Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Blogspot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogspot. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mei 2011

Kutukan wordpress kepada pengguna blogspot..

Rasanya ramai tahu semalam lebih kurang dekat sehari dari tengahari bawa ke tengah malam semua pengguna blogspot tak boleh mengakses blog masing2. Ini bukan isu besar. Biasalah team blogger memang jenis buat kerja. So ini antara kerja mereka. Cuma yang peliknya ada bloggers yang merengek tak tentu hala. Merengek macam budak kecik. Merengek sampai ke pemilik wordpress. Last2 rengekan di balas perli. Padan muka !

Menyampah siot aku baca. Konon nya nak mengangkat taraf wordpress lebih bagus dari blogspot lah tue. Padahal wordpress ataupun blogspot sama sahaja. Yang beza cara kita serap info bagi menjayakan belog masing2. Wordpress dan blogspot masing2 ada kejayaan, kelebihan, kelemahan dan ketidakbagusan masing2. Dalam erti kata lain tiada yang perfect pada blogspot, sama seperti tiada yang perfect pada wordpress.

Apa? Ko tak layak kritik wordpress bhai. Lue pakai blogspot. Apa barang lue kritik wordpress? 

Huk alohh.. memang ku pakai blogspot. Tapi ku ada werdeperes juga. Lue tak percaya, lue masuk sini


Terai masuk. Itu werdeperess.. kue tinggal. Pasal kue kata werdeperess tak bagus. Kue kata benda neh tak bagus. Dan kue kata jujur dan ikhlas dari ahti. Bukan untuk bodek hosting situ sana sini.. Heh.

Arhh sudah dia neh ada hosting wordpress rupa. Arhh sudah aktif lagi tapi dia tinggal. Biar betik bhai..

Jadi adil kan aku memberikan pandangan pasal wordpress kat sini? Sebenarnya macam aku dah cakap tadi, blogspot ataupun wordpress masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Masing2 ada bagus dan ada yang tak bagus. Ini normal. Platform apa yang kita nak guna untuk buat belog itu hak dan privacy kita. Bagi pengguna wordpress kalau korang tak suka korang boleh pergi mampos.

Pergi mampos pasal tak menghormati hak dan keputusan pengguna2 blogspot. Pergi mampos pasal korang fikir pengguna wordpress berstandard dari pengguna blogspot. Dan sila pergi mampos juga pasal korang fikir korang lebih hebat dari pengguna wordpress.

Hah apa? Nak marah? Sabar dulu bhai. Sabar. Pergi mampos tue untuk mereka yang perasan bagus je. Untuk mereka yang menghormati pengguna blogspot, janganlah pergi mampos. Pergilah hidup dan pergilah bergaul sesama kita. Aku bukan apa. Aku tengok terlalu banyak kutukan wordpress kepada blogspot. Mereka rasa bila mereka bayar hosting dan domain sendiri mereka lebih berstandard dari orang lain. Padahal tue seme takde apa2 bhai. Lazimlah. 

Ada benda free. Ada benda berbayar. Kalau orang tue suka kepada benda free yang dah memang free pasal apa benda yang berbayar neh nak bengkek pula pada orang yang suka benda free? Huk alohh.. lue yang pandai2 nak bayar itu ini, lue pula bengkek ble ada orang suka guna benda free. Ke lue bengkek sebab semakin ramai orang yang suka guna benda free maka semakin tak laku lah pakej hosting? Heh.

Sekarang neh dengar dan faham betul2 apa yang aku nak tulis neh. Apa pun platform yang blogger nak guna untuk berblogging adalah hak masing2. Tak kiralah apa sebabnya pun. Kalau lue nak blogging guna blogspot, okey lue punya pasal. Kalau lue nak blogging guna wordpress itu pun lue punya pasal. Kalau lue nak berblog bisnes elok lue amek wordpress supaya bussiness lue tue boleh nampak standard. Tapi kalau lue nak blogging untuk maki hamun kerajaan macam gua, elok lue guna blogspot sebab apa, ble lue dah masuk ke dalam ISA nanti, blog lue still wujud dan cuba teka apa? Lue takyah bayar 1sen pun untuk pastikan belog lue kekal wujud. Heh

Nota : Sendiri makan cili sendiri rasa pedas. Aku suka makan cili. Malah hari2 makan cili dan hari2 rasa pedas. WOW.

Ameno : Sama tapi tak serupa.


Isnin, 4 April 2011

Tutorial : Pindah entry dari wordpress ke blogspot.

Selalu kita dengar blogger akan berpindah dari blogspot ke wordpress tapi jarang kita dengar pengguna wordpress berpindah ke blogspot. Reason kenapa aku pindah dari wordpress ke blogspot, korang leh klik sini.

Sekarang  neh aku akan ajarkan korang cara-cara nak angkut entry dan komen dari wordpress kepada blogspot. Caranya nak kata mudah tak mudah, nak kata susah pun takde lah susah mana. Korang baca dan tafsir sendiri je lah ye.
1. Pergi ke dashboard wordpress. 

2. Cari eksport.

3. Klik menda alah tue.

4. Dah klik, pilih bulan ke bulan.  Jangan eksport sekaligus. Memang takan boleh masuk blogspot kalau macam itu. Sebab datanya terlalu besar takley convert. 

5. Then dia akan automatik save. Buat untuk post/entry yang korang berminat nak pindahkan aje. Kalau takde minat nak angkut entry tue takpayahlah angkut sekali.

6. Lepas tue korang buka dashboard blogspot.

7. Kalau takde blog, create lah baru. Kalau ada blog, terus tranfer je lah. Pergi kat setting dulu. Mula2 dia mesti masuk basic. Atas tue ada tertera perkataan import. So just klik. Okey dah tunggu jap.

8. Then buka laman web worpress2blogger guna tab baru.

9. Tujuan ialah convert file wordpress yang korang savekan tadi.

10. Then klik lah mana-mana file yang korang nak convertkan dulu. File tak boleh melebihi 1mb. Convert satu persatu folder dan save kat desktop.

11. Then pergi balik kat tab sebelum nya. Klik browse untuk cari file yang dah diconvert.

12. Peh tue hit button import. Tunggu. Lepas tue dia akan muncul visual. Dia akan tanya korang nak publish ke semua entry yang baru di import. Pilihlah apa2 yang bersesuaian dengan kehendak korang.

13. Ulangi langkah tersebut sampai selesai entry yang korang ingin pindahkan.

14. Ya, aku tahu ada di antara korang yang tak faham. Tengok gambar bawah sudey. Kalau masih binggung, tanya aku je. Email pun boleh. Ada kat atas tue. Kalau malas godek neh hah email aku : orderonline2010@gmail.com










Amenoworld : berhijrah.

Kenapa saya tukar dari wordpress ke blogspot

Ketika mula2 berblog dulu, aku memang dah sedar diri yang aku bukanlah manusia yang pakar dalam bab coding mencoding. Apatah lagi bab godek mengodek bagi memantapkan kemahiran berblog.

Apatah lagi aku mana ada masa untuk buat seme benda2 alah tue. Aku ada banyak kerja lain yang harus difikirkan dan menelaahkan wordpress sepatutnya tidak termasuk dalam agenda aku.

Percubaan aku menggunakan wordpress nampaknya tidak menemui sasaran. Aku menemui kehampaan dan aku siyes gagal berblog menggunakan wordpress.

Aku menggunakan wordpress selfhosted sebenarnya. So ini bermaksud aku ada hosting + domain sendiri. Apa yang membuatkan aku gagal survive dengan wordpress ialah ;

1. bandwidth.

Ini adalah biggest failure aku. Aku takley survive dengan 10gb bandwidth monthly. Baca sini utk tahu apa dia bandwidth. Baru masuk awal bulan aku dah dapat warning yang penggunaan bandwidth aku dah mencecah 80%. Itu baru awal bulan beb. Belum masuk minggu kedua lagi. Baru seminggu yang terawal. Mana tahan. Ada gak ahti aku untuk menambah untuk menambah kapasiti bandwidth aku. Tetapi aku menghadapi masalah

2. Spammer.

Beribu2 spam wujud dalam komen aku. Satu hari ada 3k komen. Bapak gila banyak. Macam mana aku nak deal dengan situasi tersebut apabila

3. Plugin akismet

Akismet aku tidak berfungsi? Aku dah cuba mcm2 alternatif utk pasang akismet. aku login je fail. Macam2 step dah aku buat dan baca tapi tak menemui jawapan. Aku taktahu apakah sebab sebenarnya aku gagal pasang plugin neh utk berfungsi sepenuhnya.

Masalah2 neh nampak kecil. Tetapi aku takley atasi. Cukuplah aku berblog  guna blogspot. Aku akan tinggalkan terus wordpress. Mungkin bagi korang wordpress memang bagus sebab lebih mudah untuk update blog. Tapi bagi aku yang dah guna kedua2 platform ini, aku merasakan bahawa platform blogspot adalah lebih baik dari wordpress.

Karenah biokrasi dalam wordpress juga cukup melemahkan jiwa aku. Bayangkan apabila kita nak download theme ataupun apa2 yang bersesuaian kita kena ada fillezilla. Filezilla neh kena download dulu lah. Pendek kata berblog guna wordpress adalah sangat leceh. Memang ada banyak unique visitor yang datang singgah ke blog kita, tapi apa guna kalau mereka datang untuk spam je?

Pernah gak otak jahat aku berfikir bahawa adakah wordpress sengaja dipromosi dengan begitu gah bagi melariskan hosting? Mana nak tahu kan. Yelah jika diperbuat perbandingan memang aku rasa blogspot lebih baik.

Kenapa perlu wujud andaian bahawa berblog guna wordpress lebih berstandard dari blogspot? Aku tak faham. Kalau sekadar domain, alamak, korang beli je domain dan buanglah nama blogspot tue. Apa susah je. Sampai beria2 nak pindah randah ke wordpress pula.

Mungkin wordpress ada beberapa kelebihan yang tiada pada blogspot. Tapi wordpress tidak sebagus yang digambarkan. Aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri beb.

Aku dah pernah guna wordpress. Aku memang layak buat perbandingan lah. Malahan aku masih ada hosting. Hanya 3 bulan berblog guna wordpress, akhirnya aku dah can cin cau dari wordpress ke blogspot.

Pokoknya berblog guna platform apa bukan isu. Yang jadi isu ialah apa yang kita mengarut di blog masing2.

Apa pun sekarang neh wujud satu persoalan. Siapa nak handdle wordpress aku sehingga ia tamat tempoh? Tamat tempoh bulan 11 ataupun 12 tahun neh. Masih panjang tue. Anda berminat? Ia percuma.
Ameno : Blogspot pun blogspotlah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...