Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label hubungan dengan israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hubungan dengan israel. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2012

Betul ke Syarikat Perkapalan ZIM tue Israel yang punya?

Dorang cakap ZIM tue company yang berpengkalan di CHINA. Seriyus. Aku nampak ada orang bagi hujah2 tersebut bagi membuktikan betapa takdenya langsung kaitan malaysia dan israel. Yang sebenarnya ZIM tue hanya sebahagian kecil jek hubungan antara malaysia - israel beb. Ia bukanlah merangkumi keseluruhan hubungan yang dah terjalin.

Kalau nak di ikutkan sebenarnya kita ada banyak hubungan2 lain dengan israel. Cuma antara sedar dengan tidak sedar jek. Matlamat posting neh bukan nak mencari kesalahan kerajaan sampai terlupakan kesalahan diri sendiri. Sebaliknya nak menjelaskan betapa hipokritnya perangai sesetengah orang dalam mengulas isu anwar ibrahim - israel.

Kalau kita sendiri pun ada bekerjasama dengan israel maka janganlah congceng pasal orang lain. Tue jek isu asalnya. Bukan aku nak bekap dsai pun. Tapi itu tak bermakna pula kerajaan di posisi yang betul. 

At least dsai dah ubah statement asal. Yang kerajaan, ada ubah apa2 tak? Takde pula. Dorang semakin menambahbaik lagi hubungan mereka dengan israel apa. Tue yang aku heran sebab dalam pada dok pongpang mengecam orang lain dia sendiri terlupa dia lebih teruk dari orang yang dia kecam tue.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;




Lihat websitenya disini

Nampak? Kita sekarang neh berada di posisi yang tak layak nak kecam mana2 negara, mana2 pengikut or mana2 penganut sekalipun sebab apa? Sebab kita sendiri pun dah di anggap bersubahat dalam membentuk israel sebagai sebuah negara.

Jadi orang belajarlah sedar diri. Telek dulu kelemahan diri sendiri dan perbaiki la ia agar tidak berulang lagi. Komen2 seperti menyalahkan dsai, dap, pr, kafir harbi, iran, syiah, freemason dan lain2 perkara bahlol yang selalu dibuat oleh muslim adalah sesuatu yang perlu dijauhi.

Kita tak berada di posisi yang betul dalam menterjemahkan konsep kita untuk menentang israel dan membela palestine. Posisi yang kita duduk neh sebenarnya posisi yang salah. Untuk membetulkan posisi neh kita kena ubah diri kita agar kita dapat berfikir dengan betul untuk memilih pemimpin yang betul. 

Once pemimpin yang betul telah kita pilih, kita dan dia akan sama2 mengubah apa yang telah merasuk sistem pentadbiran negara kita. Syarat pertama untuk mengubah perkara2 macam neh supaya kita dilihat benar2 konsisten menentang kezaliman. Tue jek.

BTW, aku tak percaya pun kalau PR amek alih, ZIM neh akan dihalang terus daripada memasuki Malaysia cuma untuk menuju ke arah itu ia perlukan proses yang berterusan. Yang neh insya-Allah PAS boleh merealitikan ia. Itupun jika PR diberikan mandat untuk mentadbir. Selagi ia kekal berada di tangan bien, ia kekal angan2. At least PAS ada harapan dan usaha untuk mengubah seme neh. 

Ameno : Memang ada bisnesman2 yang cuak dengan pr.. lebih2 lagi yang buat kerja haram dan jahat.. neh seme soal periuk nasi beb.. pasal ada org2 dalam bien yang boleh jaga kepentingan depa..

Khamis, 9 Februari 2012

Surat yang DSAI hantar ke Israel.



Gila arh.

Ini betul2 kerja gila. Tolong lah lagi jangan buat kerja macam neh. Tak baik untuk aku, ko dan kita seme. Memang tak baik langsung. Effect positif confirm takde. Yang ada effect negatif je. So adalah amat bagus untuk kita berhenti melakukan hal seperti neh serta merta.  

Kat atas neh ada satu surat. Surat neh kembali tersebar selepas beberapa tempoh. Aku taktahu berapa lama dah surat kat atas neh tersebar tapi satu perkara yang pasti ialah surat atas neh disahkan palsu oleh mahathir sendiri. Rujuk sini.

Surat neh ialah surat mahathir kepada israel. Yang neh mahathir dah cakap palsu. Bersangka baik dengan menganggap bahawa penafian dia itu adalah benar. Oleh kerana surat neh palsu dan ada beberapa individu boleh sahkan ia adalah super impose maka adalah sangat baik untuk kita berhenti memainkan surat di atas neh sebagai hujah bahawa mahathir dan umno ada hubungan dengan israel.

Kita seme tahu bahawa sememangnya malaysia ada hubungan dengan israel. Walaupun kita tak pasti seakrab  mana hubungan tersebut. Cuma kita kena tembak guna hujah dan bukti yang betul. Kita tak perlu bersusah payah untuk itu. 

Bukti sebenarnya memang ada. Tinggal lagi untuk kita mencari jek. Antara nak dengan taknak jek beb. Mohon rakan2 seme sebarkan bahawa surat terbabit adalah palsu. Kita nak melawan fitnah bukan dengan cara menfitnah. Bai.

Ameno : Sapa lah yang buat surat macam neh ek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...