Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Julai 2019

Kenapa Hapus Tol Jadi #Forevertoll Soal Wee Ka Siong..

Wee Ka Siong | i) Jawapan Menteri Kewangan pagi ini di Dewan Rakyat untuk isu pembelian 4 lebuhraya tol dengan nilai RM6.2 bilion oleh kerajaan PH.

1. Kerajaan akan pinjam RM6.2 bilion melalui penerbitan bon.

2. Kerajaan tak bayar satu sen. Pinjaman ini dibayar balik melalui caj kesesakan yang dikutip dari rakyat.

3. Caj konsesi akan terus dikutip dari Rakyat selepas konsesi tol tamat.

4. Dia dakwa rakyat akan jimat sebanyak RM180 juta semasa tempoh konsesi tol kerana ada diskaun 30% untuk caj kesesakan pada masa luar puncak dan bebas tol pada masa bukan puncak iaitu pada tengah malam.

5. Tapi dia tak sebut pula berapa Rakyat perlu lebih bayar setiap tahun akibat "caj kesesakan" terus dikutip selepas konsesi tol tamat.

Ini bermakna masa PH, rakyat terus membayar selepas konsesi tol tamat.

Janji PH untuk mansuh tol sebenarnya adalah janji terus kutip tol untuk selama-lamanya.

---
ii) Dulu 'toll free' sekarang 'toll forever'

Cara kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih 4 lebuh raya sama seperti mendahulukan duit (advance) kepada syarikat konsesi. Ia dibuat menerusi terbitan bon dan ia sebenarnya ditanggung oleh rakyat.

Apabila PH memperkenalkan caj kesesakan, ia bermakna rakyat perlu membayar untuk menggunakan lebuh raya ini walaupun kontrak syarikat konsesi sudah tamat. Ianya berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional apabila merobohkan plaza tol yang membawa maksud 'tol dimansuhkan'.

Banyak kali saya tanya mengenai caj kesesakan yang ditukar nama daripada kutipan tol. Bagaimana Guan Eng boleh kata rakyat dapat berjimat apabila Rakyat kena menanggung pembayaran pinjaman serta faedah RM6.2 bilion itu serta diperlukan untuk terus membayar caj kesesakan setelah konsesi tol tamat.

Dulu PH berjanji untuk memansuhkan tol. Sekarang mereka perkenalkan tol untuk selama-lamanya. Saya tak faham dan tak nampak apa rasionalnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata ianya tidak membebankan rakyat.

Sementara soalan tambahan saya mengenai 'premium over book value' gagal dijawab Guan Eng. Adakah Guan Eng sebagai akauntan 'provinsional' (sementara) tidak faham istilah ini?

Ramai penganalisis yang berpendapat tawaran RM6.2 bilion itu adalah RM2.8 bilion lebih tinggi dari "book value" atau nilai buku untuk 4 lebuhraya tersebut.

Itulah sebab Menteri tak mahu jawab.

Dia juga tak jawab soalan saya tentang pendapatan empat lebuhraya tersebut untuk setiap tahun sejak tahun 2015 kerana tahu bahawa trafik untuk semua lebuhraya tersebut semakin turun setiap tahun setelah projek penyambungan LRT1 dan LRT2 serta MRT1 dibuka dan tol di Lebuhraya Persekutuan dimansuhkan sepenuhnya.

Tiga dari empat lebuhraya itu mengalami kerugian tiap-tiap tahun. Hanya Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP) yang masih untung.

Trafik dijangka akan terus menurun dan kerugian akan bertambah besar pada masa hadapan apabila LRT3 dan MRT2 dibuka.

Kenapa nak ambil alih syarikat-syarikat yang tidak untung?

Oleh itu, Menteri juga tak mahu jawab.

Dulu Setiausaha Politik Guan Eng, Tony Pua ada mengeluarkan formula khas untuk tol. Menurut formula Tony Pua, Lebuhraya MEX boleh diambil alih dengan nilai RM344 juta. Kenapa tak ambil alih MEX? Kalau ikut formula Tony Pua, kerajaan hanya perlu membayar RM300 juta saja untuk ambil alih LDP. Tetapi kenapa sekarang PH perlu memperuntukkan RM6.2 bilion untuk LDP dan 3 lagi tol yang tidak untung?

#TolPercumaJadiTolSelamanya
#TollFreetoTollForever

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...