Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Julai 2020

Surat Minta Jawatan GLC Sahih Tetapi Ia Bukannya Jenayah Kata EXCO Pemuda PPBM.

SOSMED | EXCO PPBM, Muzammil Ismail mengesahkan surat tuntutan jawatan GLC seperti yang tersebar di sosial media adalah sahih.


Bagaimanapun beliau menafikan kewujudan sebarang unsur salahlaku dalam tuntutan itu.

"Surat itu tiada satu patah perkataan yang bercanggah dengan undang-undang atau integriti mahupun merasuah," katanya dalam kenyataan itu.

Surat itu didapati viral sejak petang tadi dan menyebabkan Muzammil dikecam sebahagian penyokong PH terutamanya dari PPBM.

Timbul juga beberapa persoalan bagaimana surat sulit itu boleh tersebar sedangkan ia sepatutnya berada di tangan pihak yang bekerja dengan Menteri Besar Kedah.

Berikut kenyataan penuh;

1. Saya mengambil maklum berkenaan penularan satu surat yang dikaitkan dengan saya kepada YAB Menteri Besar Kedah.

2. Surat itu tiada satu patah perkataan yang bercanggah dengan undang-undang atau integriti mahupun merasuah. 

3. Saya berpendapat penyebaran surat berkenaan yang dikaitkan dengan saya itu tidak lebih daripada tindakan zalim pihak tertentu yang cuba untuk memburukkan imej saya apatah lagi ketika parti akan berhadapan pemilihan tidak lama lagi dan pendirian menyokong kerajaan hari ini. 

4. Perbuatan ini hanyalah berniat hasad dendam dan menimbulkan fitnah serta prejudis terhadap saya terutama dalam waktu sekarang. Saya tidak berkecil hati, saya berdoa Allah lembutkan hati mereka yang berniat jahat pada saya. 

5. Fokus utama saya sekarang adalah membantu kerajaan dan rakyat melalui khidmat politik dan profesionalisma saya.

Muzzammil Ismail

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...