Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 April 2011

Analisis kekalahan pas di sarawak.

Analisis neh aku petik dari awani minggu lepas. Aku malas tulis awal2 sebab busy arh. Analisis neh aku tulis semula dengan harapan semoga PAS amek note kata2 mereka dan sebagai persediaan awal untuk pru-13 kelak.

Nama pakar2 pemerhati politik yang mengulas kelemahan dan sebab2 kekalahan pas di sarawak neh aku lupa sapa mereka ttp yang btl2 mengulas dan mengolah kelemahan pas secara detail cuma ada sorang je. So ulasan dia lah yang aku petik dan tulis balik kat sini. Tapi aku tulis balik guna ayat aku. Isi dia lebih kurang tapi ayat dia lebih sopan dan tersusun.

1. Poster pas yang tak kreatif langsung.
kata pakar pemerhatian politik [peh neh aku tulis ppp je lah, shortform] pas langsung takde kreativiti sendiri dalam mencipta poster. Poster mereka hambar dan tiada pembaharuan. Nak tengok pun takde semangat. Apatah lagi nak undi. Berbanding poster2 dap. Calon2 mereka ditampilkan macam model dan slogan2 mereka memang menarik. " Ubah sekarang " , " enough is enough " dan pelbagai lagi lah.

2. Kempen pas hambar.

Petugas pas lebih banyak berkempen dan menolong kempen parti komponen yang lain daripada kempen mereka sendiri.Mereka macam lupa arah tujuan mereka bahawa mereka patut utamakan kempen untuk meraih sokongan buat pas bukan nya dap atau pkr. Mungkin pas hanya bertanding 5 kerusi tak banyak, so kerja2 kempen untuk pas kurang tp kalau dah tak berkempen utk parti sendiri tp sibuk berkempen untuk parti lain apa guna? last2 kalah sekali 5. Padan muka ko dan aku. amek kita.

3. Pas tiada isu konsisten.
Pas banyak membawa isu2 nasional dan isu2 yang dap bawa. Sbb nya pas tidak membuat research dan banyak bergantung harap kpd isu2 yg dap bawa ketika berkempen. Isu2 dap tak seharusnya sama dengan isu2 pas. dap bertanding di kawasan yg berbeza dan pas pula berbeza. jika kawasan aje dah berbeza macam mana pula isu boleh jadi sama?


4. Pas dilihat lemah dan longlai ketika berkempen.

kalau dibanding dengan pkr dan dap yang sentiasa update isu2 semasa berkempen di internet, pas pula berbeza. Mereka banyak update gak tapi cedok dari isu dap dan pkr. Adakah kenyataan pas masih baru di sana boleh di anggap sebagai satu alasan kukuh?  pas bukan baru di malaysia.

5. Kempen pas tidak menyeluruh.
pas gagal menerangkan kepada pengundi islam dan bukan islam apa itu pas dan perjuangan mereka. Undian kepada pas meningkat bkn kerana mereka menyokong pas ttp kerana mereka marahkan kerajaan bn. Dan pas juga gagal memadamkan persepsi bahawa mereka bukan parti ektremis agama. Harus pas ingat, di sarawak budaya dan tolenrasi sesama kaum mereka sangat tinggi. Bukan islam dan islam di sarawak hidup harmoni dan mereka saling menerima. Jika pas dilihat sbg ektremis, macam mana org islam dan bkn islam blh terima  kehadiran pas? Dan harus ingat, yang membuatkan pas kelihatan ektremis, bukan lah umno SAHAJA, DAP pun turut sama. [ini point aku]

6. PAS redha tapi bodoh sombong.
Pas redha dengan kekalahan mereka ttp tidak pula menerima kelemahan mereka. Mereka cakap mereka kalah tp jumlah undi yg berpihak kepada mereka kian meningkat. Heh. Apa punya jawapan neh? Kalah ialah kalah. Undi meningkat pun tak mengubah apa2. Result sama, iaitu kalah. Bukan kalah sikit tp kalah habis. Mereka tak perlu buat statement utk pujuk diri dan pujuk penyokong. Statement pujuk memujuk, bodek membodek, simpan dalam almari. Sekarang neh hakikatnya pas kalah dan pas memang bermasalah sbb kalah besar. Di saat dap dan pkr boleh meningkat dengan bergaya, pas pula jatuh tergolek. Kenapa? Sebab pas tidak pernah mahu berubah dan ambil pandangan org muda.  [point aku sendiri]

7. Pas takde pusat khidmat dan lambat memberikan bantuan di sarawak

Nampaknya ini sikap yang pada kebanyakkan org melayu. Harap pas blh ubah perkara neh. Bantuan yang dap berikan ekpress dan mereka dekat dengan masalah2 rakyat. Kalau hari neh rakyat mengadu, 2-3 hari dap jumpa dan proses masalah tersebut disamping selalu follow up case.  Mungkin kerana pas masih baru di sana. Memandangkan dah tahu ini antara punca2 pas ditolak, segeralah atasi kelemahan2 tersebut.

8. Pas tiada calon berkaliber.

pas meletakkan calon di saat2 akhir sbb mereka pun tak tahu nak letak calon apa. Itulah pasal tak buat research. Bukan lagi 2 minggu mengundi baru nak pergi buat research. Patutnya pas kena turun padang selalu di sarawak dn brgaul dengan masyarakat sarawak. Buatlah dari sekarang. Kenali dan terokailah calon2 yg berwibawa dari pas untuk dilatih agar mereka blh muncul sbg individu yg blh mengembangkan pas di sarawak.

Ameno : berubah atau rebah.

Share this

6 Responses to " Analisis kekalahan pas di sarawak. "

  1. wow serius kagum.. sememangnya PAs sendiri mugkin tak letak harapan yang besar nak menang.. kalaula menggunakan tokoh dalam PAs untuk turun padang ke sarawak lebih kerap,mungkin berbeza.. isu tempatan sangat penting..

    Email 1 Malaysia!!! penting untuk rakyat malaysia
    Jom anti PAS!!!??
    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    BalasPadam
  2. kalau pasal turun padang ke sarawak..rsnya PAS x mampu buat kerana x cukup dana..biasanya pakai wang sndiri..inila kekangan utama..maybe perlu cr sponsor,tp x ramai berani tampil utk sponsor..cuma ada ke pas cwgn di sana (yg terdiri dr kalangan rakyat sarawak)?? kalau belum ada, jadi benarlah pas kata baru bertapak.

    ulasan ppp ni aku rs mcm nak menguatkan alasan DAP lebih berkuasa dlm PR mcm yang paper2 dok ckp. Menakut2kan org Melayu & Islam utk undi PR.Walahualam.

    BalasPadam
  3. Kefahaman tentang Islam di sini amatlah merisaukan. Saya selaku guru di sini selama 6 tahun sangat bimbang dengan masyarakat Sarawak, terutama bagi yang Muslim (segelintir). Satu kes yang berlaku pada bulan lepas, seorang pelajar tingkatan 4, telah teruk dibelasah oleh bapanya dirumah kerana menghabiskan arak milik bapanya. Pergaulan sosial di sini tidak terkawal. Mabuk di sini dianggap nakal. Arak sangat mudah didapati. Ganja ada dalam sekitar 1km radius. Rata-rata TAHU halal haram, tapi ramai yang TIDAK FAHAM.

    Untuk menerima PAS, kesedaran Islam hendaklah ada, tak perlu mahir, tetapi fardhu ain kena kukuh. Salah satu kenapa BN tidak menitikberatkan Islam sebenar adalah sebab ini. Takut rakyat dapat berfikir berlandaskan iman, bukan akal. Allahualam

    BalasPadam
  4. Perlu berubah.
    Untuk dana selalu turun ke Serawak mungkin agak kurang sebab menggunakan dana sendiri dan bukannya menggunakan hak milik rakyat seperti helikopter kerajaan.Mungkin menambah pejabat kawasan dan aktifkan akan membantu,maklumat kawasan boleh dihantar ke PAS Pusat.
    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
    FARISZ@AZ.Com

    BalasPadam
  5. Kefahaman tentang Islam di sini amatlah merisaukan. Saya selaku guru di sini selama 6 tahun sangat bimbang dengan masyarakat Sarawak, terutama bagi yang Muslim (segelintir). Satu kes yang berlaku pada bulan lepas, seorang pelajar tingkatan 4, telah teruk dibelasah oleh bapanya dirumah kerana menghabiskan arak milik bapanya. Pergaulan sosial di sini tidak terkawal. Mabuk di sini dianggap nakal. Arak sangat mudah didapati. Ganja ada dalam sekitar 1km radius. Rata-rata TAHU halal haram, tapi ramai yang TIDAK FAHAM.

    Untuk menerima PAS, kesedaran Islam hendaklah ada, tak perlu mahir, tetapi fardhu ain kena kukuh. Salah satu kenapa BN tidak menitikberatkan Islam sebenar adalah sebab ini. Takut rakyat dapat berfikir berlandaskan iman, bukan akal. Allahualam

    BalasPadam
  6. wow serius kagum.. sememangnya PAs sendiri mugkin tak letak harapan yang besar nak menang.. kalaula menggunakan tokoh dalam PAs untuk turun padang ke sarawak lebih kerap,mungkin berbeza.. isu tempatan sangat penting..

    Email 1 Malaysia!!! penting untuk rakyat malaysia
    Jom anti PAS!!!??
    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...