Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 September 2011

Cukai prepaid tangguh, cukai simpack kekal.

Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

rais yatimKhamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini

Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur. -MKINI-

Tangguh bukan bermaksud hapus. Tangguh bermaksud hold dulu. Maksudnya ia akan tetap dilaksanakan cuma bukan pada 15 sept neh. Boleh jadi mereka akan divide kepada 2 pihak. Telco akan buat drama cakap dorang serap 3 dan kita bayar 3 or macam mana ikut suka dorang padahal kita tetap bayar 6 pada bila2 masa pun pada masa akan datang bila ia di luluskan kelak.

Dan bila kerajaan cakap dorang mengenang jasa telco.. siyes aku rasa bahawa kerajaan neh memang sedang bagi hint bahawa jasa telco je dorang akan ambilkira. Jasa orang macam ko dan aku neh dorang akan campak ke tepi. Jasa bagi kerajaan ialah duit. Siapa boleh bagi dorang lebih banyak wang maka pihak itulah yang berjasa. 

Walhal dorang lupa rakyat lah pemberi wang terbanyak pada dorang. Pelbagai cukai yang rakyat bayar jika dihimpunkan kesemua kami, lebih dari rm6billion beb rais. Kami larh syarikat yang lue patut kenang. Bukan syarikat telekomunikasi yang takat bagi lue rm6billion atas dokumen je [luar dokumen lain citer]. Lue fikirlah sendiri.
Ameno : Lame.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...