Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 September 2011

Anwar ibrahim - Sudah murtad ka di munich?

Aku bukan nak bekap atau nak balon dsai dalam isu neh. Aku menghormati dan mengalu2kan dialog antara agama. Bagi aku selagi kita takut melemparkan perbezaan kita secara terangan2 selagi itu kita tidak akan tahu sejauh mana kita boleh menerima perbezaan2 di antara kita dengan ahti yang terbuka. Contoh ;

1. Saya muslim.. saya takut larh nak kawan dengan orang kristian.. nanti dia hasut saya masuk kristian pula.. 

2. Saya kristian, saya menyampah kawan dengan orang muslim. Dorang suka reka2 citer untuk burukkan kristian.

3. Saya orang takde agama. Saya menyampah tengok kristian dan muslim suka bergaduh hal remeh temeh.

4. Saya orang buddha. Saya okey walaupun buddha tapi kadangkala hairan apsal ada orang ektrem dalam kristian dan islam.

5. Saya orang hindu. Saya ada banyak ritual yang kadangkala kuat dan sesetengah orang seperti tidak mahu menghormati ritual2 kami.

Di atas neh ialah senario biasa. Senario neh wujud ada banyak sebab. Contohnya ;

Khalid bertemu joseph. Joseph seorang kristian yang kuat pegangan agama nya. Khalid ada kawan bernama mamat. Semakin lama mamat melihat khalid mula meninggalkan ajaran islam dan perlahan2 mengamalkan ajaran kristian. Mamat membuat persepsi bahawa orang kristian suka murtadkan umat islam. 

Pengalaman menjadikan persepsi kita sebagai fakta. Mungkin ya joseph kristiankan khalid. Mungkin ya khalid lemah iman tetapi salah jika menganggap bahawa semua penganut kristian mahu memurtadkan umat islam. Tindakan joseph hanya mewakili joseph dan bukan mewakili seluruh penganut kristian yang lain. Yang neh kita kena faham. Tetapi ramai yang masih tidak faham. Kita pun tak boleh nak marah pada orang yang tidak faham.

Sebab, macam mana orang nak faham andai tidak diberikan penerangan? Sebab itu dialog antara agama diperlukan. Supaya permasalahan2 seperti ini kita boleh hadapi. Persidangan seperti ini andai ada di malaysia aku suka. Kita boleh direct discuss perbezaan kita untuk mencari alternatif bagaimana mahu menyelesaikan perbezaan kita. Katakan kes joseph - khalid sebagai contoh ;

1. Kenapa ada gerakan kristian yang memurtadkan umat islam wujud di malaysia? Adakah ia pandangan kesemua aliran kristian ataupun minoriti?

2. Kenapa ada umat islam yang lemah iman sehingga menukar agama? Kenapa ada umat islam yang miskin waima zakat menimbun2 sampai mengharapkan bantuan kristian?

Antara isu yang kita boleh bincang dan kaji masalahnya. Masalah, bukan untuk disorok ataupun ditutup. Menutup masalah tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah adalah untuk diselesaikan. Tapi macam mana nak selesaikan masalah andai masing2 ego dan tidak mahu berlapang dada dalam mencari titik permasalahan yang sebenarnya? 

Selagi kita tidak nampak apa yang menyebabkan masalah, selagi itu kita tidak akan nampak jalan penyelesaian. Ramai penganut agama merosakkan ajaran di dalam agama itu sendiri. Dan ramai pula menyangka penganut agama yang rosak itu ialah majoriti dan mewakili agamanya padahal penganut dan agama itu sendiri sudah memberikan gambaran jelas bahawa ia adalah perkara yang sangat berbeza. 

Tindakan umat islam bukan sewajibnya mewakili ajaran islam tetapi tindakan ajaran islam itu semestinya mewakili tindakan yang umat islam kena patuh. Yang neh ramai orang bukan islam tidak faham kerana tidak diberikan penerangan. Sebab itu dialog antara agama sangat2 diperlukan di malaysia bagi mematikan semua salah faham neh.  Sebab itu bila dsai menyertai persidangan 

"Bound to Live Together. Religions and Cultures in Dialogue" 

di munich aku tak nampak ia isu yang bermasalah. Najib juga kunjungi pope. Dan aku masih tak rasa ia masalah. Ada nampak najib murtad selepas kunjungi pope? Takde pun. Ada nampak najib masuk kristian selepas kunjungi pope? Takde pun. Peduli larh dia buat macam tue untuk raih sokongan ka undi ka apa ka yang penting kunjungi najib ke vantican city tidak membuatkan iman najib bertukar dari Allah swt kepada jesus. Jadi isu yang sama juga apabila membabitkan dsai, tidak boleh larh penyokong umno nak melalut segala bagai. Lihat bawah ;


Salah seorang mereka yang menghadiri persidangan di munich. Aku nak patahkan hujah orang umno yang menuduh dsai satu2nya orang islam yang dijemput hadir di sana. Ada macam2 sesi dialog dan pelbagai umat islam hadir datang dari pelbagai bidang dan negara. Klik sini. Jurucakap alazhar pun hadir sekali. 

Jangan salah faham tentang posting neh. Apa yang aku nak sampaikan cuma satu, iaitu belajar untuk saling menerima dan faham memahami. Untuk semua penganut yang datang dari semua agama, of course. Siapa pun anda, belajar larh untuk memahami. Sekian.

Ameno : Dialog antara agama bukan bermaksud pluralisme agama macam iklan raya tv3 tue..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...