Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Isu 901. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu 901. Papar semua catatan

Isnin, 9 Januari 2012

Selepas DSAI dibebaskan : 3 bom, 3 letupan, 2 mangsa!

Terkini.

Menurut sumber rakan2 dari twitter menyatakan selepas sahaja keputusan kes mahkamah dibacakan dan dsai dibebaskan dari pertuduhan meliwat saiful bukhari azlan, sehingga kini terdapat 3 siri bom buatan tangan meletup di kawasan berhampiran.

Bom2 terbabit dipercayai diletakkan di bawah kon dan di dalam motor. Kalau ikut akal logik, kon2 neh polis yang letak. Dalam keadaan seme pendemo 901 kelam kabut untuk berdemo, mana depa ada masa nak pergi letak bom sana sini. Lagipun polis berkawal sepanjang masa. Ini bermakna polis akan perhatikan pendemo 901 tanpa kerdip mata. Tapi geng2 sebelah sana yang konon nya mai untuk berdakwah sudah semestinya bukanlah sangat diperhatikan oleh polis kan?

kah kah kah

Tapi still aku takmo tuduh2 sebab takde bukti kukuh yang boleh mengesahkan bahawa neh ialah perbuatan provokasi daripada kumpulan sebelah sana. Tapi kemon larh.. sapa lagi nak buat benda begini kan? Lue fikirlah sendiri.

Mangsa setakat neh yang cedera ialah 2 orang. Kedua2nya lelaki. Salah seorang yang tercedera neh dikenali sebagai Zuhairi Mansor, ahli AMK Parlimen PJS. Dia sedang dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Sebuah kereta kancil juga rosak [kemek] akibat terkena bom buatan tangan. Pemilik kereta kancil tersebut dipercayai salah seorang ahli pkr dari pahang. Manakala kereta elizabeth wong pula dilaporkan okey cuma bahagian depan ada kesan rosak sedikit. 

Menurut infomer dari twitter, salah seorang mangsa neh terkena bom akibat terlanggar kon yang diletakkan bom di bawahnya. Aku akan betulkan apa2 yang salah di dalam posting neh selepas neh kalau ada yang salah. Info2 neh belum keluar dalam berita lagi. Sebab neh ialah info2 yang dapat menerusi fb dan twitter rakan2 yang berada di lokasi kejadian.

Apa pun, kita harap no bom2 lagi lepas neh. Please lah weh. Matang sket. Dan polis, please siasat sapa punya angkara neh. Aku tak kisah sapa pun yang buat yang penting hukum mesti hukum. Suka2 jek nak main2 bom.

Dan, info untuk sebaran, sesiapa yang nak join konvoi dsai ke seberang jaya boleh ramai2 gather di restoran jejantas sungai buluh. Konvoi akan bergerak jam 1 tengahari neh. 

Ameno : Ada nampak Ibrahim Ali qiamulai ka geng?

901 : Dsai bebas, Kereta Elizabeth Wong di Bom! -UPDATED!


Updated : Okey, kat atas neh gambar di lokasi kejadian. Gambar neh oleh wartawan metro. Bom tangan buatan sendiri neh telah mencederakan seorang mangsa. Sapa yang gila babi main bom pagi2 neh. Memang sohai siot.



Dasar penyokong yang tak boleh terima hakikat kebenaran.

Kalah dan menang pun biarlah bermaruah beb. Agak2lah nak bom kereta orang pun. Kalau dah kalah tue terima je lah. Kalau tak boleh terima pergi bunuh diri. Simple maaa..

kah kah kah

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kancil dibom. Kereta Elizeberth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata. Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah.

Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana. Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing.

Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi. - sumber MSO

wOItt utusan,

Sekarang sapa yang main bom2 neh? 901 ka puak2 hang? Kemana tumpahnya ilmu mengebom orang, kalau bukan kepada penyokong sendiri.

kah kah kah

Jangan marah arh.. 

Ameno : Tension lew tew.

Jumaat, 6 Januari 2012

Apa? Penyokong PR guna bom petrol untuk 901? - Utusan

Utusan, 

Kot yer pun nak menghentam, biarlah relevant sket. Agak2lah nak mensohai dan mensochai dalam isu neh pun. Guna skrip baru beb. Please. Apahal ulang tayang skrip bersih? Napa? Ko fikir rakyat malaysia tak reti bosan ka? Reti. Sangat reti. Sebab tue aku bersunggut bila korang tulis skrip sama. Kot ye pun biarlah kreatif sikit. Tah pape lah weh. Tah pape.

Kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Aku tak boleh blah baca skrip utusan neh. Siyes. Dia ingat apa? Dengan 100ribu orang boleh tawan malaysia meh? Bom petrol? Time demo? Lilit kain? Buat provokasi? Serang polis? Ingat pesan aku neh geng. Mungkin depa akan menyamar sebagai penyokong pr. Mungkin depa akan provoke sehingga korang terpedaya. Baik jaga2 skit beb. 

Bukan apa, benda berlakon2 neh memang dorang sangat expert. Sebab tue kj jadi model majalah beb. Heh. Lagi satu kan, aku dah semacam pelik bila polis tiba2 ubah fikiran. Dia siap masuk tv lagi then tiba2 hari neh tukar fikiran. Tak pelik ka weh? Ini seme maybe lakonan je beb. Lakonan yang memerangkap. 

Dorang bab2 neh paling expert what. Kalau tidak takde lah dua tiga kali masuk tv menyamar jadi pakcik yang pulangkan wang rm100. Kalau tidak takde lah isu penyokong bn yang nyamar jadi ngo bagi kek taik. Macam2 dowh. 

Bila baca laporan utusan neh, siyes aku cakap. Dorang neh bahaya. Orang dah biasa fitnah, kalau soh berlakon, apa lah sangat. Bahaya gak 901 neh. Aku dah mula was2 napa polis beria2 bagi permit mulut neh. Hermm.. tiba2 jek kan? 

Ameno : Fishy dowh.

Conteng kereta? Apa kena mengena dengan PR?




Bagi buktilah bhai. Setakat cakap aku pun pandai. Pongpangpongpang neh umno yang buat. Nanti pongpangpongpang lagi cakap neh umno punya kerja. Simple. Guna jari je ma. Boleh lah tuduh2. Ikut suka aku larh. Bukan susah mana pun kan?

kah kah kah

Bukan aku nak bekap penyokong pr neh. Jangan salah faham. Tapi aku tak fikir dorang akan buat macam gambar di atas neh sebab dah berkali2 pimpinan ingatkan bahawa demo neh demo aman. Aku juga tidak akan maafkan mereka2 yang sengaja berbuat provokasi walaupun datangnya dari penyokong pr sendiri. Sebab kita nak jaga reputasi dan imej memasing. Ini penting untuk meraih sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya atas pagar. So aku tak rasa penyokong2 pr yang buat benda2 kat atas neh. 

Aku pun takde nak tuduh2 umno dalam isu neh. Jangan salah faham gak. Benda takde bukti beb. Kalau ada bukti aku berani tulis. Tapi siyes cakap neh. Orang2 yang suka buat provokasi neh selalunya tak kira parti beb. Betul tak?

Tapi benda kat bawah neh aku berani tulis ia hasil dari penyokong umno. Toksah nak cong lah weh. Terang lagi jelas. 


Tolong geng, balas balik kartun kat atas neh. Geram siot.

kah kah kah

Ameno : Elakkan provokasi beb.

Terkini : Polis benar berhimpun 901.


Update terbaru yang aku dapat berhubung perhimpunan 901 yang dijadualkan berlangsung pada isnin neh ;


Hasil perjumpaan yb2 pkr iaitu azmin ali, zuraida dan sapa lagi sorang tah, polis memberikan jaminan mulut bahawa perhimpunan 901 boleh dilakukan jika pkr menempatkan peserta2 demo di perkarangan parking lot mahkamah jalan duta. Polis tak bagi permit tapi peserta demo di izinkan untuk berhimpun pada hari tersebut untuk menyatakan sokongan kepada dsai dan protes kepada sistem kehakiman yang kelakar bila membicarakan kes kelakar neh di mahkamah.

Ini bermakna, selepas neh geng2 perkasa, permas dan lain2 ngo yang pelik2 akan muncul meroyan selepas polis dah beri keizinan neh. Aku pun heran gak napa polis tak bagi permit je. Senang sket kerja kan tapi dah polis taknak bagi kita nak cakap apa pun tak boleh. Layankan aje lah permit mulut neh.

Muahahaha..

Tapi ada gak geng2 pr yang masih was2. Depa kata kang jadi macam bersih hari tue. Last2 minit polis tukar balik kenyataan mereka. Apa sahaja boleh berlaku. Tetapi aku sendiri pun ada pandangan yang lain. Bila korang seme dah pakat2 berkumpul di perkarangan parking mahkamah jalan duta, then andai dsai benar2 di penjarakan, korang terkepung lah kat situ.
Kiri kanan atas bawah polis ada kawal depan korang. 

Masa tue nak lari ke mana2 hala pun tak boleh dah. Jadi, ingat pesan aku. Walau apa pun polis buat pada korang, jangan sesekali balas kekasaran mereka. Biar kita dikasari bukan kita yang mengasari walaupun dengan niat nak membalas or mempertahankan diri. Dengan polis, takde istilah pertahankan diri. 

Lainlah kalau polis nak bunuh ka, tikam ka, tembak ka, rogol ka, liwat ka, apa ka, neh polis paling2 kuat pun balon korang kaw2.  So korang kena redha je bila dibalon. Lepas penat2 dorang balon korang, dorang pula akan penat2 dapat maki hamun bagai. Neh impak dari pengorbanan korang. Jangan balas balik sesekali, sebab kalau korang balas balik, korang dan polis takde beza pun. Okey. Bai.


Ameno : Baik pula polis neh.. muahaha

Khamis, 5 Januari 2012

Perkasa, permas, 30 NGOs berhimpun lawan 901 untuk sokong Saiful.

kah kah kah

Ada aku kesah? Lantak lah lue nak berhimpun pun. Sikit wa tak heran. Cuma wa rasa lue jilat ludah lue balik beb. Hari tue lue kata 901 untuk dsai semata2. Apa barang PR berhimpun untuk nyatakan sokongan terhadap individu walhal kita sebenarnya nak menunjukkan protes terhadap sistem perundangan yang bawa kes bodoh neh ke mahkamah. Seme neh pasal depa bicara kes karut marut liwat neh. So of course lah ada kaitan dengan dsai. Tak pelik pun.  

Tapi geng2 perkasa [ baca : umno] marah. Kata mereka dari berhimpun sokong dsai baik buat kerja pekdah sikit. Ya, aku setuju gak tue. Kalau semata2 himpun nak sokong dsai aku pun maleh pergi. Dah sokong lah neh dengan melawan fitnah2 umno menerusi blog. Apa barang nak himpun2 lagi. Tapi demo neh lebih daripada isu dsai semata2. Aku dah explain kat atas. Baca bawah neh pula. 

Penerangan dari DPPP ;

Himpunan Aman 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.


Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


So, atas kapasiti neh, leh lah aku turun dengan yakin. Takde hal. Tapi kan, sekarang neh geng2 perkasa pun nak berhimpun. Dan mereka berhimpun semata2 sebab nak sokong saiful. Dah tue saiful bukan individu meh? Takan saiful kebinatangan pula? 

kah kah kah

Satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

NONESetiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.


Aku sebenarnya tatau permas neh apa. Tapi time neh lah nama ngo pelik2 akan muncul. Pernas lah, permas lah, permis lah dan segala bagai. Memang lawak siot. Yang lebih lawak, si perkasa neh terang2 lagi siap mengaku nak buat provokasi beb. 

Baca bawah neh ;

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar akan menyekat perhimpunan gerakan ‘Bebaskan Anwar 901', Isnin depan demi mempertahankan keamanan negara.

NONEMenurut lapor akhbar harian Melayu,Sinar Harian, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dipetik berkata ahlinya akan menunaikan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak sehingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Alalh SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini.

“Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi,” katanya dipetik akhbar itu.

Nampak? Dia yang provokasi. Dia ingat kita pun nak lakukan provokasi ka pa? Jangan kita balas provokasi depa. Garis panduan demo akan disebarkan dalam sikit masa lagi. Antaranya no provokasi. Memang sekarang neh polis dah bagi berhimpun tapi kita tengok dulu hasil perbincangan akhir macam mana. 

Taknak jadi macam kes bersih hari tue. Dah disuruh ke stadium last2 dia halang jalan. Memang bingai arh jawabnya. Tapi siyes aku cakap. Polis layan 901 macam betul2 dia buat pada bersih hari tue. Tah pape lah weh. Benda takde pape, tapi kecoh kaw2. Dari orang tak minat terus orang jadi minat nak turun demo. Tenkiu polis.

kah kah kah

Ameno : Agak2 ibrahim lari lagi tak macam hari tue?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...