Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Januari 2021

Dulu Annuar Pun Sokong Anwar, DAP - PN Masih Kerajaan Sah Kata Takiyuddin.

POLITIK | Minggu lepas suhu politik menjadi panas apabila Annuar Musa dipecat sebagai SU BN secara mengejut. Perkara itu diakui oleh Annuar Musa sendiri yang juga mengesahkan hanya tahu mengenai pemecatannya menerusi laporan media.

Sebaik sahaja dipecat, sehari selepas itu Annuar Musa membayangkan beliau ialah hero dalam UMNO kerana bertegas mempertahankan prinsip No Anwar, No DAP ketika mengadakan sidang media bagi menjelaskan pemecatan beliau.

Annuar Musa juga mengesahkan surat sokongan Zahid kepada Anwar sebagai Perdana Menteri adalah tulen dan sahih.

Bagaimanapun pemecatan Annuar Musa tidak begitu dipersoalkan oleh penyokong-penyokong UMNO di sosial media kecuali segilintir yang merasakan UMNO sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada Annuar Musa bahawanya beliau digantikan dan tak sepatutnya beliau mendapat makluman menerusi media.

Selain dari itu penyokong-penyokong UMNO buat tak kisah je dengan perkara tersebut kerana sebelum ini pun sudah ada desakan yang kuat agar Annuar Musa dipecat disebabkab dilihat menjadi jurucakap PPBM berbanding membela UMNO.

Apa yang berlaku ialah pemecatan Annuar Musa dipersoalkan pula oleh penyokong-penyokong PN (PAS + PPBM) dan dibalas balik oleh penyokong-penyokong UMNO sehinggakan mereka bergaduh sesama sendiri di sosial media.

Berita-berita lama yang menunjukkan Annuar Musa pernah menyokong Anwar dan DAP semasa UMNO hilang kuasa juga dimainkan semula. 


Pada 9 Januari pula, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pula mengumumkan beliau menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional.

Ini menjadi kerajaan ini mempunyai 110 sokongan MP dari jumlah 220 keseluruhan MP yang ada.

Kerajaan PN kemudiannya dianggap telah jatuh namun ia dinafikan oleh SU PAS, yang juga Menteri Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan. 

Menurut Datuk Takiyuddin, PN masih mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat dia itu macam mana.

Apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup,” katanya.- 11 Januari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...