Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 Januari 2021

ARMADA Nafi Pimpinan Terlibat Dadah, Akan Ambil Tindakan Pada Media.

POLITIK | ARMADA hari ini menafikan pemimpin sayap pemuda parti BERSATU itu terlibat dalam kes dadah seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal media petang tadi.

Menurut halaman rasmi ARMADA, tiada mana-mana pimpinan parti yang ditangkap dan sedang disiasat dalam kes dadah sebaliknya suspek hanyalah merupakan seorang ahli biasa dalam parti dan tidak menjawat apa-apa jawatan dalam parti baik di peringkat negeri mahupun nasional.

Selain itu ARMADA turut mencabar orang awam agar membuktikan suspek memegang apa-apa jenis jawatan dalam parti.

"LAPORAN MEDIA SELEWENG. TINDAKAN AKAN DIAMBIL.

TIADA KENA MENGENA DENGAN 'PEMIMPIN' ARMADA MAHUPUN PARTI. SUSPEK BERTARAF AHLI BIASA, TIADA TERPILIH SEBEGITU TIDAK PERNAH DILANTIK OLEH PRESIDEN, PENGERUSI NEGERI MAHUPUN KETUA SAYAP KE DALAM PIMPINAN.

ARMADA TURUT MENCABAR SESIAPA YANG BOLEH BUKTIKAN SUSPEK MEMEGANG APA-APA JENIS JAWATAN DALAM PARTI. TIDAK AKAN JUMPA KERANA SUSPEK AHLI BIASA. 

BERSATU SERU PDRM BUAT SIASATAN MENYELURUH DAN AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA, SERAH KEPADA UNDANG-UNDANG," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, ARMADA juga mempertikaikan tindakan Fahmi Reza yang mengubahsuai logo PPBM dan menggunakan tanda pagar #Armadadah.

Sebagai rekod, tanda pagar #Armadadah telah mula digunakan sejak Adun Dengkil didakwa terlibat dalam kes dadah sebelum dibebaskan pada tahun 2020. 

"ARMADA mengecam tindakan Fahmi Reza yang memburukkan logo parti. ARMADA turut ingin nyatakan bahawa kami tidak menyokong mana-mana perbuatan jenayah atau salahguna dadah. Justeru, kami memohon orang ramai agar tidak mengaitkan sayap atau menggunakan tanda pagar #ARMADADAH sebagai alat kempen memburukkan parti," katanya dalam kenyataan itu.

Tinjauan kami mendapati beberapa poster dan post yang memaparkan jawatan suspek juga telah hilang dari radar Facebook dan post-post tersebut tidak lagi dapat diakses.

Nama dan gambar suspek juga telah menjadi viral di laman sosial selain salinan siasatan. Pihak kami tidak akan memaparkan laporan siasatan pihak polis itu disini kerana mungkin ia melanggar undang-undang. - 22 Januari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...