang baca berita ko? Jangan samatarafkan diri ko dengan blog. Blog lain. Ikut suka kitapunyapasal nak conteng apa pun dalam neh sebab dah tertera dengan jelas ia pandangan peribadi masing2. Tapi sebagai wadah berita ko tak boleh buat macam ikutsukalahakulahnakfitnahmacamutusan. Ada faham?

Ameno : Mabuk dah aku.tulis padam, tulis padam.



Share this

9 Responses to " Hot : [ Isu artikel fitnah ] Keadilandaily.com bertindak pantas.. tapi "

  1. hahhaha..marah bebeno gaya surat kat bawah tue,,tapi maaf maaf jugak..sebanarnya kenapa boleh keluar berita camtue?salah tlis ke sngaja salah tuliskan?

    Jom anti PAS!!!??
    wanita..menyusahkan?
    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  2. cehhh!
    aku mula2 percaya la
    pnyela semangat aku share kat FB & Twitter
    ble check2 balik
    artikel 2 dh xde...

    Tipah Tertipu!!!



    Entry Terkini: Contest Mencari Calon Isteri Admiral hafiz

    BalasPadam
  3. pergh pergh perghhhhh
    terngamam je aku baca artikel kau ni hahaha

    tpi xpe keadilan pasti akan ada suatu hari nanti hehehe

    BalasPadam
  4. pergh.. suka suki ja depa nak bwk kuar artikel. naseb baek da remove balik.

    Macam2 : Pembida Tertinggi Berpeluang Cukur Bulu Kaki Richard Branson

    BalasPadam
  5. salam..


    Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)


    Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.



    Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

    BalasPadam
  6. Seandai polis mengesahkan pelaku dalam video tersebut bukan DSAI , adakah dato T akan ditahan?


    FARISZ@AZ.Com
    Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video)

    BalasPadam
  7. Walau apa sekalipun samada pelaku video itu DSAI or bukan DSAI,Dato T mmg patot ditahan dibawah kanun keseksaan kerana menayang dan menyebarkan video lucah.
    Sumbat Dato T dalam penjara la wahai BN kalo ko brani!!!!

    BalasPadam
  8. pergh pergh perghhhhh
    terngamam je aku baca artikel kau ni hahaha

    tpi xpe keadilan pasti akan ada suatu hari nanti hehehe

    BalasPadam
  9. pergh.. suka suki ja depa nak bwk kuar artikel. naseb baek da remove balik.

    Macam2 : Pembida Tertinggi Berpeluang Cukur Bulu Kaki Richard Branson

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...