Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 November 2020

Adun Ketari Sahkan Dipanggil Polis, Bagaimana Dengan 4 Yang Lain?

POLITIK | Adun Ketari, Young Syefura sahkan telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan berkenaan isu pelanggaran SOP PKPB.

Berikut kenyataan beliau;

1. Saya telah dipanggil untuk memberikan keterangan di IPD Separang berkenaan isu SOP pelanggaran SOP PKPB.

2. Saya telah hadir dengan peguam saya, Syahredzan Johan.

3. Keterangan saya telah dirakam dan saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

4. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Pendakwaraya dalam menentukan tindakan yang akan diambil terhadap saya.

5. Saya berharap apa-apa tindakan yang akan diambil adalah adil dan saksama, dan tanpa layanan berbeza walaupun saya seorang wakil rakyat.

6. Saya kesal dan sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Ulasan

- Selain dari Adun Ketari, 4 yang lain bersamanya, dua lelaki dan dua wanita itu, juga perlu disiasat kerana melanggar SOP.

- Dalam gambar tu bukan Rara je langgar SOP. Yang bergambar bersama-sama tu pula bagaimana? Apakah status mereka? Disiasat ataupun tidak? Bukankah kita perlu tahu apa yang berlaku? 

- Pada 1 Ogos 2020, ada 26 orang dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka ketika berada di pantai. Jadi sudah tentu kita nak tahu apa status 4 orang yang bersama Adun Ketari tu.

- Kalau nak diikutkan, ahli politik melalui juga fasa disiasat dan memberikan keterangan. Kalau kat orang awam, kena kompaun terus tau. Ini je dah membezakan mereka dan kita. Apa nak cakap pasal double standard. 

- Kepada Rara : Apabila kita menegur kesalahan orang lain, bermakna kita tahu kita tak boleh melakukan kesalahan tersebut. Bukan suruh ADUN / MP / PEMIMPIN / PARTI jadi perfect. 

Contoh; Maya Karin bercakap tentang pentingnya menjaga alam dan menolak pencemaran. Jika Maya Karin buang sampah ke dalam sungai, orang marah tak? Kecam tak? Ya, orang tentu akan kecam kerana kita berlawanan dengan apa yang kita nak orang lain buat, paling teruk kita nak musuh politik jika jaga SOP tetapi kita sendiri langgar. 

- Ahli politik yang muda sentiasa menjadi perhatian. Masyarakat nak tengok apa yang bagusnya meletakkan anak muda sebagai wakil rakyat, ahli parlimen, pemimpin, menteri. Bukan setakat bawa nama parti, tapi juga bawa usia. Jika masyarakat melihat ahli politik muda sama je perangai macam ahli politik tua - jenis lupa bawa cermin, ini masalah. Lambatlah nak sedarkan masyarakat kenapa pentingnya meletakkan lebih ramai anak muda sebagai wakil rakyat, ahli parlimen.

- Apa yang bagusnya penyokong PH telah mengkritik Rara tanpa berkompromi dengan kesalahan beliau. Apa pun belajarlah dari kesilapan ini dan move on. Esok lusa kami warga netizens akan ada isu baru nak hadap. Jadi jangan risau sangatlah, ok. 😂😂😂😂 - 12 November 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...