Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Januari 2021

PKP Terbatal Selepas Darurat Diisytiharkan Kata Peguam.

Kenyataan Media | TIADA LAGI PKP DENGAN PROKLAMASI DARURAT 2021

1. Apabila YDPA telah mengeluarkan Proklamasi Darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, pengumuman PKP oleh YAB Perdana Menteri untuk tempoh 13 hingga 26 Januari 2021 ADALAH TERBATAL SECARA AUTOMATIK.


2. Yang berkuatkuasa Kini adalah Proklamasi Darurat untuk tempoh 13 Januari 2020 hingga 1 Ogos 2021.

3. Ketika tempoh Darurat ini, cabang legislatif Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah di gantung.

4. Pada masa yang sama, di sebabkan Parlimen telah di gantung maka Barisan Kabinet yang terdiri dari PM dan Menteri2 serta Timbalan Menteri juga turut di gantung tugasnya.

5. Yang mengetuai pentadbiran Eksekutif Negara sekarang adalah Yang Di Pertuan Agong mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

6. Dalam menjalankan fungsi Eksekutif YDPA berkenaan, Baginda telah perkenan untuk melantik Jawatankuasa Bebas untuk membantu Baginda membuat keputusan-keputusan pentadbiran termasuk dan tidak terhad kepada memperkenankan apa2 Ordinan Darurat menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan.

7. Menurut Perkara 150 (2C) Perlembagaan Persekutuan, apa2 Ordinan Darurat yang di isytihar kan Baginda di bawah Perkara 150 (2B) adalah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah undang2 itu terus berkuatkuasa sehingga ianya di batalkan mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan oleh Majlis Parlimen apabila Majlis Parlimen di perkenankan untuk bersidang nanti.

8. Semua tindakan dan keputusan yang di buat oleh YDPA ketika Proklamasi Darurat ini TIDAK BOLEH DI CABAR DI MANA2 MAHKAMAH mengikut Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

9. Oleh itu, mana2 pihak yang mempersoalkan Nasihat YAB Perdana Menteri kepada YDPA untuk mengisytiharkan Darurat adalah satu bentuk Penderhakaan (Treason) terhadap YDPA kerana kuasa mengeluarkan Proklamasi Darurat adalah kuasa budibicara prerogatif mutlak YDPA apabila Baginda berpuas hati bahawa satu ancaman terhadap Keselamatan Negara, Ketenteraman Awam dan terjejasnya kehidupan ekonomi rakyat sedang berlaku.

10. Jawatankuasa Bebas di bawah Proklamasi Darurat ini HENDAKLAH DI BENTUK DALAM KADAR SEGERA AHLI JAWATANKUASA INI HENDAKLAH TERDIRI DARIPADA TOKOH2 TERHORMAT NEGARA YANG BEBAS DARIPADA IKATAN POLITIK UNTUK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP MALAYSIA.

Sekali lagi saya tegaskan, ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak berkaitan dengan mana2 organisasi yang boleh di kaitkan dengan saya.

Pandangan saya ini bukanlah yang paling betul tetapi Inilah pandangan yang paling jujur ikhlas dan berterus terang dari hati nurani saya selaku rakyat Malaysia.

Sekian dan terima kasih

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Aka Buzze Azam
0129770412
13 Januari 2021
Bandar Baru Sentul KL

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...