Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label pusat zakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pusat zakat. Papar semua catatan

Rabu, 22 Ogos 2012

Isu zakat - Pendita Alam buat report kat pejabat agama.

Pfttttt..

Kelakar aku tengok pakcik neh.

Adoiiiii...


Luahan pakcik di dalam gambar tersebut ;


Di Pejabat Agama Islam membuat laporan mengenai isu yang saya keluarkan berkaitan resit pembayaran diatas nama Parti Islam Semalaysia yang dikeluarkan oleh amil semasa saya membuat pembayaran fitrah pada pagi raya didalam sebuah masjid. Nanti ada yang mengatakan yang saya hanya buat2 cerita dan diupah orang sedangkan ianya adalah satu kenyataan yang saya hadapi sendiri. Saya hanya datang ker Pejabat Agama seorang diri dan tidak ditemani oleh mana-mana parti atau pihak2 tertentu. Dan pejabat agama terkejut diatas laporan yang saya kemukakan kepada mereka dan tindakan akan diambil dengan segera diatas perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak berkenaan. Laporan ini juga akan sampai ke pihak atasan kerajaan dan juga media cetak. Dan saya mendapat maklumat bahawa banyak tempat di seluruh negeri dimana orang ramai menerima nasib yang sama seperti saya cumer mereka tidak berani untuk membawa perkara ini ke tengah dan membuat laoran kepada pihak yang berwajib. Negara kita mempunyai Rukun Negara yang harus di taati oleh semua rakyat tak kira sesiapa pun. Dan segala masaalah agama dan juga masaalah negara telah di tentukan oleh Allah kepada Semua Sultan dan juga Yang Di Pertuan Agung Malaysia.

SUMBER : SINI

kah kah kah

Mental aku masih normal selepas baca luahan pakcik neh. Tapi jangan rapat2 der. Kang risau gak aku dari normal bertukar jadi tak normal. Harrruuuu

Aku cukup2 tak percaya bila pakcik neh merapu dua benda ;

1. Bab ramai orang bagi maklumat mengenai insiden yang sama seperti pakcik neh cuma tak berani bawa ke tengah. Apa pakcik neh nak cakap dia yang paling berani dan yang lain pengecut ke? 

2. Toksah nak perasan bagus larh pakcik. Dorang seme tak heran bayar zakat kat sesiapa pun yang penting sampai ke asnafnya. Dan apa bukti yang ramai orang mengadu kat pakcik? Bak mai tunjuk bukti la kata suka share bukti kan? Ekekeke..

3. Segala masalah agama ditentukan oleh Allah swt kepada Sultan dan YDP Agung? Ekekeke.. Allah swt yang tentukan? Kalau di negara yang takde agung dan sultan apa citer? Tak payah sembang bab negara, negeri di malaysia pun ada yang takde sultan so apa citer? Ekekeke.. Macam mana larh Allah swt tentukan tue.. aku agak confuse memikirkannya.. 

Apa pun isu asal rujuk sini dulu der. Neh susulan dari posting pertama mengenai isu zakat. Zakat boleh bayar kepada sesiapa yang kita inginkan. Tak semestinya pada kerajaan negeri. Kerajaan negeri or pusat cuma tempat pengumpulan zakat.

Kalau2 kita kenal dan tahu ada orang susah depan mata, so kita direct lah bantu. Toksah lah labur duit kita ke kerajaan negeri or pusat. Payah dan menyusahkan duit tue sendiri. Betul. Duit itu sendiri pun seronok dapat kat asnaf yang sepatutnya. Bukan dok dalam bank.

Proses ikut kepala hotak aku.

1. Duit zakat bayar ke amil or kaunter zakat bergerak.

2. Dari amil naik ke kerajaan negeri.

3. Dari kerajaan negeri simpan ke bank. Buat audit.

4. Then si pemalas2 [bukan seme] tunggu orang susah datang pejabat. Orang2 susah neh pula kena lalui pelbagai karenah biokrasi. Sebab tue ramai cenderung taknak p minta bantuan.

5. Then si pemalas2 [bukan seme] proses permohonan dan bawa kes kepada zakat negeri.

6. Zakat negeri plak proses permohonan.

7. Lepas tue nak tunggu lulus makan masa. Kalau tak lulus dah menyusahkan si pemohon2.

8. Lepas tue bagitau seme pihak yang terlibat.

9. Then urusan pemindahan wang. Masa lagi. Tunggu lagi.

10. Lepas tue baru lah selamat tiba ke si pemohon2 zakat.

Nampak tak berapa banyak tangga yang pemohon2 zakat neh kena lalui? Nampak tak kesusahan orang yang dah sedia susah? Wajar kah kita menyusahkan dorang lagi? Or memudahkan perjalanan mereka? Kalau kita mahu kita boleh direct bantu mereka or bayar terus pada pas sebab pas terus direct bayar pada orang susah.

Ada orang tanya aku. Apa bukti yang pas bayar zakat pada orang susah? Well aku tak berani cakap tempat lain sebab aku tak nampak. Tapi tempat aku, aku berani jamin. Leher aku korang boleh kerat kalau pas kat tempat aku menyonglap duit zakat. Nampak tak betapa yakin nya aku yang pas memang hulur duit zakat terus kepada orang miskin?

Bahkan pemuda2 pas siap merunggut lagi yang zakat tahun neh sikit. Bagi satu keluarga rm250 consider sikit. Kalau bien yang bagi rm250 dorang confirm pongpang2 masuk tv, buat iklan, hebahkan dan cakap ia banyak. Itu kalau bien bagi rm250. Tapi normalnya rm30 jek. Paling tinggi rm50. Tue larh standard bien.

Dan takde haram nya kalau bayar zakat sendiri terus pada asnafnya. Lembaga zakat dan blablabla tue cuma memudahkan urusan kita yang PEMALAS. Sapa2 yang MALAS nak MAMPOS cari orang susah boleh larh bayar terus kepada lembaga zakat. 

Tapi sebagai orang islam, jangan amalkan sikap malas bermalas malasan. Kalau ini zaman khalifah, nak bermalas malasan takpe. Takde hal. Confirm semalas malas ko, zakat tue tetap akan p kat orang susah. 

Tapi ini zaman bien. Ini zaman songlap. Zaman seleweng. Sikap malas ko menyebabkan orang susah tak terbela. Bukan bien jek kena kat akhirat nanti tapi dengan ko2 sekali kena. Duduk diam tak mengubah apa2 perkara pun.

Bila pengetahuan sudah sampai kepada ko, bila ko sendiri dah tahu betapa ramainya orang susah tak terbela disebabkan karenah biokrasi dan songlap, tapi ko tak amek port untuk ubah, ko juga tetap akan kena. Sebab?

SUBAHAT.

Jangan pandai pongpang2 kenapa zakat tak bantu orang miskin kalau diri sendiri bila time bayar zakat, bayar pada orang yang salah. Kita tahu mana nak cari orang miskin so kepada mereka lah kita hulur.

Jangan pula lepas neh keluar fatwa bayar zakat sendiri2 HARAM. Bayar kat pemerintah WAJIB.

kah kah kah

Jumaat, 4 November 2011

Buku : Bukti PAS bukan Parti Islam.


Heh. 

Tolonglarh. Buku macam neh pun ada ka? Oii jamilkhir, ko takde kerja yang lebih penting yang perlu dijaga ka? Contohnya miss bapok 2011 ka ataupun isu pendna-an babi di dalam product2 makanan ka ataupun isu2 permasalahan akidah umat islam ka? Bukan kah itu lebih mucho2 penting berbanding buku propaganda mengarut kat atas neh?

Weh.. 

korang tahu tak benda neh dah dibeli beb? Bukan takat sebut harga jek.



Maksudnya jamil betul2 beli buku neh. Aku tak faham kenapa dia beli. Apa bidang tugas dia sebenarnya? Dia sepatutnya menjaga umat islam. Dia sepatutnya menjaga kepentingan umat islam. Itu sebab dia jadi menteri agama. Tapi menteri agama apa yang mengutuk parti islam dan menjalankan kempen untuk memburuk2kan parti islam? Betul ka dia neh menteri islam? Aku dah start was2 neh. Siyes. Lagi satu depa cakap dia beli guna wang zakat. Berdasarkan dokumen di bawah neh ;


Betul ka?

Yayasan taqwa tue jaga zakat kita ka? Sapa leh explain? Kalau betul aku nak maki dia. Pasal dia cari pasal. Dulu dia cakap orang islam jangan boros, tamak dan suka meminta. Atas isu orang islam yang murtad dan raih bantuan dari kristian.

Neh dia minta duit orang beli buku mengarut takpe plak? Lebih2 lagi buku tue tiada kaitan dengan islam. Ia lebih kepada politik kepartian. Lainlah kalau beli buku pasal solat tertib ka. puasa ka apa ka. Neh tidak. Buku pasal kutuk pas dibelinya? Buang masa betul larh. 

Tugas dia terlalu senang gamaknya. Aku lebih layak pegang jawatan ko tue jamil khir. Aku lebih layak. Disebabkan aku lebih layak larh aku tak dapat pegang jawatan tue. Umat akhir zaman akan dipimpin oleh pemimpin zalim. Sebelum tiba zaman kebangkitan. Now you see, aku bukan pemimpin sebab aku bukan zalim. Heh.

Dokumen lengkap disini.

Ameno : Menteri agama jangan suka merapu boleh tak?

Rabu, 7 September 2011

Pusat zakat semalam mengutip, hari neh menderma, esok tidur.

Pusat zakat hari itu ;


Pusat zakat hari neh ;



Pusat zakat hari marah ;



Pusat zakat hari seronok ;



Baca sini pusat zakat, baca dan faham bebaik ;

1. Sasaran kutip zakat disiarkan, sasaran bantuan ada ko peduli?

2. Dua hari ko bantu orang berjuta2 siap masuk paper, hari2 lain berapa juta pula ko bantu agaknya? Aneh.. tak keluar paper pula? Makin bertambah atau makin berkurang atau makin tak buat kerja?

3. Umat islam memang ada yang tamak, ada yang malas, tapi siapa jamin yang mengeluarkan kata2 neh tidak tamak? Dan benar2 melakukan kerja sebagaimana yang di amanahkan?

4. Membina bangunan guna wang dari siapa? Dari mana dana neh datang? Boleh kemuka kan dari mana dapat dana ? Kalau dana zakat, sewa pula bangunan, hasil sewa bagi pada siapa pula?

Jangan ingat label pusat zakat didepan boleh membuatkan rakyat tidak memandang akaun / duit keluar masuk dalam operasi korang. Kini masa untuk kami mengetahui bagaimana operasi korang berjalan. Dedahkan seme hasil punggutan dan dedahkan seberapa banyak rakyat yang korang telah dan sedang bantu. Akaun pusat zakat wajib didedahkan untuk diteliti oleh rakyat.

Lihat video di bawah neh ;

 

Jamil khir kata sekolah agama, masjid dan surau dibina menggunakan wang zakat. Dah kalau gitu napa ada pelajar2 islam yang tercicir dari sekolah agama atas nama yuran? Seme faham bahawa operasi sekolah agama memang memerlukan dana untuk bergerak tapi dah ko buat guna wang zakat, sudah pasti ko mampu sekurang2nya memastikan semua orang islam berhak bersekolah agama bukan? Dan yang tak mampu tue sudah tentu ko ada jalan untuk memampukan mereka bukan?

Dan lagi satu, memandangkan surau dan masjid dibina menggunakan wang zakat, boleh tak kalau ko soh kerajaan ko jangan pongpang pasal kebaikan umno berhubung isu pembinaan masjid.. ? Sebab ko baru sahaja bagitau tadi bahawa masjid dibina menggunakan wang zakat aku dan orang islam seme... yakni ia sepatutnya milik rakyat dan berhak pula aku nak keluar masuk masjid tanpa perlu berterima kasih pada umno, kan?

Pusat zakat, aku anti ko nombor satu kalau ko nak tahu. Aku bukan anti pasal ko pusat zakat, tapi aku anti ko pasal ko curi zakat. Clear tak? Heh.

Ameno : Bayar bonus kakitangan guna zakat yer? Mulut orang bukan macam mulut tempayan.. tak boleh tutup sampai bebila weh.. hahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...