Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 November 2020

Peruntukan RM85.5 Juta JASA, Hujah PROS & CONS Semuanya Disini.

POLITIK | Dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, terdapat dua peruntukan yang berbeza untuk JASA iaitu;

Kod 021000 berjumlah RM4 juta.

Kod 050100 berjumlah RM81.55 juta.

Keseluruhan bajet yang diperuntukan untuk JASA bagi tahun 2021 ialah RM85.55 juta.

(muka surat 428 dan 429).


Kedua-dua peruntukan untuk JASA ini TIDAK dimasukkan dalam UCAPAN BELANJAWAN 2021 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada jumaat lepas.

Ini memberikan bayangan, ia adalah sesuatu yang tidak perlu dimaklumkan kepada rakyat - kerana apa? Adakah tidak penting untuk rakyat tahu mengenainya atau ia akan menyebabkan rakyat marah? Kita akan biarkan Tengku Zafrul jawab tentang itu.

Selepas rakyat mengetahui tentang peruntukan JASA berjumlah RM85 juta, seperti dijangka, ia menerima respon negatif.

Umum memahami JASA ialah unit propaganda bagi parti pemerintah. Ia dioperasi secara politik. Dan mereka yang berada dibawah JASA dilihat sebagai cybertroopers.

Disebabkan teknologi semakin canggih dan memudahkan penyampaian maklumat, maka peranan cybertroopers menjadi sesuatu yang penting bagi parti politik.

Ahli politik tak boleh berada di depan telefon 24 jam untuk menjawab soalan, menerima aduan, counter fitnah dan serangan. 

Maka mereka meletakkan cybertroopers untuk memantau apa yang berlaku di sosmed dan menyalurkan maklumat penting. Secara asasnya, ia adalah pekerjaan yang wujud sesuai dengan perkembangan teknologi. Tetapi peranan cybertroopers telah diburukkan apabila ada segilintir dari mereka yang lebih gemar;

- super impose

- sebarkan fitnah

- maki hamun

- menyebarkan kelucahan dan bercakap kotor

- mengugut ahli politik, ya, mereka buruk-burukkan ahli politik / menteri di sosmed dan selepas itu hantar proposal supaya dapat job.. 

Maka disebabkan beberapa insiden di atas, peranan cybertroopers telah dipandang secara serong dan lebih memburukkan keadaan apabila mereka ini dibayar menggunakan wang kerajaan.

Sudah tentu rakyat akan merasa marah dan geram. Mereka tak nampak apa perlunya bayar tukang fitnah dan menggunakan wang pembayar cukai pula tu.

Oleh kerana itu selepas JASA didedahkan mendapat dana sebanyak RM85.55 juta, kem kerajaan sendiri mengkritik agihan tersebut. Ataupun lebih tepat kem Najib. 

Ini pecahannya;

- PH + PEJUANG + MUDA + Najib + pro Najib = membantah.

- PPBM + PAS = menyokong. 

- UMNO pro PPBM = menyokong.

- UMNO berkecuali = diam. (mungkin kerana keliru). 

PAS dianggap menyokong JASA kerana;

- tidak mempertikaikan peruntukan JASA

- menyokong Belanjawan 2021 tanpa syarat 

Sebagai rekod, PH dan kem BN diketuai Najib telah meletakkan dua syarat untuk menyokong Belanjawan 2021 iaitu;

1. Lanjutkan moratorium hingga Jun 2021.

2. Benarkan pengeluaran KWSP RM10k secara bersyarat dan bukannya RM500 per bulanan bagi semua yang layak.

3. Bagi pihak PH, mereka juga mahu peruntukan JASA diperjelaskan dan dibatalkan, wang itu sebaliknya digunakan untuk bantu frontliners.

Wan Saiful membela peruntukan tersebut dengan alasan;

- JASA telah direpurpose (tujuan berubah).

- Ia kini berperanan untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat.

- Juga menyampaikan maklumat tepat dari kerajaan. 

- Tidak akan digunakan bagi tujuan propaganda.

- Teknologi yang digunakan untuk komunikasi yang berkesan, mahal.

- Tambahan pula nak memerangi fake news

- Peruntukan emolumen RM4 juta sahaja, selebihnya untuk pembelian keperluan termasuk teknologi.

- PN tak boleh jadi macam PH yang enggan mendengar rintihan rakyat terbanyak. Jika perlu pelaburan teknologi baru untuk mengarap permintaan rakyat, PN perlu buat, agar tawaran dan inisiatif kerajaan sentiasa tepat dengan keperluan rakyat.

- Jangan tertipu dengan cubaan pembangkang yang cuba melarikan mesej belanjawan 2021 yang prihatin pada rakyat, perbahasan mengenai JASA telah dieksploitasikan. 

Ini pula kenyataan Annuar Musa;

- BN sudah buat ketetapan untuk menyokong semua rang undang-undang yang dibawa oleh PN, khususnya Belanjawan 2021.

- Semua pihak perlu menghormatinya.

- Jangan polemikkan peruntukan JASA.

- Penubuhan semula JASA berperanan sebagai jentera penyampai dasar kerajaan agar lebih difahami oleh rakyat di akar umbi.

- Ia mempunyai idea tertentu.

- Pihak lain janganlah wujudkan polemik dan tuduh menuduh termasuklah kononnya ia bagi mematikan UMNO. 

Sebagai rekod, Annuar Musa, Hishammuddin Hussein dianggap orang TSMY dalam UMNO.

Ini pula penjelasan dari KKMM;

- JASA ditubuhkan semula dan memainkan peranan sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi secara tersusun, strategik dan bersasar mengikut keperluan segmen masyarakat di semua lapisan.


- JASA akan mengambil pegawai dan kakitangan yang berkelayakan untuk melahirkan pengamal komunikasi berkemahiran terutamanya dalam bidang media sosial dan digital bagi menyebarluaskan maklumat penting dalam usaha mendidik dan membudayakan norma baru.

- Usaha ini juga akan menyemarakkan semangat patriotisme.

- Peruntukan JASA kali ini bertujuan mengambil lebih ramai kakitangan untuk ditempatkan di semua negeri, daerah seluruh negara, pembangunan dan modul latihan kakitangan, melengkapkan keperluan prasarana digital, kos operasi termasuklah kos set up agensi.

- KKMM jamin penubuhan JASA tak akan sama seperti dahulu, ia tidak bermotifkan politik dan akan mengadakan sesi libat urus bersama pemimpin masyarakat sivil dan komuniti dalam mendapatkan input penting untuk pembinaan negara bangsa.

- Segala perbelanjaan JASA akan diaudit. Penubuhan JASA juga akan mewujudkan peluang pekerjaan. 

Kenyataan KKMM ini dikeluarkan pada 8 November 2020.

Pada 10 November 2020, portal Malaysiakini melaporkan Menteri Komunikasi, Saifuddin Abdullah terkejut JASA diberikan peruntukan sebanyak RM85.55 juta. 2 hari selepas KKMM menjelaskan tujuan peruntukan. KKMM diketuai oleh Menteri Komunikasi yang terkejut dengan peruntukan berjumlah RM85.55 juta.

Ini laporan Malaysiakini;

- Saifuddin tidak tahu tentang jumlah peruntukan.

- Saifuddin terkejut apabila nampak jumlah peruntukan. Saifuddin tak pernah meminta sebanyak itu untuk diperuntukan kepada JASA.

- Saifuddin kemudiannya meminta SU KKMM menyiasat perkara tersebut.

Dan ini pula kenyataan dari Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainal Abidin;

- Beliau sahkan mencadangkan penubuhan semula JASA.

- Cadangan tersebut telah dimaklumkan kepada Saifuddin.

- Saifuddin tahu tentang perkara tersebut tetapi mungkin terlupa kerana terlalu sibuk dan sebagai menteri, Saifuddin banyak tugas, aktif, terkenal sampai terlupa perkara yang dah disampaikan kepada beliau.

- Peruntukan JASA yang besar adalah hasil perbincangan bersama.

- Antara pihak yang memberikan pandangan ialah pegawai yang menubuhkan JASA sebelum ini.

- Kos itu turut melibatkan membela nasib 1,000 kakitangan JASA yang dihentikan PH sebelum ini.

- Zahidi juga mengucapkan terima kasih kerana PM sanggup membela nasib orang melayu.

Ini pula kenyataan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang;

- Peruntukan JASA perlu dibatalkan, dan lebih baik diserahkan kepada KKM dan barisan frontliner.

-  Beliau bersimpati dengan Tengku Zafrul yang perlu memasukkan peruntukan tersebut sedangkan Tengku Zafrul bukan orang politik tetapi Menteri Kewangan tetap perlu menjawab kerana ia dimasukkan dibawah Kementerian Kewangan.

- Menteri Kewangan perlu menjaga kredibliti, jangan ikut tuntutan mereka.

- Jumlah itu juga kata Anwar, terlalu besar dikala rakyat sedang susah.

Ini kenyataan Najib Razak;

- Peruntukan JASA yang besar akan mengundang kemarahan rakyat.

- Lebih banyak peruntukan perlu disalurkan bagi tujuan selamatkan rakyat.  

Kenyataan dari bekas Ketua Pengarah JASA yang meletakkan jawatan pada tahun 2018, Mohd Puad Zarkashi berkata JASA sememangnya unit politik. Maka Menteri Komunikasi tak perlu apologetik ataupun bersikap defensif.

Isu utama tentang JASA ialah bajet yang terlalu besar kerana ia tidak sensitif kepada keutamaan dikala negara sedang menghadapi musibah covid19.

Malahan Puad turut mengaitkan ia dengan Azmin.

JASA DAPAT RM85.5 JUTA 

Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa JASA tidak ada kaitan politik kepada kerajaan. Dalam kenyataannya, JASA akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan JASA. 

Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologatik. Isunya ialah peruntukan sebanyak RM85.5 Juta kepada JASA terlalu besar. 

Bajet itu tidak sensitif kepada “Keutamaan” tatkala negara dilanda gelombang tiga COVID-19. Sememangnya “Government of the day” memerlukan beberapa agensi sebagai lidah penyampai dasar dan inisiatif kerajaan. Apa salahnya? 

DAP paling takut dengan JASA. Mereka tidak takut dengan SB, BTN dan KEMAS. Agensi itu tidak fokus seperti JASA yang memiliki team Stratcom yang efektif. Sebab itu DAP tutup JASA sebagai balas dendam kerana JASA paling aktif menjawab pembohongan DAP melalui media sosial. 

Ada dakwaan, Dr Afif Bahardin bakal menjadi KP JASA. Dia pentaksub Azmin. Sebab itu Azmin dituduh di belakang tabir JASA dapat 85.5 Juta. Lagi pun Saiffuddin Abd

ullah selaku Menteri KKMM adalah pematuh Azmin tahap dewa. A kata Azmin, maka A juga kata Saifuddin. 

Justeru JASA tidak perlu peruntukan sebesar RM85.5 Juta kecuali kalau ada tujuan lain. Yang penting keberkesanan. PM kena jawab secara terperinci di Parlimen. 

Saifuddin mengakui dengan jumlah besar itu JASA akan mengambil staf lebih ramai. Apakah mereka akan menjadi jentera PPBM di setiap DUN yang berhadapan masalah kekurangan cawangan dan ahli di akar umbi untuk menghadapi PRU ke 15? 

Saifuddin juga mengaku peruntukan 4 kali ganda itu akan digunakan untuk membangun Stratcom yang kuat. Apakah tidak mungkin ia juga akan digunakan oleh PPBM untuk PRU 15. Atau menaja portal politik tertentu? Apatah lagi SPR akan menggunakan SOP baru di PRU akan datang. 

Antaranya tidak membenarkan kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka. Sudah tentu media sosial akan menjadi alat kempen yang utama. Justeru elok kerajaan buat pindaan sebelum Bajet itu diluluskan. Ikut syiling tahun 2018 atau dikurangkan sikit.

Bagaimana. Adakah anda sendiri merasakan wajar atau tidak wajar JASA diwujudkan semula selepas membaca hujah dari pihak yang saling bertentangan? - 12 November 2020.

Rujukan;

https://www.facebook.com/wansaifulwanjan

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/

https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/07/belanjawan-2021-paling-mesra-golongan-b40/?amp

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-politik/annuar-musa-nasihat-pemimpin-bn-tidak-jadikan-jasa-polemik-267501%3famp

https://www.google.com/amp/s/malaysiadateline.com/anwar-gesa-kerajaan-batalkan-peruntukan-besar-jasa/amp/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...