Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label cukai prepaid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cukai prepaid. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mac 2012

SKMM nafi arah telco laksana cukai khidmat prabayar 6%.

Drama. 

Yup, drama telah bermula beb.

kah kah kah

Lihat bawah neh. Statement terbaru dari SKMM yang dipetik dari utusan malaysia ;


Depa nafi beb. Takpe. Kita tunggu lah penjelasan dari orang yang mengesahkan hal tersebut. Apa yang pasti setiap notis yang skmm keluarkan mestilah ada bukti kan? Tak kisah lah samada dia keluarkan melalui email or surat tapi mesti ada bukti kan?

Kita berharap sangat notis tersebut boleh didedahkan meskipun kita tahu ia mungkin mustahil sebab memburukkan imej kerajaan di mata rakyat. Tapi kalau sapa2 leh akses kepada maklumat tersebut mohon didedahkan buktinya kat sini. Baru kita leh tengok sapa sebenarnya yang main wayang beb.

Err jap. SKMM nafi keluarkan notis tapi tak nafikan yang cukai tersebut tidak akan dilaksanakan, kan? Betul tak ayat aku neh der?

kah kah kah

Adoiiiyaiii

Berita pasal cukai prepaid rujuk sini.

Ameno : Kang najib berlakon jadi hero beb. Lepas tue mesti suruh orang undi bien beb. Muahaha..

Cukai untuk pengguna prepaid bermula 1julai 2012.

Amek kaw. 

Benda dah keluar berita. Bukan sekadar cakap2 jek. Ia dah diluluskan oleh kerajaan [ baca bien] dan notis mengenai perkara tue pula dah diedarkan oleh mcmc [skmm]. 

Baca bawah neh ;


Ini bermaksud 1julai neh kita akan terpaksa membayar cukai untuk membeli prepaid. Yang aku tak faham dari dulu lagi, benda tue kan dah tentu2 termasuk dengan cukai perkhidmatan kenapa nak kenakan cukai lagi? Hasil perbincangan aku dengan kekawan aku [dulu2] kami rasa yang kerajaan perkenalkan neh cukai perkhidmatan = macam gst. Sebelum neh cukai yang dikenakan secara kolektif tue nama dia cukai jualan.

Maksudnya disini untuk satu kad prabayar kita bukan sahaja perlu membayar cukai jualan [setiap kad yang terjual] tapi kita kena bayar cukai perkhidmatan juga. Memang atas kad tulis cukai perkhidmatan tapi kita orang suspect tue sebenarnya cukai jualan [cukai yang dikenakan ke atas kita sebelum neh sepertimana yang tercatit atas kad prabayar].

Itu kita orang suspicion lah. Korang janganlah percaya pula. Maybe korang ada pandangan masing2. Tapi aku dan kekawan aku beranggapan begitu. Masalahnya kerajaan tak takut meh hilang sokongan bila memperkenalkan cukai neh? Cuba fikir jap.

Aku ada beberapa tanggapan dalam isu neh.

1. Kerajaan sengaja meluluskan cukai neh then dia akan tarik balik = di anggap hero + wira last minit. Padahal kita yang beria2 menentangnya der.

2. Kerajaan memang berani mati perkenalkan cukai neh kerana yakin akan menang besar untuk pru - 13.

3. Kerajaan ada alternatif untuk menyakinkan rakyat betapa relevantnya cukai neh dan akan menterbalikkan kesalahan kepada syarikat telekomunikasi.

4. Kerajaan bagi jaminan setiap cukai yang dikutip akan kembali semula kepada rakyat menerusi manifesto bien untuk pru -13.

Aku pun tak pasti mana satu betul. Tapi tanggapan2 macam neh memang ada dalam kepala hotak aku sekarang neh. Apa pun salam barang naik untuk penyokong2 malaysia. Kali neh tak kira ko bien ka pr ka apa ka cukai untuk prepaid kita tetap kena bayar kalau ia benar2 dilaksanakan kelak der...

Adoiiii rabak lagi duit gua..

Sedihhhhhhhhhhh....................... <-- takley nak kah kah kah siot.

Ameno : Apa pun nak cukai..

Rabu, 14 September 2011

Isu cukai prepaid, najib terbukti bohong - fakta yang wajib sebar!



1. Lihat gambar 1 dan gambar 2.

2. Gambar 1 menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang telco daripada mengagihkan beban cukai 6% kepada pengguna. Tarikh berita ialah hari neh.

3. Gambar 2 ialah menyatakan kerajaan sedang berbincang dengan telco berhubung isu neh. Dan dengan jelas memberitahu bahawa keputusan untuk mengenakan cukai prabayar akan diputuskan oleh kementerian kewangan = najib razak.

4. Lihat video di bawah neh ;

 

Dengar betul2 apa yang najib razak cakap. Sekarang korang faham tak apa yang aku faham? Sebab tue wajib kita tolak najib razak sebagai pemimpin. Penipu dan dayus mana boleh jadi pemimpin kita. Apa masyarakat malaysia neh sengkek sangat ke sampaikan individu penipu macam neh boleh di angkat menjadi pemimpin? Lue fikirlah sendiri. Lue dah kantoi najib, dah kantoi. Jangan lue bunuh wa pula. Kang wa plak terpaksa lari macam rpk.

kah kah kah

 Jika video gagal load lihat sini.

Ameno : Sadis gileee.. menipu dengan slumber.

Selasa, 13 September 2011

Video terima kasih kerajaan sebab tangguh cukai prepaid.

Cukai

prepaid

cuma

tangguh 

bukan

mahsuh

tapi

kenapa

perlu

nak

terima

kasih

pada 

kerajaan

pula?

Aku dah agak dah benda macam neh confirm keluar tv3. So saja aku bersedia dengan kamera untuk rakam babak yang lucu bagi aku. Aku takmo kutuk memana watak yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dalam video neh. Pasal aku tak kenal dorang sapa. Lagipun aku tak pasti situasi dorang macam mana. So tak perlu larh nak mengutuk2 benda yang tak sahih. 

Cuma benda yang sahih je aku nak komplain. Macam biasa, tv3 sekali lagi paparkan komen 1malaysia yang ada 3 kaum yang memberikan penghargaan kepada kerajaan dalam isu topup neh. Yang aku tak boleh blah ialah benda neh dicanangkan gah bagai macam larh cukai prepaid tue hapus terus. Padahal ia cuma tangguh je. 

Kalau larh aku berpeluang muncul di tv3 dalam slot buletin utama yang juga impian aku, confirm aku akan cakap kerajaan neh bodoh piang. Sendiri buat keputusan sendiri tangguh dan sendiri suka ahti bila orang puji diri sendiri prihatin. Tak ke itu nama nya bodoh piang? Maaflah kerajaan, kerana di negara neh ada rakyat jujur macam aku. Sekian.

Tengok video bawah neh yer 
 


Kalau video gagal loading klik sini.


Ameno : Bodek 1malaysia. 

Isnin, 12 September 2011

Cukai prepaid tangguh, cukai simpack kekal.

Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

rais yatimKhamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini

Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur. -MKINI-

Tangguh bukan bermaksud hapus. Tangguh bermaksud hold dulu. Maksudnya ia akan tetap dilaksanakan cuma bukan pada 15 sept neh. Boleh jadi mereka akan divide kepada 2 pihak. Telco akan buat drama cakap dorang serap 3 dan kita bayar 3 or macam mana ikut suka dorang padahal kita tetap bayar 6 pada bila2 masa pun pada masa akan datang bila ia di luluskan kelak.

Dan bila kerajaan cakap dorang mengenang jasa telco.. siyes aku rasa bahawa kerajaan neh memang sedang bagi hint bahawa jasa telco je dorang akan ambilkira. Jasa orang macam ko dan aku neh dorang akan campak ke tepi. Jasa bagi kerajaan ialah duit. Siapa boleh bagi dorang lebih banyak wang maka pihak itulah yang berjasa. 

Walhal dorang lupa rakyat lah pemberi wang terbanyak pada dorang. Pelbagai cukai yang rakyat bayar jika dihimpunkan kesemua kami, lebih dari rm6billion beb rais. Kami larh syarikat yang lue patut kenang. Bukan syarikat telekomunikasi yang takat bagi lue rm6billion atas dokumen je [luar dokumen lain citer]. Lue fikirlah sendiri.
Ameno : Lame.

Soal-jawab cukai prepaid yang anda mesti tahu.

Aku dah agak benda neh akan berlaku. Malahan aku percaya ramai di kalangan kita pun dah agak benda yang sama. Jadi straight to the point je larh. 

1. Kenaikan cukai prepaid tiada kena mengena dengan kerajaan.

Bohong. Kenaikan cukai prepaid memang ada kaitan dengan kerajaan. Lihat bawah neh ;


Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.




Statement di atas ialah sebahagian dari hansard parlimen yang pernah dibentangkan di dalam parlimen untuk kelulusan, yakni dah diluluskan pun iaitu pada tahun lepas. Apa yang anda perlu faham ialah ;

- cukai perkhidmatan telah diwujudkan oleh kerajaan malaysia sejak zaman berzaman.

- kadar bayaran dan cara / kaedah nya mungkin mengalami revolusi bersesuaian dengan kehendak kerajaan.

- dulu kadarnya 5% tapi sekarang dah naik 1% menjadikan ia kepada 6%.

- Sila lihat  [b] (ii) = astro dulu tak dikenakan cukai perkhidmatan, tetapi kerajaan wujudkan cukai jenis neh bagi mengollect cukai perkhidmatan. Astro sudah semestinya membayar cukai perniagaan dan lain2 cukai kepada kerajaan tetapi nampaknya tak cukup sehingga kerajaan sanggup minta duit cukai dari kita.

2. Okey, tapi kerajaan bukan suruh rakyat bayar.. dia suruh syarikat telekomunikasi yang bayar. Cukai neh dulu diserap oleh syarikat dan sekarang syarikat malas nak serap cukai neh lalu dia alihkan beban kepada rakyat. Of course larh kita kena marah syarikat telekomunikasi bukannya kerajaan.

Rujuk perenggan [b] (i) disitu. Betul ke syarikat telekomunikasi serap cukai kita? Boleh percaya ke cakap dorang? Contohnya begini ;

- Ali meniaga nasi lemak. Dia kena membayar cukai kepada kerajaan dalam 2 bentuk. Satu cukai perniagaan yang ditolak dari keuntungan tahunan, satu lagi cukai perkhidmatan atas perkhidmatan nasi lemak yang dia jual.

- Melalui peruntukkan cukai yang ada di dalam akta percukaian, dia boleh memilih untuk mengalihkan cukai tersebut kepada rakyat secara langsung [terus], ataupun mengenakan bayaran kepada pelanggan melalui harga nasi lemak bercukai dengan meletakkan notis pemberitahuan di setiap pek nasi lemak bahawa perkhidmatan neh termasuk cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6%.

Maksudnya disini memang sejak awal lagi kita membayar cukai 5% neh. Tidak mungkin celcom, maxis, digi dan lain2 syarikat telekomunikasi membayar untuk kita. Apakah korang fikir peniaga akan berbuat demikian? Bayarkan cukai untuk korang? What a joke dude. Tiada mana2 peniaga akan bayarkan cukai untuk korang. Walaupun korang mahu tetapi ia tidak akan berlaku. Lihat bawah neh ;

Sejujurnya ikut persepsi aku [ belum terbukti benar ]  ;

1. Kerajaan mungkin telah mengubah cara / kaedah dorang mengenakan cukai kepada syarikat telco neh.

2. Jika dulu kerajaan mengenakan ia secara kolektif. Maksudnya disini maxis menawarkan perkhidmatan prepaid, setiap keuntungan yang maxis raih melalui perkhidmatan neh di tolak sebanyak 5% untuk cukai tetapi sekarang kerajaan mengira per individu. Jadi ini mungkin memeningkan pihak telco. 

3. Ada beza yang sangat besar bila kiraan per individu atau kiraan kolektif digunapakai atau kedua2nya sekali. [cukai perkhidmatan + GST] 

4. Sebab apa aku cakap macam neh? Mudah je jika cara pengiraan cukai 6% sama macam 5% yang dulu, syarikat telco rasanya tak perlu susah payah naikkan harga prepaid dorang. Sudah tentu dorang pandai belit2 di mana wang prepaid rm10 yang kita beli tetap boleh dapat rm10 di dalam nya dengan menawarkan perkhidmatan belit2 macam yang dorang buat sekarang.

Contohnya ;
tutt.. tutt..tutt.. tutt.. tutt.. haiii.. anda kini sedang memasuki voice mail.. demmm! Potong 33sen aku. Celaka anakharamjadah. <-- antara perkhidmatan belit2 syarikat telco untuk sebat wang kita bagi membayar cukai perkhidmatan.

0124346788 nak call gay larh..  tett.. haii saya gay..saya sedang sibuk tak dapat nak jawab telefon sekarang..  demmm!!!! Lebur lagi 33sen aku. Haramjadah. Call tak dapat cakap.. duit tetap kena potong <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

122 check baki ada rm7.. takpe baru hilang 66sen je wa banyak duit neh... nak call azie larh.... 012blablabla.. harap maaf, kredit anda telah tamat tempoh, sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya..  demmm!!! ada rm7 lagi larh woitt..tapi kena paksa topup tiap2 minggu <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

Dorang dah memang pakar dalam benda neh. Dulu 3 naik kepada 5 dorang tetap maintain padahal naik 2%. Tapi napa bila 5 naik kepada 6 dorang jadi kelam kabut? Dorang boleh je ubahsuai kandungan perkhidmatan agar tidak menjejaskan pendapatan / keuntungan dorang. Melainkan ada perubahan besar selain dari kenaikan, kaedah pengiraan cukai juga mungkin telah di ubah.  

Apa pun benda neh bukan lah fakta. Ia sekadar persepsi aku. Boleh percaya, boleh taknak percaya tetapi jangan anggap ia fakta selagi belum terbukti benar.

Cuma apa yang aku faham ialah ;

1. Fakta nya ialah memang kerajaan yang menaikkan cukai perkhidmatan prepaid dan lain2 perkhidmatan termasuklah broadband [incoming]

2. Akta cukai yang membolehkan syarikat mengalihkan cukai kepada pelanggan memang sudah sedia wujud. Malahan syarikat diberikan sepenuh kebebasan oleh akta neh melalui kerajaan samada memilih untuk meminta secara direct dari pelanggan ataupun menitipkan notis bahawa perkhidmatan sejenis neh, bayaran yang dibuat termasuklah dengan cukai.

3. Bila kerajaan menyeru syarikat telco menangguhkan cukai perkhidmatan neh bermaksud tangguhkan dulu, bukan batalkan terus. Maksudnya disini kerajaan sendiri bersedia menangguhkan kenaikan [ mengenakan ] cukai perkhidmatan kepada syarikat telco sebab itu dorang buat statement macam neh.

4. Bila kerajaan menyeru syarikat telco agar mengkaji cukai perkhidmatan bermaksud kerajaan sendiri sedang mengkaji adakah cukai perkhidmatan boleh diteruskan kepada syarikat telco ataupun tidak, at least for sekarang. Sebab itu setiap statement yang dibuat oleh kerajaan akan disusuli oleh syarikat telco. 

5. Bila kerajaan jamin bahawa cukai 6% tidak akan dikenakan ke atas pelanggan prepaid, sehingga mendapat kelulusan kabinet, itu bermaksud kerajaan telah menarik balik / hold sementara keputusan yang telah dibuat. 

Isu neh sama macam astro. Bezanya tentangan terhadap prepaid lebih besar berbanding astro sebab prepaid di pakai majoriti rakyat malaysia bukan macam astro. Nanti tak berprepaid lagi susah. Public phone memanjang je rosak. Samada kena abuse ataupun takley masuk syilling ada je peel dorang. Kalau urgent tengah2 malam lagi payah. Satu hal lagi nak mengembara cari public phone pula. Sebab tue ramai yang bangkit dan marah.

So bila kerajaan melihat reaction rakyat huge dalam isu neh maka dorang dengan sendirinya jadi serba salah dan mula buat statement2 bodoh. Dari awal hingga akhir memang ada campurtangan kerajaan dalam isu neh. Melarikan diri daripada tindakan yang telah dibuat ialah kerajaan dayus. Aku tak harap kerajaan aku maksum pasal aku pun bukan lah sesempurna mana. Tetapi at least mesti ada keberanian dan ketegasan. Kalau kerajaan rasa cukai neh wajar maka berdiri lah di depan2 betul2, debat dengan rakyat.

Jangan main pusing2 cakap neh. Takut sangat sedangkan keputusan dibuat oleh diri sendiri. Macam mana seorang perdana menteri berani buat keputusan tapi tak berani hadapi tentangan? Perdana menteri pengecut macam neh kena reject je. Siyes aku cakap. Penakut nak mampos tapi lead negara? Ceh.. 

Ameno : Kalau dah berani jadi leader, kena berani terima kritikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...