Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Ogos 2012

Isu zakat - Pendita Alam buat report kat pejabat agama.

Pfttttt..

Kelakar aku tengok pakcik neh.

Adoiiiii...


Luahan pakcik di dalam gambar tersebut ;


Di Pejabat Agama Islam membuat laporan mengenai isu yang saya keluarkan berkaitan resit pembayaran diatas nama Parti Islam Semalaysia yang dikeluarkan oleh amil semasa saya membuat pembayaran fitrah pada pagi raya didalam sebuah masjid. Nanti ada yang mengatakan yang saya hanya buat2 cerita dan diupah orang sedangkan ianya adalah satu kenyataan yang saya hadapi sendiri. Saya hanya datang ker Pejabat Agama seorang diri dan tidak ditemani oleh mana-mana parti atau pihak2 tertentu. Dan pejabat agama terkejut diatas laporan yang saya kemukakan kepada mereka dan tindakan akan diambil dengan segera diatas perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak berkenaan. Laporan ini juga akan sampai ke pihak atasan kerajaan dan juga media cetak. Dan saya mendapat maklumat bahawa banyak tempat di seluruh negeri dimana orang ramai menerima nasib yang sama seperti saya cumer mereka tidak berani untuk membawa perkara ini ke tengah dan membuat laoran kepada pihak yang berwajib. Negara kita mempunyai Rukun Negara yang harus di taati oleh semua rakyat tak kira sesiapa pun. Dan segala masaalah agama dan juga masaalah negara telah di tentukan oleh Allah kepada Semua Sultan dan juga Yang Di Pertuan Agung Malaysia.

SUMBER : SINI

kah kah kah

Mental aku masih normal selepas baca luahan pakcik neh. Tapi jangan rapat2 der. Kang risau gak aku dari normal bertukar jadi tak normal. Harrruuuu

Aku cukup2 tak percaya bila pakcik neh merapu dua benda ;

1. Bab ramai orang bagi maklumat mengenai insiden yang sama seperti pakcik neh cuma tak berani bawa ke tengah. Apa pakcik neh nak cakap dia yang paling berani dan yang lain pengecut ke? 

2. Toksah nak perasan bagus larh pakcik. Dorang seme tak heran bayar zakat kat sesiapa pun yang penting sampai ke asnafnya. Dan apa bukti yang ramai orang mengadu kat pakcik? Bak mai tunjuk bukti la kata suka share bukti kan? Ekekeke..

3. Segala masalah agama ditentukan oleh Allah swt kepada Sultan dan YDP Agung? Ekekeke.. Allah swt yang tentukan? Kalau di negara yang takde agung dan sultan apa citer? Tak payah sembang bab negara, negeri di malaysia pun ada yang takde sultan so apa citer? Ekekeke.. Macam mana larh Allah swt tentukan tue.. aku agak confuse memikirkannya.. 

Apa pun isu asal rujuk sini dulu der. Neh susulan dari posting pertama mengenai isu zakat. Zakat boleh bayar kepada sesiapa yang kita inginkan. Tak semestinya pada kerajaan negeri. Kerajaan negeri or pusat cuma tempat pengumpulan zakat.

Kalau2 kita kenal dan tahu ada orang susah depan mata, so kita direct lah bantu. Toksah lah labur duit kita ke kerajaan negeri or pusat. Payah dan menyusahkan duit tue sendiri. Betul. Duit itu sendiri pun seronok dapat kat asnaf yang sepatutnya. Bukan dok dalam bank.

Proses ikut kepala hotak aku.

1. Duit zakat bayar ke amil or kaunter zakat bergerak.

2. Dari amil naik ke kerajaan negeri.

3. Dari kerajaan negeri simpan ke bank. Buat audit.

4. Then si pemalas2 [bukan seme] tunggu orang susah datang pejabat. Orang2 susah neh pula kena lalui pelbagai karenah biokrasi. Sebab tue ramai cenderung taknak p minta bantuan.

5. Then si pemalas2 [bukan seme] proses permohonan dan bawa kes kepada zakat negeri.

6. Zakat negeri plak proses permohonan.

7. Lepas tue nak tunggu lulus makan masa. Kalau tak lulus dah menyusahkan si pemohon2.

8. Lepas tue bagitau seme pihak yang terlibat.

9. Then urusan pemindahan wang. Masa lagi. Tunggu lagi.

10. Lepas tue baru lah selamat tiba ke si pemohon2 zakat.

Nampak tak berapa banyak tangga yang pemohon2 zakat neh kena lalui? Nampak tak kesusahan orang yang dah sedia susah? Wajar kah kita menyusahkan dorang lagi? Or memudahkan perjalanan mereka? Kalau kita mahu kita boleh direct bantu mereka or bayar terus pada pas sebab pas terus direct bayar pada orang susah.

Ada orang tanya aku. Apa bukti yang pas bayar zakat pada orang susah? Well aku tak berani cakap tempat lain sebab aku tak nampak. Tapi tempat aku, aku berani jamin. Leher aku korang boleh kerat kalau pas kat tempat aku menyonglap duit zakat. Nampak tak betapa yakin nya aku yang pas memang hulur duit zakat terus kepada orang miskin?

Bahkan pemuda2 pas siap merunggut lagi yang zakat tahun neh sikit. Bagi satu keluarga rm250 consider sikit. Kalau bien yang bagi rm250 dorang confirm pongpang2 masuk tv, buat iklan, hebahkan dan cakap ia banyak. Itu kalau bien bagi rm250. Tapi normalnya rm30 jek. Paling tinggi rm50. Tue larh standard bien.

Dan takde haram nya kalau bayar zakat sendiri terus pada asnafnya. Lembaga zakat dan blablabla tue cuma memudahkan urusan kita yang PEMALAS. Sapa2 yang MALAS nak MAMPOS cari orang susah boleh larh bayar terus kepada lembaga zakat. 

Tapi sebagai orang islam, jangan amalkan sikap malas bermalas malasan. Kalau ini zaman khalifah, nak bermalas malasan takpe. Takde hal. Confirm semalas malas ko, zakat tue tetap akan p kat orang susah. 

Tapi ini zaman bien. Ini zaman songlap. Zaman seleweng. Sikap malas ko menyebabkan orang susah tak terbela. Bukan bien jek kena kat akhirat nanti tapi dengan ko2 sekali kena. Duduk diam tak mengubah apa2 perkara pun.

Bila pengetahuan sudah sampai kepada ko, bila ko sendiri dah tahu betapa ramainya orang susah tak terbela disebabkan karenah biokrasi dan songlap, tapi ko tak amek port untuk ubah, ko juga tetap akan kena. Sebab?

SUBAHAT.

Jangan pandai pongpang2 kenapa zakat tak bantu orang miskin kalau diri sendiri bila time bayar zakat, bayar pada orang yang salah. Kita tahu mana nak cari orang miskin so kepada mereka lah kita hulur.

Jangan pula lepas neh keluar fatwa bayar zakat sendiri2 HARAM. Bayar kat pemerintah WAJIB.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...