Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 November 2020

MP Pasir Mas "Bergasak" Dengan Penyokong MN Isu Moratorium Dan KWSP.

POLITIK | Ya, bergasak dengan penyokong Muafakat Nasional, UMNO + PAS. Anda tak salah baca. Awalnya penulis dah nampak kritikan demi kritikan di Facebook rasmi Ahli Parlimen Pasir Mas itu semasa beliau berkongsikan rakaman video membahas Belanjawan 2021.

Itu semalam.

Dan berlanjutan ke hari ini.

Bagi menjernihkan keadaan, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membuat kenyataan penjelasan.

Kenyataan pertama.

"Saya, dan kita semua setuju, rakyat sedang susah; Saya, dan kita semua setuju, kerajaan perlu membantu rakyat; Saya, dan kita semua setuju, PAKEJ PRIHATIN telah disalurkan untuk membantu rakyat; 

Saya, dan kita semua setuju, BELANJAWAN perlu disalurkan untuk membantu rakyat; Saya, dan kita semua setuju, pengeluaran KWSP & MORATORIUM perlu dipermudahkan untuk membantu rakyat. 

Sebelum ini saya, dan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memasukkan tuntutan pengeluaran KWSP & MORATORIUM dalam kertas cadangan BELANJAWAN. 

Alhamdulillah hari ini Kerajaan telah bersetuju, pengeluaran KWSP & MORATORIUM akan dilaksanakan secara BERSASAR, kepada rakyat yang sangat kesusahan. 

Maka saya dan 'sejumlah' Ahli Parlimen Kerajaan bersetuju, BELANJAWAN perlu diluluskan TANPA SYARAT. 

Namun saya juga hormati sikap 'sejumlah' Ahli Parlimen BN yang bersetuju, BELANJAWAN perlu diluluskan DENGAN SYARAT. 

Hakikatnya, kita semua mahu membantu rakyat, dan saya memilih untuk membantu rakyat, TANPA SYARAT," katanya dalam kenyataan itu. 

Tetapi kenyataan itu nampaknya gagal menyakinkan warganet yang dilihat rata-rata menyokong UMNO, MN dan Najib Razak.

Dan Pasir Mas kemudiannya membuat penjelasan kedua;

"Saya sudah ingin landing isu ini, tapi nampaknya masih panjang lagi. Saya hurai sekali lagi secara ringkas : 

1. isu moratorium automotik. Saya syorkan secara bersasar, agar sampai ke tangan pihak yang benar-benar memerlukan. Setuju atau tidak setuju, kedua-duanya untuk kepentingan rakyat. Dan boleh dibincang. 

2. Isu pengeluaran one off 10k akaun 1 KWSP, saya setuju kerajaan mendengar pandangan ahli-ahli parlimen. Sesi libat urus boleh dibuat, dan umumkan polisi. 

3. hanya satu isu yang saya tidak bersetuju secara total, iaitu MELETAK SYARAT, kerana kedua-dua perkara itu tiada dalam RUU PERBEKALAN. 

Oleh yang demikian, apabila anda berkata, "Saya menyokong Bajet ini dengan pindaan". Saya bertanya, nak pinda di mana? Ia tiada dalam RUU Perbekalan. 

Ada yang kata, ia ada dalam ucapan Bajet. Soalan saya, yang dibahas di parlimen berhari-hari ini, UCAPAN BAJET atau RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN? 

Saya mungkin boleh setuju, jika ayatnya berbunyi begini, "Saya sokong Bajet ini, dengan syarat, kerajaan umumkan polisi berhubung moratorium dan kwsp sebagaimana cadangan saya," itu kedengaran agak munasabah. 

Tetapi MELETAK SYARAT, sokong dengan pindaan, nak pinda di mana? Sebab itu saya kata, meletak syarat ini apa tujuannya? Hasilnya lahirlah SYARAT PUTERI GUNUNG LEDANG. 

Dan adalah wajar, ahli-ahli parlimen kerajaan, duduk semeja, berbincang elok-elok dengan kerajaan. Kita juga yang membentuk kerajaan ini. PAS pun banyak perkara tidak setuju, jika nak diungkit. 

Tetapi membawa ke dewan, dan meletak syarat, saya anggap kurang sesuai. Ia tidak mengurangkan hormat saya kepada ahli-ahli parlimen senior. Bagi saya, mereka ada rekod tersendiri mengurus kewangan dan mentadbir, banyak boleh saya belajar. 

Tetapi saya kekal dengan apa yang sebut di dewan rakyat. Ia penerangan simple. Tapi akan ada ramai yang sengaja tidak mahu faham. Tidak percaya? Baca komen," tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Betul la kata Pasir Mas. Memang ramai yang tak percaya. Bila baca ruangan komen, majoriti mengkritik penjelasan beliau.









Pihak kami telah menonton perbahasan Ahli Parlimen Pasir Mas dan mendapati hujah netizens valid. 

Kerana;

1. Memang MP Pasir Mas menyebut dengan jelas moratorium automatik tidak perlu. Atas alasan, lebih baik ia dibuat secara bersasar dan ada pihak yang menolak moratorium. Bank juga diseru permudahkan permohonan, jangan rumitkan proses permohonan dengan borang, dokumentasi.

- Sebab tu la dicadangkan buat secara automatik. Untuk tidak merumitkan proses permohonan tu la = penyediaan dokumentasi. Bila dibuat secara automatik, mana-mana pihak yang nak menolak, boleh menolak. Pasir Mas yang tak faham neh. Konsep yang ditekankan Pasir Mas itu boleh dilakukan jika moratorium dibuat secara automatik, jika secara bersasar, bank boleh menolak permohonan. Tiada jaminan semua permohonan akan diluluskan. Pasal tu la minta secara automatik.

2. Isu KWSP, memang Pasir Mas sebut bahawa RM500 adalah JUSTIFY kerana perlu pertimbangan survival hari ini dan esok (akan datang).

- Betul kata Pasir Mas tu sebab tu apa yang KWSP boleh buat ialah, meletakkan syarat. Antara syaratnya ialah mencapai jumlah simpanan tertentu, untuk keperluan kecemasan. Ada ramai nak duit tu sebab nak bayar hutang. Nak fikir hari esok macam mana jika hari ini pun dah tercekik.

3. Isu KWSP dan Moratorium tak berkaitan dengan belanjawan 2021.

- Tapi dimasukkan dalam ucapan Menteri Kewangan? Tiada kaitan dengan Belanjawan 2021? Ada kaitannya. Moratorium automatik = polisi BNM = Kementerian Kewangan. Pengumuman pengeluaran KWSP akaun 1 tu dipromosikan secara politik seolah-olahnya antara highlight belanjawan 2021. Jadi mana mungkin tak ada kaitan. - 12 November 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...