Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label eskay shazril abdullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eskay shazril abdullah. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

7 NGOs lapor polis perbuatan biadap pkr dan pas di masjid.

WOW.. apsal tujuh je? Aku fikir ia sepatutnya lebih. Hehehehe.. Lihat bawah ;


Dah takde apa yang boleh diperkatakan lagi dah pasal isu neh. Tv3 dah jaja. Tv1 pun dah jaja. Semua tv dan media arus perdana dah jaja cerita neh. Pokoknya hanya pkr dan pas je yang bersalah, yang biadap, yang kurang ajar dalam masjid. Sudahlah fakta diselewengkan. Bukanlah aku nak kata AMK tak bersalah langsung. Salah memang salah. Tapi bukan salah kepada AMK je. Sepatutnya semua pihak yang bertengkar dalam masjid itu bertanggungjawab dan sama-sama mengaku salah. Baru betul.

Dengan meletakkan beban kesalahan ke atas bahu AMK dan PAS amatlah tidak wajar sama sekali. Sedangkan umno yang start menjerit-jerit dulu. Tapi benda dah lepas. Cakap banyak pun tak guna. Semua salahkan AMK. Aku fikir mungkin inilah faktornya AMK taknak minta maaf kot.

Yerlah sebab media arus perdana memutarbelitkan cerita. Kalau citer hal yang sebenar terbuka pula pekung di dada masing-masing.Nak taknak media terpaksa ampu kerajaan dan menyalahkan AMK 100%. Tapi itu bukan alasan lah AMK berdegil dan ego nak mampos. Minta maaf je lah. Sudahlah ramai yang pandang serong kat AMK. Bertambah-tambah serong lagi bila berita ini ditambahkan perasa fitnah oleh semua tv media perdana. Berita kat bawah neh pun aku taktahu betul ke tidak. Dipetik dari utusan ;


Pepaham je lah. Berita tadi utusan neh bukan boleh percaya. Melainkan bab cuaca je dan waktu solat je. Selain dari itu apa-apa perkara yang terpapar di utusan online memang boleh diragui habis. 

Bagi aku sendiri walaupun apa pun alasan yang AMK nak cakap, ianya sekadar alasan je. Elok mereka minta maaf je. Samada provokasi neh ditimbulkan oleh umno ke apa, itu belakang cerita. Depan punya cerita sekarang, aku tahu, ko tahu dan kita sama2 tahu yang AMK dok lawan jerit2 dengan umno dalam masjid. So benda yang menyebabkan AMK kena minta maaf neh ialah sebab AMK dok terjerit2 dan meroyan2 dalam masjid. Bukan minta maaf pasal mencetuskan provokasi. Depan punya citer neh banyak saksi dan video membuktikan. Sekarang neh AMK nak atau taknak tanggung kesalahan atas depan punya citer neh? Apa? Taknak? Owhh segeng dengan umno rupanya. Kalau gitu boleh lah reject AMK sebab dah segeng dengan umno kan? Heheheh.. Sekian terima kaseyy... 

Ameno : Muka macam umno, sikap macam umno, perjuangan macam umno tp bukan umno.. Heh.


Eskay : Saya tidak pasti jam omega wujud dalam rakaman video itu.

Semalam selain eskay mengaku bahawa dia bukan menuduh dsai berzina, dia turut mengakui bahawa dia tak pasti samada jam omega itu wujud atau tidak dalam rakaman video seks terbabit. Ini pengakuan dia sendiri. Boleh lihat video disini. Lihat bawah ;


Aku macam semalam, agak confused dengan kenyataan eskay neh. Penconfusedan aku bermula begini ;

1. Eskay mengatakan jam omega itu ada kaitan dengan dsai.

2. Jam omega juga adalah bukti penting dalam kes ini.

3. Tetapi eskay tak pasti jika jam omega ada dalam rakaman video terbabit.

4. Ini bermaksud jam omega itu boleh jadi ;

- ada dalam bilik cuma ia tidak ter-rakam dalam video

- tiada dalam bilik, yang mana membuktikan eskay berbohong bila dia cakap dsai suruh dia collect jam tersebut dari bilik.

5. Semua adegan seks dsai dirakam. Tetapi adegan dia buka baju tiada.

6. Adegan dia buka jam pun tiada. Boleh jadi dia buka jam dalam bilik air. Tapi adegan eskay cari jam pun tiada. Kenapa tue? Berapa panjang sebenarnya masa rakaman? Rasanya ini soalan yang kita belum bagi kat eskay sebenarnya. Agak mustahil panjang rakaman hanya semata2 merakam aksi seks sahaja. Mesti ada perbuatan selepas dan sebelum perlakuan tersebut. Lagipun tak nampak pun dsai pegang handphone dia dalam bilik hotel terbabit. Apsal? Dia sedang bertweet ketika itu. Remember?

7. Kamera itu seolah-olah hanya merakamkan perkara yang perlu sahaja. Kalau ia cctv, sudah tentu ia akan merakamkan keseluruhan adegan. Dari awal dsai masuk bilik sampailah ke akhir dsai keluar bilik. Lagipun kamera tiada bunyi.. waima satu pun kamera fashion apa neh? Wajah mungkin boleh ditiru.. tetapi suara?lenggok percakapan? Gaya bahasa? Lue fikirlah sendiri

8. Dsai keluar dari bilik tanpa tutup pintu. Terbukti itu bukan hotel seperti yang dimaklumkan oleh eskay apatah lagi pintu tersebut tidak kelihatan seperti pintu hotel. Perhatikan tombol pintu itu betul2. Hotel sekarang pakai kad2 lah. Bukan pakai kunci nak buka.

9. Dan kisah ini bertambah misteri bilamana eskay mengakui bahawa dia tidak bekalkan perempuan tersebut kepada dsai. Hait.. kalau dia tak bekalkan sapa yang bekalkan? Sapa perempuan tue? Sapa? Macam mana perempuan tue boleh mewujudkan diri dia di situ? Sapa bawa dia? Bukan kah eskay? Eskay bawa dia masuk bilik tue kan? Ada dalam rakaman video dan pengakuan eskay dalam pc hari tue. Jadi dari mana eskay kutip dan bawa perempuan tue masuk bilik? Dedahkan nama itu. Thanks.

Beginilah untuk lebih adil, kita tubuhkan siasatan suruhanjaya diraja. Cepat. Aku tak sabar nak gelak dengan bangga. Siyes.

Ameno : Aku rasa eskay berjaya memeningkan kepala hotak dia, kepala hotak aku dan kepala hotak kita semua.

Eskay : [video] Saya tidak tuduh DSAI berzina !

Eskay dah buat pengakuan neh. Perghh bukan sebarang punya pengakuan beb. Aku petik dari utusan beb. So pada sesiapa yang taknak percayakan aku leh baca sendiri apa yang si eskay neh cakap beb ;


Arhh sudah. Kalau diperhatikan sumpah laknat dia..

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim.Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Arhhh aku pening. Jap2. Aku nak huraikan pemikiran aku terlebih dahulu.

1. Dalam video itu cuma ada eskay dan anwar ibrahim. Ikut kata eskay lah kan.

2. Then eskay bersumpah dsai ialah pelaku dalam video terbabit.

3. Ada dua kemungkinan bila eskay menyebut pelaku dalam video iaitu ;

- watak lelaki yang mundar mandir berbaju lengkap ialah dsai 

ataupun

- watak lelaki yang berbaju tidak lengkap itu ialah dsai.

4. Sekarang eskay cakap dia tak tuduh dsai berzina.

5. Ini bermaksud kemungkinan besar lelaki yang berbaju lengkap itu adalah dsai berdasarkan kepada sumpahan eskay sendiri. Sebab eskay nafikan bahawa dia tuduh dsai berzina. Maka siapakah lelaki yang berzina itu pula?

6. Sebab eskay cakap cuma dia dan dsai je dalam video terbabit.

7. Eskay sendiri kata dia tak tuduh dsai berzina.

8. Jadi adakah dia mengaku dia sendiri yang berzina? Urmm pelik. Ini ke rahsia besar yang eskay janji nak dedahkan? Ikut jam aku.. belum pun masuk minggu depan lagi. Heh.




Jika video ini bermasalah untuk load sila klik sini.

Nota : Perhatikan pengakuan eskay pada minit ke 2:13 "saya tidak tuduh dsai berzina"

Ameno : arhh sudah ada yang dimakan sumpah neh karang.. kah kah kah

Selasa, 3 Mei 2011

Hot : Eskay janji pendedahan terbaru!

Wowwww..... eskay ada pendedahan lagi lah. Dan berita ini lebih panasss.. panasss.. panasss dari isu video seks.. lihat bawah ;


Point penting ;

1. Eskay akan dedahkan perkara tersebut pada minggu hadapan.

Okey aku tunggu. Hehehe..

2. Benda yang nak didedahkan itu lebih penting dari video seks. Ini melibatkan kepentingan negara.

Yeke? Kalau camtue napa tak dedahkan neh dulu der? Alamak.. lue salah pilih keutamaan lah.. Hehehe..

3. Eskay sudi menjalani ujian mengesan pembohongan.

Thanks to husam sebab menyampuk tak pasal2. Nanti kalau dsai disuruh dan ditanya bukan2 terutamanya kesilapan2 dia di dalam umno di ungkit ketika ujian terbabit macam mana? Dia dah bertaubat kan? So benda neh tak membantulah wahai encik husam.

4. Tetapi eskay nak dsai jalani dulu ujian terbabit.

Which is dsai memang takan buat sebab benda neh mempunyai implikasi negatif daripada positif. Dsai bukan maksum. Dan thanks to husam gak sbb bawa isu neh. 1 point utk bloggers umno maki dsai. Hehehe..

Tapi taktau lah kalau tiba2 dsai sungguh2 nak layan cabaran menjalani ujian neh pula. Bagi aku better dia bersumpah daripada jalani ujian neh. Umno kan suka percaya pada sumpah daripada bukti. Kah Kah Kah..

Kita sama2 nantikan next week. Benda panas yang eskay nak expose.. Wow.. tungguuuu..

Ameno : Bila ummi nak dedahkan 17 klip sex neh. Tak sabar2 i taw.. hehehe...

Isnin, 2 Mei 2011

Entry terbaru : Ustaz zaharuddin saran anwar ibrahim bersumpah!

Setelah aku membaca penghujahan panjang lebar dari ustaz zaharuddin aku dapati diri aku lebih jelas faham apa yang perlu dilakukan oleh dsai. Sebelum ini disini maza telah menyarankan dsai untuk bersumpah dan kali ini uzar [ustaz zaharuddin] pun menyarankan hal yang sama. Baca bawah ;


Dsai patut ambil ini sebagai salah satu nasihat dan pandangan. Macam aku cakap tadi, jangan tolak bulat-bulat. Apa yang diperkatakan uzar dan maza ada benarnya. Jika dengan bersumpah boleh menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit, dsai perlu turutkan kehendak penyokong umno tue meskipun dalam keadaan yang terpaksa.

Tetapi uzar tidak menulis setakat itu sahaja. Panjang sebenarnya artikel dia neh. So baca sini. Mari kita sama-sama faham dan fahamkan orang.

Ameno : Sumpah menyampah.


Ahad, 1 Mei 2011

Hot : Gambar anwar ibrahim gelak-gelak dengan eskay.

Kat bawah neh ialah gambar anwar ibrahim dengan eskay ketika mereka tak gaduh-gaduh macam sekarang. Lihat bawah ;

Arhh sudah. Dulu gelak-gelak. Sekarang gaduh-gaduh. Duit memang boleh beli ;

1. Perkahwinan
2. Persahabatan
3. Kesetiaan
4. Harga diri dan maruah
5. Pangkat dan kuasa.

Nota : Gambar ini diperolehi dari blogger umno. Keoriginalan gambar ini tidak dapat dipastikan. Harap maklum.

Ameno : Mesti dsai tak sangka akhirnya eskay berpaling tadah.. yer tak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...