Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 April 2011

Entry hebat : Email percuma 1malaysia.

Aku taktahu nak cakap bila najib cakap macam neh ;



Email percuma? 1malaysia? Sampai bila? Kalau orang lain ambil alih kepimpinan najib adakah nama email tue akan tetap menjadi email 1malaysia gak? Hehehe.. 

Baca antara kenyataan najib kat bawah neh. Versi english sebab versi melayu belum update lag.

He said that the RM50 million investment would have a GNI impact of RM39 million up to 2015 Further the 1 Malaysia email initiative will allow direct and secure communications between Malaysian citizens and government as well as enhance delivery of public services

1. Projek neh mencecah rm50juta. 

2. Tujuan nya ialah membolehkan komunikasi 2 hala yang membabitkan rakyat dan pemimpin di samping beberapa perkara lain yg berkaitan.

3. Ia diberikan kepada syarikat swasta untuk dibangunkan.

4. Ia juga akan mewujudkan rangkaian sosial.

Hehehehehe.. aku taktahu pandangan korang. Aku tak rasa ia tak bagus. Tapi aku rasa ia tak sesuai. Bukan semua orang ada internet dan komputer di rumah. Apatah lagi bank-bank di malaysia kebanyakkannya memang menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan pembayaran bil dan lain-lain.

Jadi bukan semua rakyat malaysia dapat benefit kan? Email percuma? Baik guna gmail je. Gmail pun percuma gak. Lagi takyah susah payah kerajaan labur rm50juta untuk bina email percuma. Melainkan kerajaan ada pelan jangkamasa panjang.

Email percuma neh dibangunkan ikut tahap international bagi menyaing google. Untuk? Mewujudkan persaingan lah. Kalau email neh popular kelak, ramai lah pihak pengiklan akan mengiklankan product mereka. 

Dalam erti kata lain, kasi majukan lagi idea tue. Setakat free email? Email 1malaysia plak tue? Takde faedah lah buat aku. Melainkan kalau kerajaan ada cita2 di atas.

Negara facebook malaysia yang pertama? Apa tue?
Pakej broadband home serendah rm49. klik sini. 

Ameno : email pun nak 1malaysia? hehehehe..

Share this

10 Responses to " Entry hebat : Email percuma 1malaysia. "

  1. lepas tue leh la kerajaan pantau aktiviti email ni kan? tapi kalau terlaksanapun apa kita nak buat?nak berarak?hmmm..projek projek

    Jom anti PAS!!!??
    wanita..menyusahkan?
    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  2. Membazir..
    apa selama ni urusan kerajaan guna bukan emel 1Malaysia tak selamat agaknya..
    hurm, makin senang nak pantau aktiviti semua rakyat 18 tahun ke atas.. Oh!
    membazir-membazir..

    BalasPadam
  3. " Further the 1 Malaysia email initiative will allow direct and secure communications between Malaysian citizens and government as well as enhance delivery of public services"

    secure??blh jamin ke email tu secure?ingat senang sgt ke nk wat application yg btol2 secure?perbetulkan dulu website kerajaan yg ntah hape2 tu.dah la interface tak bape nak lawa,function lak berterabur.bkn menyenangkan org,menyusahkan lg ada la...website kerajaan pn bknnye secure sgt.kalo tak silap pernah kena hack bape kali.

    nak direct communication?dgr la suara hati rakyat,masalah rakyat.tak cukup ke ngan fb dan twitter tu,sampai nk bg emel free kat rakyat?pergi la ceruk2 kampung,tanya setiap sorang rakyat pe masalah.tu baru betul..ni tak,nk tunggu pilihanraya baru terhegeh2 nk tanya rakyat,nk berjanji bagai.bila menang,lupe camtu je janji rakyat.

    takyah la buang lg duit rakyat 50juta.dahla subsidi kne tarik/dikurangkan,ni nk nyusahkn rakyat ngan plan yg ntah hape2.mmg membazir betul kerajaan skang ni.bengang tol!aku tak paham nape msh ada rakyat yg undi depa ni.huh!

    lg 1,aku rasa ni msti nk kawal rakyat,taknak bg rakyat burukkn kerajaan.blah la!kalo kerajaan tu baik,bertanggungjawab,rakyat takkan kutuk macam2.ni bknnye rakyat kutuk ikut sedap,tp sebab kerajaan tu yg menyusahkan rakyat.nk sgt jd pemimpin,tp bila diberikan amanah,tak reti nk jaga amanah tu.bongok!

    BalasPadam
  4. memang ramai org oppose pulak

    BalasPadam
  5. aku meragui privasi dan keselamatan emel tersebut...


    hehehe..


    Entri terkini: Medtech General Meeting - MGM 2011

    BalasPadam
  6. mmg sgt xstuju..baik la guna wang tu utk baiki infrastruktur, naikkan gaji, tambah subsidi minyak, atau sbgainya yg lbih berfaedah.. smpai bila tampok najib akan berkekalan, andai kata diambil alih org lain khususnya pihak pmbangkang, dah tntu xkan digunakan..dh mmbazir...

    BalasPadam
  7. ada agenda tersembunyi, boleh kempen secara senyap... guna autoresponder...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...