Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label hishammuddin hussein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hishammuddin hussein. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mac 2012

Hishamuddin baru bangun tidur.


Ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
    
Beliau berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan.

"Tetapi jika tidak dimaklumkan dan sesuatu berlaku, ini tidak boleh salahkan pihak polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
    
Mengenai kejadian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, Hishammuddin berkata sekiranya polis dimaklumkan terlebih dahulu kehadiran Wee di perhimpunan itu, beliau yakin kejadian itu dapat dielakkan. -MKINI-

Baru bangun lebih baik daripada tidak bangun2 langsung. Walaupun bangun disebabkan pemimpin bien kena serang tapi okey juga sebab akhirnya dia terpaksa bangun. Walaupun hishamuddin agak lambat nak melindungi pemimpin pembangkang tetapi itu lebih baik daripada dia takmo melindungi langsung. 

Apa yang berlaku terhadap pegawai dsai, nurul izzah, yb2 pr yang di ugut melalui peluru dan sms dan risalah, adalah tindakan ganas penyokong kerajaan dan sememangnya wajar dilindungi keselamatan pemimpin2 pr.

Dan aku mohon agar hishamuddin panjangkan jaminan keselamatan terhadap kedua2 belah penyokong pr dan bien pula. Aku tak kata penyokong2 bien akan dibelasah oleh penyokong2 pr tapi bertindak adil pun takde masalah. Kang depa kata aku bias pula minta lindungi keselamatan pr je pun susah juga. Perlunya jaminan keselamatan dari polis bila berpolitik di malaysia neh sebab apa? Sebab penyokong bien suka main kasar, samseng dan ganas. Siyes. Bukan tuduhan tapi kita tengok sejarah lampau. Kita belajar dari sejarah beb.

Depa suka tikam belakang, pukul curi, lepas bantai cabut dan lari. Ini satu ancaman kepada penyokong2 pr sebenarnya sebab kita suka berdebat dan berhujah depan2, tapi kalau tiba2 penyokong bien tah datang dari mana dok pukul curi pun bahaya juga pada keselamatan kita kan? Sapa nak mati sebab berpolitik? Aku takmo. Hope hishammuddin buat jaminan macam neh. Jaminan semua pemain2 politik akan dilindungi tanpa kira politik.

Ameno : Politik samseng ada di mana2.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Polis kenalpasti syarikat kurier hantar peluru hidup - lawak bangang PDRM.


Pagi2 buat aku bengang. Rasa nak maki tapi baik sabar dulu. Awalnya isu neh memang tak menarik jiwa aku. Bukan mao tuduh beb. Tapi aku tak percaya ada orang hantar peluru hidup kat hishamuddin. Sungguh, seriyus, yakin dan pasti amat aku bahawa neh hanya lah perkara bangang yang dibuat untuk meraih simpati.

Dan aku pula cakap 

jangan harap

pergi mampos

toksah mimpi

Aku nak simpati

kah kah kah

Aku bengang pasal polis seolah-olah cuba membangangkan rakyat malaysia. Dari semalam lagi aku dah nampak berita neh. Aku siap mengumpat2 lagi dalam ahti. Bodoh bangang siak. Dan aku tak baca pown berita pasal neh. Pasal aku tahu nak menyiasat kurier mana yang pos peluru hidup neh tak memerlukan kepakaran pihak polis pun. Apa yang diperlukan ialah kepakaran membaca dan mengamati logo syarikat.

Sebelum polis pongpang pasal dah mengenalpasti kurier mana yang pos benda alah tue aku percaya hishamuddin sewajibnya dah tahu syarikat apa yang pos benda alah tue. Sampul aka sarung yang membalut peluru hidup itu sepatutnya tercatat nama syarikat. 

Kalau pun tiada sampul, ia sekurangnya2 ada slip yang terlekat kuat atas kotak. Ini wajib. Tak percaya korang pergi siasat sendiri kat semua kurier di malaysia. Kalau penghantaran surat pula ada yang tiada slip tapi ia selalu nya di langgan oleh syarikat yang memang berlanggan dengan syarikat kurier tertentu. Pendek kata memang ada akaun kurier yang mana every month baru bayar payment.

Aku terlibat dalam kerja2 perkeranian dulu so aku tahu serba sedikit pasal benda neh. By the way tanpa melibatkat pengalaman aku neh pun honestly semua orang sedar akan hal neh pasal benda neh dah jadi macam public knowledge. Memang wajib setiap syarikat kurier letak logo syarikat or nama syarikat atas slip ataupun sampul mereka.

So macam mana isu macam neh pun polis beria2 bangga pongpang dalam media? Aku tak faham mentaliti polis malaysia. Aku bukan polis tapi aku lebih bijak dari polis. Hakikat. Dan tadi aku nampak pula rakan blogger semut dan papan kekunci punya tajuk entry pasal isu neh. Bengang gak aku masa tue. Apsal plak dia boleh tulis pasal isu bodoh neh. Lepas aku baca baru aku faham..

kah kah kah

Otak dia sama macam otak aku rupanya.. tak hairan lah kenapa kami sokong pakatan rakyat..

Isu neh mudah jer. Bagi aku cukup mudah.

1. Setiap barang yang post ada no khas

2. No khas ialah identiti barang tersebut.

3. Perlu identiti khas bagi mengesa

4. Harus di ingat polis malaysia sebut kurier.

5. Dia tak sebut pos biasa.

6. Setiap kurier memang wajib ada no khas.

7. Berdasarkan no khas neh dia leh detect lokasi pengepost.

8. Dan tak semua rakyat malaysia boleh memiliki peluru hidup.

9. Orang yang boleh memiliki peluru hidup mesti lah boleh akses kepada benda tue.

10. Setiap peluru hidup yang di buat pun ada identiti tersendiri.

11. Sesetengah syarikat yang membuat peluru hidup dihadirkan dengan no khas yang dicetak atas peluru dengan warna peluru itu sendiri.

12. Ini memudahkan mengesan dari mana peluru itu datang. Peluru hidup juga boleh dikesan dari segi usia. Model lama or model baru seme boleh detect. Macam2 boleh siasat berdasarkan peluru hidup sahaja.

13. Jenis peluru hidup boleh menentukan jenis senapang yang digunakan.

14. Mengenalpasti jenis senapang akan mengecilkan skop sasaran yang dicari.

15. Contohnya kalau peluru hidup yang di pos, datang dari kegunaan pistol polis biasa, maka sudah tentu lah orang yang pos benda neh ada kaitan dengan polis. 

16. Mengenalpasti no kurier pula boleh mengesan daripada pengepost neh post peluru hidup dan sudah tentu lah boleh rujuk cctv. Biasa nya kaunter hadapan memang ada cctv. Tapi ada juga syarikat yang tidak meletakkan cctv.

17. Sudah semestinya identiti pengpost peluru hidup neh adalah unik. Kalau dna dia tidak ditemui di atas sampul itu, sudah pasti dia pakai sarung tangan. Bukan kah penjaga kaunter akan mudah mengesave perbezaan dan keunikkan seperti neh dalam akal mereka? Sudah tentu mereka akan perasan dan pelik apsal pengepost neh pakai sarung tangan. Ini akan mengecilkan skop sasaran samada laki or perempuan, tinggi or kurus, hitam or putih, jenis bangsa dan etc.

18. Dan kalau pun dna dia tidak ditemui atas sampul [jika guna sampul sendiri, slip pos], sudah tentu ada dna orang lain kan? Dna orang yang jual sampul? Boleh amek cop jari dia. Kalau makmal forensik polis lengkap larh kan. 

19. Selain itu dna persekitaran juga memainkan peranan. Contohnya kalau ada banyak dna nenas atas sampul tue, sudah tentu lokasi pengepost berhampiran tempat nenas-nenasan ataupun sekurang2nya sampul itu pernah berada di tempat nenas-nenasan.

Pendek kata nak menyiasat seme benda neh semudah ABC.  Yang penting samada orang yang siasat perkara neh ada akal ke ataupun takde akal. Tapi aku rasa dorang takde akal. Pasal  apa, benda yang semudah seperti mengesan kurier neh pun boleh masuk paper. Sedangkan tiada kepakaran siasatan khas yang diperlukan untuk detect benda neh. Umur umur 3 tahun pun boleh detect. Heh.

Ameno : Tak boleh pakai punya polis. Lantik aku je jadi polis. Arh sudah. Seme aku nak jadi. Polis larh, peguam larh, menteri agama larh, pekerja zakat larh.. kah3x

Rabu, 29 Jun 2011

Fatwa baru : Tshirt bersih kini HARAM! - Hishamuddin


Menurut fatwa baru yang diluluskan oleh kerajaan malaysia yang diketuai oleh hishammudin hussein telah mengesahkan seperti berikut ;


T-shirt bersih ialah product haram di sisi malaysia. Mana-mana individu yang didapati memakai, menjual, mempromosikan ia akan dikenakan oleh tindakan pihak polis serta merta. Punca-punca pengharaman tshirt bersih ini ialah disebabkan ianya tiada babik, tiada rasuah, tiada penyelewengan, tiada kotoran, tiada penipuan, tiada manipulasi, tiada bodek, tiada perkara-perkara yang jahat lagi membullshitkan. Maka dengan itu fatwa semalaysia menguatkuasakan larangan serta merta bahawa tshirt bersih disahkan haram dan rakyat malaysia dilarang memakai product. Barangsiapa yang memakai nya akan didakwa dan dipenjarakan berdasarkan kepada akta undang2 negara. Sekian.

kah kah kah

Hishamuddin wa memang tabik sama lue whoooooorr... lue memang hebat. Hanya orang hebat je boleh mengharamkan sesuatu. 

kah kah kah

Sumber dari sini

Conclusion mudah : bersih haram = perhimpunan tiada permit = pakai baju + kasut + bas + poster + apa2 barangan kaitan bersih ialah haram = boleh ditangkap oleh pihak polis.

Patriot + perkasa = berhimpun tiada permit + tiada tindakan dan amaran oleh mana2 pihak kepada mereka + tiada tangkapan ketika memakai baju promosikan himpunan perkasa dan patriot + kerajaan +  perkasa + polis = satu geng yang akan membunuh, menindas, membantai, menyusahkan, menghapuskan, mendera, membuli ====> rakyat = himpunan bersih 2.0

Ameno : terdesak dah

Ahad, 12 Jun 2011

Hishammudin hussein bergambar bersama ah long dan bookie.


Sabar dulu. Tak payah nak sangka yang bukan-bukan. Aku tak buat entry neh untuk tuduh segala bagai. So jangan nak salah faham yer penyokong umno totok. Baca dan fahami dulu hujah aku sebelum nak attack aku melulu beb.

Sementara tengah layan csi neh saja2 lah aku nak serapkan skill menelaah dan menganalisa dalam penulisan aku hari neh..

kah kah kah

Gambar neh aku dapat dari sini. Sapa facebooker's neh? Sorry aku pun tak kenal dia sapa. Dia cuma upload satu gambar je. Dari pemerhatian aku, aku dapati dia tak aktif. Mungkin buat facebook semata-mata nak sebarkan gambar neh je kot? Kalau ikut tarikh upload, dia uploaded gambar tue pada bulan april 2011. Sekarang dah masuk awal june 2011 beb. Almost dua bulan tue. Dan aku pula baru tahu malam neh.

Okey berbalik pada cerita asal kita. Menerusi facebooker's tue gambar neh ialah gambar hishammudin bersama anak kepada ah long dan bookie. Aku bab2 bookie neh kurang faham. Tetapi dia tak pasti samada benar ataupun tidak hishammudin yang berada dalam gambar terbabit. Lebih kurang macam meninggalkan satu persoalan lah buat kita.

Dan aku pula takmo tuduh2. Pasal takde bukti ma. Boleh jadi dalam gambar terbabit bukanlah geng2 ahlong dan bookie. Boleh jadi ya.. tapi hishammudin taktahu. Sekadar bergambar je kan. So sapa2 leh bergambar bhai. Takanlah ko nak selidik segala bagai sapa2 yang nak bergambar dengan ko padahal ko tue seorang menteri.. ye tak?

Kesimpulan nya aku cuma nak sharekan je pic neh dengan korang. Kot2 korang kenal dan tahu ke hal yang sebenarnya.. yang penting aku tak tuduh hishammudin ada link dengan kongsi gelap. Jangan saman aku sudey..

kah kah kah

Ameno   : sambung CSI balik..

Isnin, 6 Jun 2011

Bila media australia dedahkan skandal rasuah hishamuddin hussein






KUALA LUMPUR 6 Jun – Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan media asing bahawa adik bongsunya telah dibayar untuk mendapatkan kontrak-kontrak bagi sebuah firma pengeluar mata wang Australia “Saya menafikan perkara itu ia tidak benar ” kata Menteri Dalam Negeri. 
Akhbar Australia The Age melaporkan bahawa Securency International yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein akan “membolehkan akses dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia ” 
Haris yang juga pengerusi Liberal Technology merupakan sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan adik kepada Hishammuddin yang akan berada di Canberra untuk menandatangani perjanjian yang membolehkan Australia menghantar 800 pencari suaka ke Malaysia dan menerima 4 000 pelarian 
Pertama saya memberitahu anda perkara yang benar saya tidak tahu apa yang adik saya lakukan Kedua saya tidak melihat Australia akan berbuat demikian Ketiga tiada kaitan sama sekali dengan apa yang saya lakukan dengan Australia sangat mudah ” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno

Keratan printscreen kat atas tak penuh beb. Aku saja petik sekerat sebab aku nak bagi korang link untuk baca sendiri pendedahan akhbar tue.

Hishamuddin dah mula memaparkan babak-babak penafian.

kah kah kah

Baca tahun urusniaga tue. Bila?

2009

Selepas najib jadi perdana menteri.

kah kah kah

Adakah semua ini kebetulan? Aku taktahu nak cakap apa. Apa yang boleh aku katakan ialah tunggu siasatan dari pihak mereka. Yang pasti ini bukan skandal rasuah pertama yang membabitkan najib.

Kah kah kah

Link media antarabangsa baca kat sini

Ameno : hishamuddin cam marah je? kah kah kah Kenapa? Adakah sebab penulis itu mendedahkan ini juga? ---> Haris Hussein Onn juga berkaitan dengan sebuah syarikat diberi konsesi 34 tahun untuk mengendalikan jalan tol utama Malaysia. Kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...