Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Januari 2021

Sejak Mac 2020, Hampir RM8b Aset Khazanah Telah Dijual - Puad Zarkashi.

Puad Zarkashi | KABINET PISANG GORENG? 

Ada yang mentafsir goreng pisang secara negatif. 

Kalau ikut tafsiran negatif, apakah jamaah kabinet hari ini adalah “kabinet goreng pisang”? 

Kerana;

1. Ekonomi negara semakin teruk. Menteri Kewangan pun cakap bohong kononnya kemasukan pelaburan asing 2020 lebih RM100 bilion. Cuba namakan.

2. Ada pelabur asing yang pindah operasi mereka ke negara jiran. Tahun ini Hyundai akan pindah HQ Asia Pasifik dari KL ke Indonesia. Bertambahlah penganggur di Malaysia.

3. Indonesia terima pelaburan dari Hyundai (RM4.02B). Toyota (RM8.04B).Syarikat bateri CATL (RM20.09B) dan LG Chem (RM39.37B). Amazon (RM10B).

4. Kerajan PN pula meneruskan dasar PH jual aset. Sejak Mac 2020 hampir RM8B aset Khazanah telah dijual.

5. Rakyat semakin susah. Kerajaan menolak monatorium automatik dan pengeluaran one off RM10K dari akaun 1.

6. Tidak ada konsensus dalam memutuskan dasar negara seperti pembatalan HSR. Sedangkan seminggu sebelum itu Majlis Presiden Kerajaan PN ditubuhkan.

Justeru perlu ada kerajaan yang lebih stabil dan bukannya majoriti lemah. Sebab itu amat wajar sokongan kepada Kerajaan PN ditarik balik. Duduk di situ pun tidak boleh buat apa.

Mana yang melobi jadi Ketua Pengarah J-KOM (Jabatan Komunikasi Komuniti-ganti JASA) macam Tun Faisal bolehlah jalan terus. - 11 Januari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...