Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 April 2011

Isu LYNAS : Harapan rakyat kuantan berkecai..

Nampaknya susah lah rakyat kuantan nak bebaskan diri daripada operasi kilang lynas neh. Cuba baca bawah ;


Aku tarik keluar point penting. 

1. Kata timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi Lesen yang dikeluarkan oleh lembaga atom ialah untuk pembinaan kilang sahaja. Kilang sahaja bhai. Kilang. Bukan lesen untuk operasi. Aik ko nak ke buat rumah yang ko tak boleh duduk? Aku tanya jawab jujur beb. Nak ke kita kalau diberikan tanah kemudian diberikan kelulusan untuk dirikan rumah di atas tanah tersebut tapi belum tentu kita boleh duduk dalam rumah tersebut? Nak ke? Mesti lah taknak. Dah tentu2 buang duit dan buang tenaga kita. Sama gak dengan pihak pentadbir lynas. Sudah tentulah mereka tahu dan yakin bahawa mereka boleh beroperasi di gebeng sebab itulah mereka berani keluar modal dan bina kilang.
 

Modal yang dikeluarkan bukan sikit2 alah. Makan berjuta2 ringgit. Bukan bina kilang biasa. Tapi kilang yang perlu kepada tahap keselamatan dan pengawasan yang canggih. Jadi alasan kerajaan bahawa kilang ini hanya diluluskan pembinaan-nya sama sekali tak masuk akal. Apatah lagi lynas akan beroperasi secara sah mulai september 2011 ini.

2. Kata datuk fadillah lagi kilang ini selamat. Malahan lebih selamat dari nuklear. Betul ke? Mana aku tahu kenyataan dia betul ke tidak. Apa kata yang pakar2 cuba ulas sket kat sini. Betul atau tidak kenyataan dia neh.

Dan bila dia kata dengan berulang kali bahawa kilang ini selamat, aku agak menjadi kurang yakin. Bukan kah tiada mana-mana pakar berani beri jaminan bahawa kilang ini selamat? Sebaliknya hanya berani memberikan jaminan bahawa radiasi akan berada di paras yang terkawal. Masalahnya menteri neh tak faham. Kenyataan dia bertentangan dengan pengarah lembaga atom. Pengarah EAPL cakap di sini bahawa lynas berhasrat menyimpan sisa radioaktif di loji simpanan mereka sampai bila2. Dan lembaga atom takan benarkan itu berlaku. Akan tetapi lynas pula berkata lembaga atom tiada hak untuk menghalang kerana mereka mempunyai kelulusan penuh dari kerajaan. Aik??

Apa itu sisa radioaktif? Seberapa bahaya dia kepada alam, binatang dan manusia? Semua neh perlukan kajian yang mendalam dan teliti tetapi kerajaan nampaknya tak peduli. Kilang itu akan beroperasi kurang dari 5 bulan lagi. Kat mana rakyat kuantan nak salurkan bantahan mereka kalau kerajaan pusat dan negeri selari dengan kehendak lynas?

Apa yang mereka boleh buat? Apa yang kita boleh bantu? Aku pun buntu. Kerajaan taknak dengar pun rayuan kita.

Ameno : Duit lebih penting dari nyawa.

Share this

2 Responses to " Isu LYNAS : Harapan rakyat kuantan berkecai.. "

  1. Pada peringkat awal mungkin kadar radiasa adalah rendah tapi kesan masa panjang belum diketahui. Dengan masalah rasuah yang banyak. Bukan menolak kemajuan tetapi ketelusan dalam kemajuan amat penting.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani

    BalasPadam
  2. Pada peringkat awal mungkin kadar radiasa adalah rendah tapi kesan masa panjang belum diketahui. Dengan masalah rasuah yang banyak. Bukan menolak kemajuan tetapi ketelusan dalam kemajuan amat penting.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...