Ketika mula2 berblog dulu, aku memang dah sedar diri yang aku bukanlah manusia yang pakar dalam bab coding mencoding. Apatah lagi bab godek mengodek bagi memantapkan kemahiran berblog.
Apatah lagi aku mana ada masa untuk buat seme benda2 alah tue. Aku ada banyak kerja lain yang harus difikirkan dan menelaahkan wordpress sepatutnya tidak termasuk dalam agenda aku.
Percubaan aku menggunakan wordpress nampaknya tidak menemui sasaran. Aku menemui kehampaan dan aku siyes gagal berblog menggunakan wordpress.
Aku menggunakan wordpress selfhosted sebenarnya. So ini bermaksud aku ada hosting + domain sendiri. Apa yang membuatkan aku gagal survive dengan wordpress ialah ;
1. bandwidth.
Ini adalah biggest failure aku. Aku takley survive dengan 10gb bandwidth monthly. Baca sini utk tahu apa dia bandwidth. Baru masuk awal bulan aku dah dapat warning yang penggunaan bandwidth aku dah mencecah 80%. Itu baru awal bulan beb. Belum masuk minggu kedua lagi. Baru seminggu yang terawal. Mana tahan. Ada gak ahti aku untuk menambah untuk menambah kapasiti bandwidth aku. Tetapi aku menghadapi masalah
2. Spammer.
Beribu2 spam wujud dalam komen aku. Satu hari ada 3k komen. Bapak gila banyak. Macam mana aku nak deal dengan situasi tersebut apabila
3. Plugin akismet
Akismet aku tidak berfungsi? Aku dah cuba mcm2 alternatif utk pasang akismet. aku login je fail. Macam2 step dah aku buat dan baca tapi tak menemui jawapan. Aku taktahu apakah sebab sebenarnya aku gagal pasang plugin neh utk berfungsi sepenuhnya.
Masalah2 neh nampak kecil. Tetapi aku takley atasi. Cukuplah aku berblog guna blogspot. Aku akan tinggalkan terus wordpress. Mungkin bagi korang wordpress memang bagus sebab lebih mudah untuk update blog. Tapi bagi aku yang dah guna kedua2 platform ini, aku merasakan bahawa platform blogspot adalah lebih baik dari wordpress.
Karenah biokrasi dalam wordpress juga cukup melemahkan jiwa aku. Bayangkan apabila kita nak download theme ataupun apa2 yang bersesuaian kita kena ada fillezilla. Filezilla neh kena download dulu lah. Pendek kata berblog guna wordpress adalah sangat leceh. Memang ada banyak unique visitor yang datang singgah ke blog kita, tapi apa guna kalau mereka datang untuk spam je?
Pernah gak otak jahat aku berfikir bahawa adakah wordpress sengaja dipromosi dengan begitu gah bagi melariskan hosting? Mana nak tahu kan. Yelah jika diperbuat perbandingan memang aku rasa blogspot lebih baik.
Kenapa perlu wujud andaian bahawa berblog guna wordpress lebih berstandard dari blogspot? Aku tak faham. Kalau sekadar domain, alamak, korang beli je domain dan buanglah nama blogspot tue. Apa susah je. Sampai beria2 nak pindah randah ke wordpress pula.
Mungkin wordpress ada beberapa kelebihan yang tiada pada blogspot. Tapi wordpress tidak sebagus yang digambarkan. Aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri beb.
Aku dah pernah guna wordpress. Aku memang layak buat perbandingan lah. Malahan aku masih ada hosting. Hanya 3 bulan berblog guna wordpress, akhirnya aku dah can cin cau dari wordpress ke blogspot.
Pokoknya berblog guna platform apa bukan isu. Yang jadi isu ialah apa yang kita mengarut di blog masing2.
Apa pun sekarang neh wujud satu persoalan. Siapa nak handdle wordpress aku sehingga ia tamat tempoh? Tamat tempoh bulan 11 ataupun 12 tahun neh. Masih panjang tue. Anda berminat? Ia percuma.
Ameno : Blogspot pun blogspotlah..