Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan

Khamis, 21 Disember 2017

1MDB Bayar IPIC RM4.89b Hari Ini, Selesai Sudah Bayaran Akhir.

Oleh : The Malaysian Insight

SYARIKAT pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyelesaikan baki AS$1.2 bilion (RM4.89 bilion) hutang kepada dana Abu Dhabi, sekali gus menyelesaikan pertikaian yang boleh memalukan pentadbiran Najib menjelang pilihan raya umum akan datang. 


Bahagian terakhir daripada AS$630 juta dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) hari ini, jumlah yang tidak kecil untuk premium besar dibayar oleh syarikat China untuk hartanah dimiliki oleh 1MDB, iaitu tanah di Pulau Indah, Selangor dan Air Itam, Pulau Pinang. 

 Campur tangan oleh syarikat-syarikat China dan keupayaan mereka untuk membayar harga di pasaran adalah petunjuk peningkatan mereka di rantau ini dan kesediaan Beijing untuk membantu kerajaan Malaysia dengan masalah yang menjadi beban selama beberapa tahun lalu. 

1MDB dan IPIC jalinkan hubungan pada 2012, apabila bekas jaminan dua bon bernilai US $ 1.75 bilion setiap satu untuk 1MDB untuk mengumpul dana bagi pembelian aset. 

Sebagai gantinya, 1MDB adalah untuk membuat pembayaran cagaran kepada IPIC. Bagaimanapun pada hujung 2015, masalah mula timbul apabila IPIC/Aabr dan 1MDB tidak mendapat persetujuan berhubung sejumlah dana yang hilang berikutan syarikat pelaburan Malaysia gagal menyelesaikan pinjaman AS$1.2 bilion kepada Abu Dhabi. 

Kedua-dua belah pihak tidak dapat mendamaikan wang yang hilang, dengan Malaysia menegaskan bahawa ia telah membayar balik AS $ 3.5 bilion kepada anak syarikat IPIC yang mengekalkan bahawa mereka tidak menerima dana itu sepenuhnya. 

Pada Mei tahun lalu, Abu Dhabi dan Malaysia bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian itu menerusi arbitrasi di London, hasilnya ialah 1MDB akan membayar IPIC sebanyak AS $ 1.2 bilion dalam tiga ansuran, yang terakhirnya diserahkan hari ini. 


The Malaysian Insight melaporkan Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai presiden 1MDB dan ketua eksekutif 1MDB kerana dana pelaburan negara yang tercetus skandal itu melepaskan semua asetnya. Arul dijadualkan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember. 

Beliau dilantik pada Januari 2015 untuk mengubah syarikat oelaburan negara itu yang berdepan pelbagai tuduhan penggubahan wang haram oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan pihak berkuasa di Singapura dan Switzerland. 

Difahamkan Putrajaya membuat keputusan untuk mengekalkan Arul Kanda dalam 1MDB adalah bagi melancarkan operasi menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa 1MDB dan Perdana Menteri Najib Razak, yang juga menteri kewangan untuk mendedahkan bagaimana mereka mendapatkan wang untuk membayar kepada IPIC. 

Unit Perisikan Ekonomi dalam laporan baru-baru ini menyebut sokongan kuat China kepada pentadbiran Najib di tengah-tengah skandal 1MDB, meletakkan Malaysia sebagai negara pelaburan terus luar negara keempat untuk China. 

"Negara ini muncul sebagai nod utama BRI (Inisiatif Belt and Road) dan mengalu-alukan pelaburan China, tidak kurang juga sebagai sebahagian daripada sokongan yang diberikan mereka kepada pentadbiran yang diterajui Najib, yang terjejas berikutan skandal aktiviti syarikat pelaburan 1MDB," kata EIU.

Rabu, 2 Ogos 2017

Hari Ini BNM Keluarkan Bon Bernilai 2.5 Billion, Apakah Ada Kaitan Dengan Hutang 1MDB Soal Pembangkang.

BNM keluarkan bon bernilai 2.5 billion
Dan Husam menulis;
Salah Bayar Tidak Jenayah, Dua Kali Bayar Tugas Semua Rakyat Malaysia. Syabas Najib!
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Gambar - Suara Rakyat
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
Berbahagialah penyangak 1MDB.
Bagi rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.
Gambar - Suara Rakyat
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
1MDB belum bayar hutang walau dah sampai tarikh akhir
Sebelum ini beberapa portal melaporkan bahawanya pada 31 Julai lepas, 1MDB telah melepasi tempoh akhir bayaran kepada IPIC (International Petroleum Investment Company).
Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC ialah 2.58 billion. 
1MDB kata nak bayar Ogos
1MDB dalam satu kenyataan media mengumumkan bahawanya pihak syarikatnya akan mula membuat bayaran kepada IPIC bermula Ogos ini.
Kelewatan bayaran kepada IPIC adalah berpunca dari dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi. 
Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah pun menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawanya bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini lapor kenyataan itu lagi.
Kementerian Kewangan jamin semua urusniaga 1MDB
Harus dimaklumkan juga, Kementerian Kewangan Malaysia adalah penjamin bagi syarikat 1MDB. Oleh itu seandainya 1MDB gagal melunaskan kewajipannya, kementerian kewangan akan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan urusniaga-urusniaga berkenaan.

Isnin, 24 April 2017

Mana 1MDB Dapat Duit RM5.28b Untuk Bayar Hutang Kepada IPIC Soal Pengkritik.

Oleh : Yaakob Osman
IPIC hari mengesahkan melalui statement mereka kepada London Stock Exchange persetujuan antara mereka dengan Kerajaan Malaysia (MOF Inc) dan 1MDB terma terma untuk menyelesaikan kes mereka dengan 1MDB.
Yang di persetujui ialah 1MDB akan bayar USD 1.2 billion (RM 5.28 bilion ) dalam 2 peringkat , bulan Julai dan December 2017.
Keduanya 1MDB dan MOF Inc akan membayar keseluruhan 2 bonds berjumlah usd 3.5 billion (RM15.4 billion ) berserta interest nya yang hanya akan matang pada tahun 2022. Interest for the next 5 years ialah RM4.5 billion jumlah nya.
Dengan ini :
1. Jelas menunjukkan 1mdb salah bayar kepada entity yang bukan related to IPIC
2. IPIC as good as tidak lagi menjamin bonds tersebut. Dan ianya sekarang menjadi tanggungjawab 1MDB dan kerajaan Malaysia.
3. Apa jua sumber kewangan yang akan 1mdb gunakan untuk bayar kesemua ini terutama nya RM5.28 billion sehingga hujung tahun ini wajib diperjelaskan kepada kepada public.
4. Ini juga bermaksud apa yang kami katakan selama setahun ini tepat.
Jadi apakah damage keseluruhan hasil dari masalah dengan IPIC dan Aabar BVI ini?
Saya jumlahkan di bawah :
1. Bayar IPIC RM 5.28b
2. Bayar Bonds RM15.4b
3. Bayar Interest bonds RM4.5
JUMLAH BESAR RM 25.18 BILLION yang perlu di tanggung oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia dan possibly duit cukai awak dan saya. Ini disebabkan kita berhutang asalnya RM15.4b. Sepatutnya wang ini digunakan utk membiayai projek dan menjadi untung.
Malangnya wang hutang tersebut lebur begitu sahaja kerana dibayar pada pihak yang tidak sepatutnya.
Malah hal tersebut jugalah yang menjadi pokok kepada kes DOJ di Amerika.
Walau apa jua sumber yang akan digunakan oleh 1MDB untuk bayar semua ini kita minta kerajaan telus tentang nya. Kita tidak mahu lagi gali lubang tutup lubang done by 1MDB.
Kita tahu 1MDB sudah pun jual assets2 mereka tanpa mengambil kira liability IPIC ini.
Telah banyak kali 1MDB tidak telus. Ketidaktelusan mereka menyebabkan kerajaan menanggung RM25.18 billion kes ini sahaja.
Jangan lagi mereka berdalih dengan kita untuk menjelaskan hutang2 ini. Kita tidak mahu untuk membayar ini kita menggadaikan perkara lain lagi.
Telus lah dengan rakyat kerana lambat laun perkara ini akan terus terbongkar atau dibongkar !.
p.s : Saya fikir TV3 dan Utusan akan lapor hal ini secara spin mereka dan akan mendabik dada yang 1MDB dah selesaikan hal IPIC. Malah bayaran kelak menggunakan units investments 1MDB yang kononnya membuktikan Tun M dan pembangkang sengaja fitnah 1MDB.
Let me tell u .. boleh tipu lah org tak faham.. kami yang faham akan terus jelaskan kepada mereka tanpa henti. !

Selasa, 7 Februari 2017

Rosmah Tiada Kerja Tetap Tapi Masih Mampu Berbelanja Mewah Lapor Akhbar Taiwan.

Perbelanjaan kad kredit isteri Perdana Menteri Malaysia mencecah 200 juta dalam tempoh lapan tahun lapor akhbar Taiwan.


Dua tiga hari ini kita lihat satu penyebaran keratan berita - dari akhbar Taiwan yang melaporkan tentang gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansur yang juga isteri tercinta kepada Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. 

Setelah ditanyakan kepada yang pandai membaca laporan tersebut (sahabat blogger), dinyatakan akhbar itu melaporkan tentang gaya hidup boros dan mewah Rosmah Mansur meskipun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Rosmah Mansur mampu berhias emas dan berlian dari atas ke bawah, memetik laporan itu lagi.

Laporan itu turut menyebut tentang perbelanjaan kad kredit Rosmah Mansur yang mencecah 200 juta bagi tempoh 8 tahun. Dalam laporan yang sama, turut memetik skandal paling kontroversi di Malaysia ketika ini iaitu 1MDB dan mengaitkan ia dengan Rosmah Mansur. 

Diharapkan kerajaan Malaysia tidak berdiam diri dengan tuduhan berkenaan yang dilaporkan secara berleluasa di negara asing kerana jika Najib berdiam diri maka tidak salah pula bagi rakyat di negara ini berpendapat kandungan laporan itu adalah benar. Memandangkan tidak diambil sebarang tindakan tegas bagi membendung dakwaan yang tersebar.

Isnin, 6 Februari 2017

Jet Berharga RM133 Juta Milik Jho Low Dirampas Oleh Pihak Berkuasa Singapura Kerana Dibeli Guna Wang Curi 1MDB.

Singapura telah merampas (menyita) jet peribadi milik Taek Jho Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low di negara ini. Rampasan jet itu dilakukan kerana jet tersebut didakwa ada kaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB. 

Jet itu dianggarkan bernilai sebanyak US 35 juta dollar atau kira-kira RM133 juta Ringgit Malaysia.




Memetik laporan portal tempatan The Edge , pihak berkuasa Singapura telah merampas (menyita) jet jenis
The Bombardier Global 5000  di Lapangan Terbang Seletar Singapura sejak dua minggu lalu.


Menurut laporan itu lagi, pesawat itu dirampas kerana pembeliannya adalah berpunca dari sumber wang penyelewengan 1MDB dan antara aset yang menjadi pertikaian dalam saman DOJ. Jet itu turut disebut dalam perbicaraan kes mahkamah yang membabitkan seorang pegawai bank Yeo Jiawei yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penggubalan wang haram di Singapura pada tahun lepas.

Saman DOJ sebelum ini, turut memetik pembelian jet tersebut ada kaitan dengan wang yang dicuri keluar dari 1MDB yang mana ia menjadi kesalahan dalam akta pengubalan wang haram di negara tersebut kerana melupuskan wang haram menggunakan sistem perbankan Amerika Syarikat. Saman DOJ menuntut untuk menyita segala aset yang berkaitan 1MDB yang bernilai US 1b pada tahun lepas.

Skandal 1MDB ialah skandal korupsi paling kontroversi di negara ini sejak 2 tahun lepas yang dipercayai turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Selasa, 3 Januari 2017

Selepas Kelab Judi, Netizens Persoalkan Azalina Sambut Tahun Baru Di Kelab Malam Tersohor Yang Ada Kaitan Dengan 1MDB.

Belum pun reda dengan isu Azalina bergambar di kelab judi kini tersebar pula gambar yang menunjukkan Azalina sambut tahun baru di kelab malam.

Berikut kami kongsikan apa yang ditulis oleh Reza Zainal di laman fbnya.


"Dia orang use ulama but dorang sendiri buat perangai macam neh" - Kiridaren Jayakumar.

"Ulama pun tak berani tegur dorang neh" - Ika Baharuddin.

Antara respon-respon yang dipetik.

Bahkan sesetengahnya turut mempersoalkan sikap seorang pencadang RUU355. Yang peliknya kenapa PAS berkerjasama dengan menteri yang berkelakuan seperti ini? Itulah antara kritikan yang dilemparkan oleh netizens ketika ini.

Sebenarnya kelakuan Azalina sedikit sebanyak membabitkan intergriti PAS kerana PAS bekerjasama dengan Azalina dalam pembentangan usul RUU355 di Parlimen. Pun begitu, Ahmad Maslan, Jamil Khir dan Najib mengesahkan pindaan RUU355 akan diambilalih oleh kerajaan dan ini menimbulkan tanda-tanya jika PAS masih mahu meneruskan himpunan mega RUU355 yang dijadualkan pada Februari ini.

Dengan kenaikan kos sara hidup, netizens juga mempersoalkan kelakuan seorang menteri muslim yang dilihat 'berpoya-poya' di tempat yang tidak sepatutnya bagi seorang menteri kerana bukan sahaja tidak sesuai bagi dirinya seorang muslim bahkan menteri di saat rakyat bergelut dengan masalah kos sara hidup yang kian membebankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...